Food Review

D'Warees Resepi | Kari Kepala Ikan Sedap Di Batu 3 Shah Alam

10:47 PM

Kari Kepala Ikan, menu kegemaran rakyat Malaysia tidak kira berbilang bangsa dan agama. Tambah pula menu kari ikan ini sangat sinonim dengan orang utara. Tapi sekarang semua negeri dah sukakan kari kepala ikan. Of coz la kalau dengar harga juadah kari kepala ikan boleh cecah ratusan ringgit. Dah namanya sedap apalah sangat kan dengan harga tu, mesti orang tetap akan makan sampai menjilat jari. Hahh lagi satu kalau dah makan kari lepas tu tak lalok + mengantuk tak sah yer!! Itu terbukti kari kepala ikan tu sedap yakmat sampai teringat-ingat!!!


Pada Sabtu lepas, mama berpeluang merasai sendiri kelazatan kari kepala ikan di D'Warees Resepi yang terletak di Batu 3 Shah Alam. Jauh benar mama pergi ke sana tapi orang kata sedap lagilah tak kesah jauh mana ceruk pun mama sanggup datang tau. Gigih tak dari Beranang ke Shah Alam semata-mata kari kepala ikan ni. Sebenarnya mudah jer jumpa kedai ni betul-betul tepi jalan berdekatan dengan Kilang Gula CSR dan sebelahnya pula adalah stesyen minyak Petron. Tak jumpa juga korang tanya orang confirm tau sebab kedai ni famous ok!!



Kalau tanya orang sekitar Shah Alam, kedai makan D'Warees Resepi ini sangat menjadi pilihan setiap hari ketika waktu makan tengahari. Memang full house la siap ada yang sanggup tunggu meja semata-mata nak makan dekat sini. Bagi yang nak bungkus nasi dengan kari kepala ikan pun ramai jugak. Untuk pengetahuan semua kari kepala ikan dijual setiap hari dan pengusaha D'Warees Resepi sendiri pergi ke pasar borong untuk dapatkan bekalan ikan segar. 

Antara ikan yang menjadi pilihan ramai adalah Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Kerapu, Ikan Tenggiri dan Ikan Mayong. Harga setiap hidangan Kari Kepala Ikan ini bermula dari RM25 - RM100 mengikut jeni dan size ikan. Bayangkan harga ikan pernah mencecah sehingga RM200 mengikut size permintaan daripada pelanggan. Rekod kepala ikan terbesar di D'Warees Resepi sediakan adalah bersize 7KG.

Menu paling istimewa dan laku keras di sini. 

Selain Kari Kepala Ikan, menu lain yang menjadi kegemaran pelanggan adalah Ayam Goreng Berempah, Kari Kambing, Kurma Daging, Masak Lemak Nangka, Asam Pedas, Pajeri Nenas dan ulam-ulaman serta sambal belacan. Bagi mama kalau ada kari kepala ikan dan ulam-ulaman serta sambal belacan dah cukup terangkat untuk menjamu selera! Tobat tak tengok kiri kanan dah aihhh.

Ayam Goreng Berempah

Kari Kambing

Kurma Daging

Ulam-ulaman dan sambal belacan

Dah nama Kari Kepala Ikan so inilah menu utama yang menjadi kegemaran ramai sehinggakan ada yang sanggup datang dari Utara dan Selatan tanahair semata-mata mahu merasai keenakan Kari Kepala Ikan dari D'Warees Resepi. Jangan tak tahu D'Warees mampu menjual sehingga 50-70 ketul kepala ikan sehari dan satu lagi keunikan di gerai ini apabila pelanggan saling berlawan untuk dapatkan kepala ikan yang terbesar. Dah jom kita tengok gambar Kari Kepala Ikan yang sempat mama makan hari tu. Fuhh sambil taip ni pun rasa telan air liur. hahaha teringat beb!!

Kari Kepala Ikan Merah

Kari Kepala Ikan Jenahak

Pemilik kedai D'Warees Resepi iaitu Encik Ahmad Tarmizi dan juga isterinya Puan Akmalzulaila telah memulakan perniagaan ini pada pertengahan tahun 2017 dengan hanya menjual ikan bakar, ABC, cendol dan kuih-kuih melayu. Kemudian rezeki jatuh ke riba dan mereka tidak melepaskan peluang dan membuka kedai D'Warees Resepi pada April 2018. Dengan azam dan kesabaran, D'Warees Resepi telah menjadi kegilaan ramai dengan Kari Kepala Ikan yang berkualiti dan rasa yang sangat sedap. Patut la kawan mama kata kedai ni sangat tip top sebab kari kepala ikan dia memang mabeles.

Pemilik D'Warees Resepi, Encik Ahmad Tarmizi & isterinya Puan Akmalzulaila 

Bagi yang ingin mencuba Kari Kepala Ikan yang sedap boleh lah datang ke D'Warees Resepi yang dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu. Manakala kedai tutup pada hari Ahad yer. Walau kedai ni baru sahaja dibuka tapi kedai ni telah mendapat perhatian ramai hanya dari mulut ke mulut sahaja. Bayangkan selebriti tempatan pun datang makan ke sini untuk merasai kesedapan Kari Kepala Ikan. 

Jangan tak tahu mama sendiri makan siap pakej meratah isi ikan yang sangat manis dan sedap. Tambahan kuah kari yang lain dari yang lain dengan pekat tapi sedap! Confirm lepas korang makan mesti rasa mengantuk lalok jer. Heheheh kiranya kari ikan dia perghhh sedap!!! Sebelum terlupa kalau korang nak dapat kepala ikan sedap pastikan korang datang awal tau. Kalau lambat alamatnya dapat kuah jer lah. Heheheh


Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi :-

D'WAREES RESEPI
Batu 3, Shah Alam
40000 Shah Alam
Selangor

- Waze & Google Maps : D'Warees Resepi -

Telefon : 017-324 2140 | 017-366 3987


Waktu perniagaan : 
Isnin hingga Sabtu [6.30 pagi hingga 4.30 petang]
Tutup setiap Ahad

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Semalam semabang² dgn kawan pasal kari kepala ikan yg sedap...
    terus buka iG akk..hehehe

    ReplyDelete

Like us on Facebook