Press Release

Perrier Minuman Menyegarkan Bagi Penjagaan Kesihatan Sepanjang Hari

11:25 PM

Peneraju air mineral semulajadi berkilauan, Perrier, memperkenalkan mixologi minuman yang sihat dan menyegarkan pada hari ini di Hotel Bejaya Times Square. 

Duta Perrier, Mathieu Marchal membentangkan kesesuaian Perrier sebagai air mineral semulajadi berkilauan untuk diminum sepanjang hari kerana mengandungi bikarbonat dan sodium yang paling rendah serta membolehkan Perrier mudah dicampur dengan minuman dan bahan-bahan lain. Untuk mencapai manfaat kesihatan yang lebih baik, Perrier boleh dicampur dengan kandungan segar seperti beri dan halia.


"Antara cara yang inovatif untuk menikmati Perrier adalah dengan mencampurkan hirisan tembikai dan timun untuk menghasilkan minuman yang menyegarkan. Ia adalah sihat, dan melegakan dahaga, "kata Mathieu Marchal, Duta Perrier. 


Perrier adalah lebih daripada hanya air mineral semulajadi berkilauan. Ia terkenal dengan kualiti premium untuk raja-raja. Pada tahun 1905, Perrier telah diberi penghormatan untuk pembekal minuman kepada Raja England. Hari ini, Perrier tersedia kepada mereka yang inginkan kualiti dan prestij. Ia sesuai dengan sesiapa sahaja yang menghargai rasa dan memberi peluang kepada kreativiti seni untuk berkembang. Perrier telah diiktiraf sebagai minuman melegakan dahaga yang mencetuskan kehidupan.


Mixologi terkenal Malaysia, Kelvin Lee memperkenalkan kesenian beliau dalam menyerlahkan personality Perrier mengikut citarasa tempatan. Campuran bunga sirap teh rosella, thyme, lemon segar dan Perrier dikenali sebagai Perrier Garden Twist adalah salah satu ciptaan popular Kelvin. Satu lagi ciptaan ciri adalah gabungan jus lemon segar, campuran sirap berry, madu dan Perrier dinamakan Perrier Merry Berry. Berpegang teguh dengan Kesegaran Berganda, manfaat yang diperolehi daripada ciptaan beliau termasuk meningkatkan imuniti, pencegahan risiko diabetes dan pengurangan berat badan yang sihat.


Di samping itu, Perrier juga memperkenalkan minuman mixologi yang lain seperti Perrier Sangria, Perrier Jack Gold Line dan Jack & Rosella. Tanpa mengira masa atau hari, anda amat dialu-alukan untuk mencipta kemungkinan dalam membuat setiap minuman biasa menjadi detik-detik yang luar biasa. Seperti mana-mana produk premium lain, Perrier boleh didapati di rangkaian terpilih seperti hotel, restoran, kafe, bar dan kelab. Untuk diminum begitu sahaja, ia boleh didapati dengan mudah di restoran khidmat pantas, mesin layan diri, dan pasaraya terpilih. Siang atau malam, Perrier merupakan minuman pilihan untuk kesihatan dan jenama individu yang menyedari kepentingannya. 

Berasal daripada punca mata air yang unik serta dikelilingi persekitaran semulajadi yang dilindungi di Vergeze, Perancis, Perrier adalah minuman 100% air mineral semulajadi berkilauan yang telah menempa nama di 140 buah negara di serata dunia dengan kapasiti pembuatan sebanyak satu billion botol setiap tahun. Dibotolkan dalam kilang berkaca di tapak galian, proses pembotolan Perrier telah mengikut ketetapan panduan ISO 14001 (Persekitaran) dan ISO 22000 (Keselamatan Makanan) serta menepati kualiti standard Skim Tanda Kualiti Nasional (NQMS).

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook