Majlis Penyerahan Bendera Malaysia AUTISM Foundation & MORU Untuk Tawan Gunung Everest

8:48 PM

Bukan mudah untuk kita menawan Gunung Tertinggi di dunia. Namun demi menyahut cabaran ini Exco dan juga warga emas bakal tawan Gunung Everest pada hujung tahun ini. Mama kagum dengan semangat mereka dengan usia sebegitu masih kuat dan semangat untuk mencabar diri dengan mendaki gunung tersebut. Mama berkesempatan menghadiri satu Majlis Penyerahan Bendera Malaysia Autism Foundation dan MORU (Malaysia Outdoor Recreation United) di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan.


Sempena dengan program pendakian YB Bakri Sawir yang telah dilaporkan baru‐baru ini, satu majlis penyerahan bendera‐bendera serta kelengkapan pendakian telah dianjurkan oleh Malaysia Autism Foundation dan turut dihadiri oleh Exco Pembangunan Luar Bandar YB Haji Ismail Ahmad. Penyerahan bendera‐bendera adalah dari Malaysia Autism Foundation, JA Wellness Sdn Bhd serta MORU Sdn Bhd. Pendakian YB Bakri (60 tahun) akan turut disertai oleh rakan karib beliau Tn Haji Che Kamaruddin Mamat yang berusia 67 tahun.


YB Bakri turut menyentuh mengenai tohmahan yang tersebar di media‐media sosial yang kononnya perjalanan pendakian beliau ini mengandungi unsur‐unsur penyalahgunaan wang rakyat. Menurut YB Bakri, program pendakian ini sebenarnya telah lama beliau rancangkan atas inisiatif serta perbelanjaan peribadi beliau sejak sebelum Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) lagi, iaitu sebelum beliau bergelar ADUN serta Exco Kerajaan Negeri. Jadual asal pendakian beliau adalah pada sekitar bulan September/Oktober 2018 dan kemudiannya telah ditangguhkan ke tahun 2019 atas sebab‐sebab peribadi. Oleh itu, beliau menyeru kepada para penyebar fitnah ini supaya memuhasabah diri serta mendapatkan fakta dari sumber‐sumber yang tepat sebelum menyebarkannya yang akhirnya merupakan fitnah sahaja.


Malaysia Autism Foundation, diwakili oleh Pengasasnya iaitu YBgh. Dato’ Dr Sukarno Wagiman telah menjelaskan bahawa Malaysia Autism Foundation yang telah mendapat kelulusan penubuhannya dari Jabatan Perdana Menteri akan berfungsi untuk memantapkan lagi institusi‐institusi Autism yang terdapat di Malaysia dan akan menjadi pendokong utama kepada Pusat Pembangunan Autism yang kini sedang di peringkat akhir penubuhannya. Pusat Pembangunan Autism ini akan berperanan untuk mencungkil bakat‐bakat pengidap autism untuk diketengahkan di peringkat tertinggi. Beliau mengambil contoh‐contoh pengidap Autism yang kini telah mencapai kejayan di peringkat tertinggi seperti Wayne Roonie, Lionel Messi dan tidak ketinggalan juga pelakon terkenal Tom Cruise.

Pada mulanya, Malaysia Autism Foundation berhasrat untuk turut serta dengan menaja salah seorang pengidap Autism untuk mendaki ke Everest Base Camp (EBC) ini. Namun, rancangan ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu untuk membolehkan persediaan yang lebih rapi dibuat. Pendakian ke Banjaran Himalaya ini akan menjadi satu symbol mengenai kejayaan yang boleh dicapai oleh pengidap Autism sekiranya mereka mendapat bimbingan serta sokongan yang sebaiknya.


Sementara itu, bendera dari JA Wellness telah disampaikan oleh Pengarah Urusan JA Wellness, En. Mahalil Aisha. JA Wellness adalah sebuah pusat pemulihan penyakit‐penyakit kronik yang mengamalkan teknik penyembuhan tanpa ubat‐ubatan kimia, sebaliknya mengesyorkan kaedah penyembuhan alternatif berasaskan herbal serta terapi bukit (Hills Therapy).

Dalam majlis yang sama, Malaysia Outdoor Recreation United (MORU) yang di wakili oleh Ketua Pengarah Operasinya En Khairil Zaibuddin turut menyerahkan kelengkapan‐ kelengkapan pendakian yang berupa Jaket Kalis Cuasa (Down Jacket), Seluar Kalis Cuaca (Goretex) serta T‐Shirt yang akan digunakan oleh YB Bakri pada pendakian kelak. Menurut En Khairil, Jaket serta Seluar Kalis Cuaca (weather proof) ini mampu bertahan pada suhu lampau rendah, iaitu sehingga 5 darjah Celcius di bawah paras beku (Minus 5 degree Celcius).


Semoga pendakian yang akan dilakukan pada hujung tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan kepada para pendaki menjaga diri dari segi kesihatan dan keselamatan ketika pendakian  ke Gunung Everest kelak. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook JA Wellness Centre Sdn Bhd

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook