Press Release

Sate Tuna Beri Pulangan Lumayan Kepada Usahawan Sate Tempatan

11:16 AM

Sate sinonim bagi makanan orang Malaysia tidak kira bangsa atau agama. Mungkin orang Malaysia dah biasa dengan sate ayam dan daging bukan. Jabatan Perikanan Malaysia telah memperkenalkan Sate tuna yang memberikan pulangan besar kepada usahawan sate tempatan. Sate tuna merupakan produk inovasi baharu yang diperkenalkan semasa MAHA 2016.



Sate Tuna ini dihasilkan seratus peratus (100%) daripada ikan Tuna Sirip Kuning (Yellowfin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3. Kandungan vitamin yang tinggi (42%) serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan. Berasaskan nutrien dan khasiat isi ikan tuna ini, sate tuna merupakan satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat. Produk baru ini juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran berkaitan tuna.


Bagi permulaan untuk mempelbagaikan varieti sate yang sedia ada di pasaran di samping memberi kelainan dari segi rasa, nutrisi dan pilihan kepada pengguna, syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dan cawangan yang terbaru adalah di KLIA2. Pembukaan cawangan baru di KLIA2 ini diyakini mampu memperkenal sate tuna ini bukan sahaja kepada warga tempatan, tetapi juga pelancong asing di mana KLIA2 merupakan salah satu pintu masuk utama ke dalam negara. 


Bagi yang berminat dengan perniagaan ini boleh hubungi dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) kerana menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan Sate Tuna melalui skim TemanNita.


Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menjangkakan dengan penggunaan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan serta promosi berterusan, permintaan ke atas produk baru sate tuna ini boleh memberikan pulangan keuntungan kepada pengusaha/individu di Malaysia.

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi :

Unit Komunikasi Korporat 
Jabatan Perikanan Malaysia 
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 
No. Tel : 03 – 8870 4234 
No. Faks : 03 – 8881 0343 
Email : ukk@dof.gov.my ; pro@dof.gov.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook