Kidzania

Bermain Olok-olok Membantu Anak-Anak Dalam Perkembangan Tumbesaran Mereka

10:51 AM

Setiap kanak-kanak mempunyai imaginasi yang sangat tinggi dalam kehidupan seharian mereka. Dengan imaginasi yang tinggi ini mereka dapat belajar dan juga berfikir dalam satu masa. Jadi mereka lebih aktif dan berdaya saing. Mama tak nafikan dengan bermain olok-olok ini mereka dapat berfikir di luar kotak dan sangat cerdik.


Selain dari itu setiap aktiviti yang mereka lakukan mereka memerlukan berkomunikasi antara kawan bermain dan mahupun bercakap sendiri. Dengan ini mereka tidak langsung dapat membina keyakinan diri serta dapat belajar bergaul dengan kawan-kawan yang lain.

Contohnya mama selalu mengajak anak-anak mama bermasak bersama-sama. Dengan cara ini bukan sahaja mereka berpura-pura menjadi seorang chef malah dalam masa yang sama mereka dapat berdikari dan belajar memasak. Di samping itu, memasak bersama anak dapat lagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu dan juga anak.


Bukan ini jer yang mereka boleh bermain olok-olok tau. Kalau mama perhatikan dua beradik ni lebih akrab duduk dalam bilik sambil mengadap papan hitam yang mama sediakan. Mama ingat dia orang hanya conteng-conteng tapi si abang mengajar si adik buat matematik. Hahaha. Yang abang jadi cikgu manakala yang adik jadi anak murid. Nampak kemahin garang abangnya mengajar adik untuk menyelesaikan soalan matematik tersebut.


Kekadang tu Qeram cakap nak jadi blogger macam mama. Sebab dia suka menaip depan komputer. Hehehe padahal dia tengok youtube sebenarnya. Mama tak nafikan dengan gadget dalam dunia moden memang wajib anak-anak belajar tapi ia tidak sangat membantu tumbesaran anak-anak tersebut. Cumanya mama perhatikan anak-anak cepat belajar English dengan kerap menonton kartun English. Jadi mereka lebih banyak vocabulary English yang mereka pelajari.


Untuk pengetahuan semua, sebenarnya banyak lagi yang mama boleh kaitkan dengan bermain olok-olok yang sering mereka kerap lakukan. Dari zaman mama kecil lagi mama kerap bermain masak-masak, bermain cikgu-cikgu dan lain-lain lagi.


Tapi kan sekarang kanak-kanak sangat beruntung dan bertuah kerana banyak aktiviti dunia pekerjaan sebenar yang boleh mereka sertai di KidZania Kuala Lumpur. Memang best sangat dekat KidZania ni tau sebab anak-anak dapat didedahkan dengan profesion yang ada di dunia sebenar apabila mereka sudah dewasa. Malah mereka dalam satu proses pembelajaran dalam kehidupan seharian serta dapat belajar dari masa mereka kecil lagi.

Paling mereka teruja adalah menjadi ahli bomba. Kalau sebut bomba jer kita dapat bayangkan dengan bunyi siren yang kuat serta baju bomba yang celoreng tu menarik minat mereka.


Di KidZania, anak-anak berpeluang menjadi ahli bomba dengan memakai baju celoreng serta didedahkan dengan peraturan dan taklimat dari ketua. Kemudian mereka dalam pasukan berusaha bersungguh-sungguh memadamkan kebakaran di tempat yang disediakan.



Selain itu, mereka menjadi penghantar barang kurier atau dikenali abang posmen. Hehehe. Mungkin mereka dah terbiasa nampak abang posmen hantar bungkusan dekat mama. Jadi di KidZania mereka berpeluang jadi abang posmen. 



Dengan menjadi abang posmen sebegini mereka terlatih untuk bersikap jujur dan amanah untuk melakukan tugasan menghantar bungkusan dengan pantas. Nampak aktiviti ni biasa sahaja bukan tetapi dalam diri mereka terlatih menjadi mereka lebih berani dan mempunyai nilai tanggungjawab dalam diri.


Sebenarnya banyak lagi permainan perkerjaan atau bermain olok-olok yang boleh mereka lakukan di KidZania. Ia sangat bagus dalam tumbesaran harian mereka untuk menjadi mereka lebih aktif dan yakin setiap aktiviti yang mereka lalui. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.kidzania.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. teringin juga nk bawa anak2 ke sini bila dorg dah besar

    ReplyDelete

Like us on Facebook