Product Review

Soulmate Of Your Skin Dengan LIVING & PACE Skincare

4:33 PM

Soulmate Of Your Skin Dengan LIVING & PACE Skincare | Kecantikan adalah berasal dari dalam. Jadi jika kita tidak menjaga dari dalam kita tidak akan merasa dari kulit luaran. Kalau kulit kita bermasalah memang tidak nafikan kita akan rasa stress dan kurang keyakinan diri dan rasa rendah diri untuk berhadapan dengan orang di luar sana. Oleh itu, kita wajib menjaga kulit dengan produk yang berkualiti untuk melindungi kulit supaya bersih dan berseri. Nak tahu produk yang betul sesuai dengan kulit wajah cubalah Living & Pace Skincare



Living & Pace adalah satu jenama kecantikan yang baru ditubuhkan di Malaysia dengan fokus dengan harga yang berpatutan dan produk penjagaan kulit yang sangat berkesan. Elston Mak, merupakan pengasas Living & Pace telah mencipta jenama bagi membantu orang lain memperbaiki kulit mereka yang bermasalah. Terdapat banyak produk penjagaa kulit di pasaran yang tidak direka untuk kulit Asia, kata pengasas Elston Mak. Jadi pihak Living & Pace memastikan produk ini direka dengan mengkaji kulit yang bermasalah bagi persekitaran Asia. 

Rahsia Living & Pace adalah produk semulajadi yang telah diilhamkan dari bahan-bahan semulajadi dengan menggunakan pokok-pokok botani sebenar dan ekstrak tumbuhan serta digabungkan menjadi Living & Pace. Tidak mengandungi alkohol, pigmen buatan dan wangian digunakan dalam produk ini. Hasilnya produk yang mudah diserap dan lembut serta membolehkan penyembuhan kulit dengan betul dan semulajadi. Antara produk rangkaian Living & Pace ini adalah :
  • The Forest
  • The Ocean
  • The Valley
  • The Ocean Marine Algae Cream
  • The Summer Daily Sun Defence SPF 50 +++

The Ocean adalah set rangkaian yang menawarkan anti-penuaan, pemutihan dan pembaikan kulit yang bermasalah. Dengan menggunakan penyembuhan dan dari tumbuhan akuatik laut ada, rumpai laut dulse, alga merah adalah produk yang menenangkan. Produk ini dirumuskan bagi mereka yang mempunyai gaya hidup atau mengalami tekanan, jaga lewat malam dan menghabiskan masa yang lama di dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin. 


The Valley pula produk menggunakan ekstrak tumbuhan seperti aloe vera, adas laut, spirulina dan ekstrak daun rosemary untuk memulihkan dan menghidrat kulit. Pelbagai fungi dengan baik kulit biasa atau combination membantu membersih dari dalam dan memulihkan kulit yang sihat dari pencemaran udara. 


The Forest pula diilhamkan dari hutan yang santai bagi meremajakan kulit wajah. Pelbagai produk membantu merawat kulit berminyak dan kulit berjerawat. Ekstrak botani seperti alga merah, lidah buaya, rose hips, horse chestnut dan tea tree oil, digunakan dalam rangkaian ini bagi mereka menghilangkan bakteria dan minyak yang tersumbat pada liang kulit wajah. 


Mama sendiri telah mencuba 2 produk terbaru dari Living & Pace Skincare ni. Antara 2 produk yang mama guna adalah The Ocean Marine Algae Cream dan The Summer Daily Sun Defence SPF 50 +++. Kedua produk ni sangat berguna dengan cuaca yang sangat panas di Malaysia. Mama sendiri mengalami kulit yang kering disebabkan kulit wajah terdedah dengan cuaca yang panas. Jadi mama disarankan menggunakan The Ocean Marine Algae Cream dan The Summer Daily Sun Defence SPF 50 +++ ini bagi mengelakkan wajah kering dan kusam. 


The Ocean Marine Algae Cream memberikan penghidratan intensif dengan ekstrak pelembab alga laut. Memperbaiki kulit wajah dengan vitamin serta meningkatkan kelembutan kulit dan meningkat perlindungan kulit semasa tidur. Cream ini menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit dan membantu mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit. Ia sangat berkesan bagi mencerahkan kulit dengan sifat pemutihan semulajadi dan mengekalkan kelembapan kulit.

Sangat sesuai untuk kulit kering dan kusam, penuaan kulit wajah dan kulit yang bermasalah. Cream ini sesuai bagi kulit kering. Mama gunakan cream ini pada waktu malam sebelum tidur dan waktu siang sebelum makeup. Cream ini effect sejuk selepas di sapu pada wajah dan mudah menyerap ke dalam kulit. Selain itu, kulit sentiasa lembab sepanjang hari dan jangan risau kulit tidak rasa berminyak pun. 


The Summer Daily Sun Defence SPF 50 +++ merupakan sunblock yang mampu memberi perlindungan penting spektrum luas UV blocker terhadap radiasi UVA dan UVB. Ia melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan sunburn matahari dan pigmentasi. Sunblock ini memberi perlindungan kulit dari UV yang bahaya dan masa yang sama melembapkan kulit  wajah. Mempunyai ciri-ciri anti-penuaan dan juga agen anti-bakteria yang berkesan mengurangkan kemerahan pada kulit dan parut. 

Sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kulit seperti kusam, kering, jerawat dan mengekalkan kelembapan dalam kulit wajah. Sunblock ni sangat lembut pada wajah dan mudah menyerap ke dalam kulit serta tidak berminyak. Mudah digunakan hanya sapu selepas menggunakan cream moisturizer atau 30 minit sebelum kulit terdedah dengan sinaran matahari. Menariknya sunblock ni mengandungi perlindungan SPF sebanyak 50 +++. 


Dua produk ni sangat membantu mama melindungi kulit dari kerosakkan akibat cuaca yang sangat panas di Malaysia. Selain itu, melembapkan kulit wajah dari kulit kering dan sunblock juga membantu melindungi kulit dari sinaran UV yang bahaya. Kedua-dua produk dari Living & Pace ini sangat membantu kulit wajah mama agar sentiasa lebih lembab, lembut dan muda.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Living & Pace
8-3A, Infinity Tower
Jalan SS6/3 Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor
Tel : 010-366 8631


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook