Tanpa pengajian fesyen yang formal, ANUARFAIZAL pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UiTM Shah
Alam, dan dilahirkan di Amerika Syarikat telah mendapat panggilan sebenar yang merubah haluan kerjaya nya
pada tahun 2014, untuk melibatkan diri sepenuhnya di dalam reka bentuk fesyen untuk busana lelaki dan juga adi-
busana untuk wanita.
Mewujudkan sentuhan moden kepada Baju Melayu yang konvensional, ANUARFAIZAL memberanikan diri untuk
menggubah dan mengolah ciri ciri yang ada pada pakaian tradisional. Ini telah menciptakan kontroversi daripada
orang ramai yang merasakan bahawa ANUARFAIZAL terlalu berfesyen dan tidak sensitif terhadap konsep Baju
Melayu tradisional.
Reaksi tindak balas yang terhasil telah memacukan publisiti buat jenama ANUARFAIZAL sebagai pereka
"kontroversi". Pendekatan jenama ANUARFAIZAL dan strategi pemasaran yang “direct” dan berkesan bermula dari
saat digelar “kontroversi”. Nama beliau menjadi bualan di kalangan Selebriti tempatan, menjadikan dirinya sebagai
Couturier peribadi dan juga sebagai pereka pilihan bagi bakal raja sehari; dengan memberi fokus khas kepada
rekaan yang mewah, glamor dan elegan.
Pameran Seni dan Persembahan Fesyen ini dinaung oleh Galeri Seni Universiti Malaya dan amat diberi rangsangan
daripada kurator galeri iaitu Puan Hazlin Anita yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan yang padu buat
ANUARFAIZAL untuk mempamerkan hasil kerja yang terbaik buat semua yang hadir. Sebagai penyumbang dalam
Gaya Hidup Malaysia, ANUARFAIZAL adalah ikon perniagaan yang boleh dipercayai dan bersedia untuk pasaran
Antarabangsa. Ringkasnya, sebagai pereka yang pertama di Malaysia untuk mengadakan Pameran Seni & Fesyen
selama sebulan di lokasi berprestij Universiti Malaya, ANUARFAIZAL sekali lagi menjenamakan dirinya berbeza
daripada pereka fesyen yang lain dan bersedia untuk menakluk industri fesyen di Malaysia.
Koleksi #AFBYANUARFAIZAL untuk EID2017
#AFBYANUARFAIZAL adalah koleksi Eid untuk lelaki oleh ANUARFAIZAL yang dijadualkan untuk pasaran pada Mei
2017.
Koleksi eksklusif ini terdiri daripada Kurta dan seluar slim fit yang boleh dijadikan Baju Melayu apabila dipadankan
dengan sampin instant; ciptaan asli oleh ANUARFAIZAL semenjak tahun 2014 dan juga Jubbah pendek, yang
pertama seumpamanya di Malaysia.
Fabrik untuk koleksi ini adalah diimport dan dilabel sebagai "AIR-FLEX". Ia adalah AIRY, sesuai untuk cuaca panas
dan lembap di negara kita, FLEKSIBEL, satu saiz yang boleh pergi ke dua saiz lebih besar untuk mengurangkan isu
saiz dan suaipadan dan mempunyai kedutan yang MINIMAL; sesuai untuk lelaki yang moden yang sentiasa sibuk di
mana sahaja.
Kemas dan minimum adalah elemen-elemen reka bentuk utama untuk koleksi 2017 ini. Butang sorok dan siluet
yang bersih disediakan oleh AF untuk lelaki yang bergaya dan sesuai sebagai pakaian hari raya buat lelaki moden.
Koleksi ini boleh didapati secara talian di semua laman media sosial @anuarfaizalofficial
KEMBARA ANUARFAIZAL
Demi meneruskan tradisi kempen fesyen ANUARFAIZAL, 2015 di Bangkok, Thailand dan Acheh, Indonesia dan 2016
di Jakarta, istimewa 2017, ANUARFAIZAL telah mengembara ke salah satu keajaiban 7 dunia kuno iaitu Angkor Wat
di Kemboja.
Perjalanan ini mendapat dorongan dari THEKLSKYCLINIC dan dikemudikan oleh 3 pelakon muda Malaysia yang
berbakat besar. Mereka adalah ARIFF AZIZ, NAFIEZ ZAIDI dan QAYYUM AMINULLAH. Mereka dipilih atas pelbagai
faktor namun faktor yang utama adalah pencapaian mereka dalam industri ini dalam tempoh yang sangat singkat.
Di samping itu juga, wajah komersil mereka mewakili pelbagai aspek budaya dan bangsa tempatan dan boleh
menonjol kepada demografi yang lebih luas. Tambahan pula, untuk membuktikan bahawa pakaian kami adalah
fleksibel, ketiga-tiga mereka memakai saiz M sewaktu pengambaran kempen fesyen kami.
ANUARFAIZAL merasa amat bertuah kerana telah diberi sokongan oleh KERAJAAN KEMBOJA kerana di dalam
keadaan lazim, pergambaran fesyen adalah DILARANG di kawasan kuil. Untuk ini, ANUARFAIZAL merasa amat
terharu berterima kasih atas peluang yang diberi.
Kempen ini lebih condong ke arah fotografi seni halus dan ia diterajui oleh STUDIO27KL dan filem fesyen yang
mantap dan moden adalah produksi UNISEX PRODUCTION dan telah dirakam di 5 lokasi yang berbeza di Siem
Reap, Kemboja dalam tempoh dua hari.
ANUARFAIZAL berharap usaha ini akan menetapkan tanda aras baru dalam industri fesyen terutama untuk pakaian
lelaki yang moden untuk musim perayaan.
Love,
0 Comments