Lazada

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest | Resepi Pulut Sekaya

9:37 AM

Hi korang, ehh esok kita dah start puasa kan. Ok sempena menyambut Ramadhan esoknya, mama ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat yang menyambut puasa di seluruh dunia. Semoga puasa tahun ini amat bermakna kepada semua. Kalau puasa jer mama paling suka nak masak juadah berbuka sendiri. Kira satu kepuasan kalau mama masak daripada membeli. Contohnya macam kuih-muih. Mama amat cerewet jika kuih yang mama beli tu tak sedap. Kekadang tu tak menetapi citarasa anak tekak. Hehehe.. biasalah kalau kuih tradisional tak kena cara masak memang tak sedap. Kuih paling mama suka adalah Pulut Sekaya. Korang suka kan pulut sekaya ni. Kalau orang Kuala Lumpur panggil Seri Muka. Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya.


RESEPI PULUT SEKAYA 

Bahan A ~ Bahagian bawah ~ 
* 2 cawan pulut 
* 3 cawan santan cair 
* sedikit garam 

Bahan B ~ Bahagian atas ~ 
* 2 cawan santan pekat 
* 1 cawan gula 
* 2 biji telur 
* 1 cawan tepung gandum 
* 1 sudu besar tepung kastard 
* paste pandan 
* pewarna hijau 
* sedikit garam 

Cara-caranya : 
  1. Kacau pulut bersama santan dan letakkan sedikit garam untuk melemakkan pulut tersebut. Kemudian kukus ke dalam Pensonic PSM-1662 Food Steamer selama 30 minit.
  2. Sambil menunggu pulut masak, ambil bahan B, masukkan ke semua bahan ke dalam blender dan kisar semua sehingga hancur.
  3. Setelah pulut masak keluarkan dan tekan sehingga padat. Masukkan bahan B yang di blender dan tapis ke atas pulut yang ditekan.
  4. Masukkan semula ke dalam Pensonic PSM-1662 Food Steamer dan kukus semula selama 30 minit. 
  5. Setelah siap, sejukkan sebentar, kemudian barulah potong. 
    Nampak tak tekstur pulut sekaya setelah di potong memang mengancam habislah. Tambah kalau makan semasa berbuka perghhh sedap sangat. Memang confirm tak pandang nasi dah macam ni. Heheheh. 

    Bagi memudahkan mama memasak pulut sekaya ini, mama menggunakan pengukus elektrik dari Lazada Malaysia. Sekarang kan sudah moden tak perlu lagi pengukus atas api. Nahhh guna jer pengukus elektrik lagi mudah dan senang ni. 

    http://www.lazada.com.my/pensonic-psm-162s-food-steamer-1030486.html



    Untuk pengetahuan semua, sempena menyambut Ramadhan pada tahun ini Lazada Malaysia telah buat promosi untuk bulan menyambut Ramadhan iaitu Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale yang akan bermula dari 19 Mei 2017 sehingga 30 June 2017. Kalau korang masuk jer website Lazada Malaysia korang akan nampak banyak diskaun yang menarik sehingga 90%. Wahhh best betul  ni. So, korang apa lagi terjah sekarang di Lazada Malaysia tau!!!


    Khas buat blogger Malaysia. Jom sertai Ramadhan Raya Blogger Contest dan menangi pelbagai hadiah sehingga RM10,000. Wowww menarik bukan. Contest ini dari 19 Mei - 23 June 2017.. Jom korang cepat-cepat join. Mama dah join.. Mana tahu rezeki semepena Raya tahun ini. Untuk join contest sila layari website www.lazada.com.my/blogger-contest/. Good luck blogger!!!

    Love,
    />

    You Might Also Like

    0 Comments

    Like us on Facebook