Web Review

Anmum Materna X Riding Pink | Berkongsi Detik Indah Ibu Dengan Pengalaman Luar Biasa

10:30 AM

Sekarang kan banyak dah perkhidmatan ala-ala Uber/Grab di luar sana untuk memudahkan orang ramai ke destinasi yang ingin kita tuju. Tapi tahukah anda adakah ianya selamat untuk para wanita dan juga ibu menaiki perkhidmatan ini. Sejujurnya ini pertama kali mama menaiki Riding Pink sempena Hari Ibu pada bulan ini. 

Bagi kaum wanita dan ibu, mama memang syorkan sangat kalau korang nak pergi kemana-mana dengan selamat korang boleh cuba naik Riding Pink ini kerana perkhidmatan ini hanya dipandu sendiri oleh wanita dan penumpangnya hanya wanita sahaja. Menarik bukan. Jadi, mama rasa ianya sangat selamat dan korang tak perlu takut lagi untuk kemana sahaja dengan Riding Pink.


Riding Pink merupakan perkhidmatan pengangkutan wanita yang pertama di Malaysia yang telah ditubuhkan dengan matlamat untuk memberi sokongan kepada para wanita dan ibu, menjadi penjana pendapatan tambahan melalui khidmat kenderaan yang selamat bagi pihak wanita. 

Berkongsi matlamat yang sama, Anmum Materna memberikan keyakinan kepada para ibu sepanjang perjalanan sebagai seorang ibu, dengan memberikan nutrisi yang sesuai untuk menyokong kehamilan mereka. Dengan visi ini, Anmum Materna dan Riding Pink telah memulakan inisiatif ini agar ibu-ibu mengandung dapat menikmati pengalaman yang sememangnya luar biasa. 


Pada hari Sabtu baru-baru ini, mama telah booking Riding Pink untuk pergi event Ramadan Food Review di Puchong. Oleh itu, sehari sebelum mama telah booking dengan pihak Riding Pink melalui Facebook mereka. Memandangkan ini pertama kali mama agak bertanya sedikit tentang harga untuk menaiki Riding Pink ini. Bagi yang tidak tahu untuk bayaran tol akan dikenakan bayaran setelah selamat sampai ke destinasi yang ingin kita tuju. Alhamdulillah untuk membuat tempahan dengan Riding Pink ini sangat mudah. Yang lagi menarik setelah selesai booking, pihak Riding Pink akan memberi detail pemandu kepada kita. Jadi korang akan kenal siapa pemandu sebelum menaiki Riding Pink ini. 


ANMUM MATERNA BERKONGSI DETIK-DETIK INDAH KEHAMILAN DENGAN MERAIKAN KECEKALAN PARA IBU MENERUSI PENGALAMAN LUAR BIASA SEMPENA HARI IBU INI

Dari 8 - 31 Mei 2017, 25 ibu mengandung pertama yang mendaftar dengan Riding Pink akan mendapat perkhidmatan pengangkutan menakjubkan secara PERCUMA daripada Anmum Materna - sama ada untuk menghadiri pemeriksaan pra-natal, ke tempat kerja, membeli barangan dapur atau untuk keluar bersantai dengan kawan-kawan. Untuk menjadikan perjalan ini lebih istimewa, ibu-ibu akan mendapat pilihan lagu istimewa Hari Ibu untuk dinikmati dan juga nasihat pakar tentang teknik pernafasan untuk keterangan diri dari ibu-ibu terpilih. 

Setelah selesai perjalanan, mereka akan menerima pek hadiah eksklusif daripada Anmum Materna yang mengandungi pek nutrisi dan hadiah menarik sebagai persediaan untuk kelahiran. Bukan itu sahaja, 100 orang lagi ibu yang mendaftar akan menerima potongan RM5 untuk perjalanan mereka dan juga sebuah Kit Vital Mama eksklusif yang dilengkapi dengan produk-produk khas untuk kegunaan ibu dan pilihan lagu Hari Ibu.


Cara daftar Riding Pink

Sempena Hari Ibu ini, raikan detik-detik kehamilan yang luar biasa bersama Anmum Materna dan Riding Pink untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan percuma dan diskaun, selain daripada Kit Vital Mama eksklusif dengan sertakan butiran dan perjalanan anda kepada kami di anmumpink@gmail.com.

Anda juga boleh melayari www.facebook.com/ConnectedMumsClub/ atau www.facebook.com/RidingPink untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman-pengalaman luar biasa ini dan kenali ibu-ibu hebat lain.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook