Product Review

[REVIEW] SHAPEE Lafee Nursing Bra Set | Sesuai Untuk Ibu Breastfeeding

3:42 PM

Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak ni benda paling penting adalah pemakaian bra menyusu yang sesuai. Nampak macam perkara biasa tapi kalau salah memilih bra yang bersesuaian kita akan rasa tidak selesa untuk menyusu dengan aman. Macam mama sendiri gemar memakai bra menyusu dari jenama Shapee ni sebab rasa selesa dan memudahkan menyusu anak. Baru-baru ini, Shapee telah melancarkan produk terbaru untuk ibu breastfeeding iaitu Lafee Nursing Bra.


Sempena Hari Wanita Sedunia, Shapee sekali lagi mengeluarkan bra keluaran terbaru mereka iaitu Lafee Nursing Bra. Bra keluaran Shapee ni sangat sesuai untuk para ibu yang hamil dan menyusukan anak. Bagi ibu-ibu yang pernah mencuba bra Shapee ni pasti tidak akan menukar bra yang lain kerana diperbuat 100% dari cotton untuk memberikan keselesaan kepada pemakai. 


Mama dapat jer box gift dari Shapee terus teruja nak mencuba Lafee Nursing Bra ni. Oh ya Lafee Nursing Bra ini terdapat 3 warna yang menarik iaitu grey, pink dan beige. Untuk set Lafee Nursing Bra ni didatangi dengan sehelai lace panty yang cukup menawan. Size bagi bra pula terdapat 4 size berbeza dari 
  • M (32B, 32C, 32D, 32E)
  • L (34B, 34C, 34D, 34E)
  • XL (36B, 36C, 36D, 36E)
  • XXL (38B, 38C, 38D, 38E)



Pilihan warna Lafee Nursing Bra mama memilih warna grey dan paling mama suka material cotton yang sangat sejuk dan cukup selesa untuk dipakai sepanjang hari. Oh ya bra Lafee ni tidak mempunyai wired so ibu menyusu tidak perlu risau jika mengalami kegatalan. Design bra terbaru ni berbeza dengan design bra yang lama sebabnya terdapat lace design pada bahagian dada. So mak-mak bolehlah feeling rasa seksi walau memakai bra menyusu ni. 



Selain itu, bahagian cups Lafee Nursing Bra boleh ditanggalkan bagi yang tidak suka rasa ketebalan bahagian dada. Untuk removable cup bra ni boleh juga dijadikan nursing pads bagi mengelak susu bocor ketika menyusukan anak. Bra ini sangat elastik tinggi mudah merenggang dan boleh muat 3 size dalam satu size. Terdapat 4 cangkuk dan sambungan untuk penyesuaian yang lebih besar pada bahagian belakang. Manakala klip mudah buka ini direka khas untuk ibu-ibu yang pertama kali menyusu dengan mudah dan tidak rasa kekok. 



Setiap pembelian Lafee Nursing Bra ini didatangi dengan sehelai lace panty sangat selesa yang diperbuat daripada fabrik cotton yang elastik untuk keselesaan pemakai sepanjang hari. Paling mama suka design panty Lafee di bahagian perut untuk keselesaan bagi yang suka memakai di bawah pusat serta ibu mengandung. 


REVIEW | Seriously mama dah jatuh hati dan suka sangat dengan Shapee Lafee Nursing Bra ni bukan sahaja selesa memakai bra menyusu sepanjang hari malah ia mampu memberi keyakinan diri ketika di luar. Selain itu, bra ini mampu menolak lebihan isi dari bahagian belakang ke bahagian cup hadapan. Ini memberikan sokongan padat pada bahagian cup tersebut. Bagi menyusu pula sangat senang tidak perlu selak seperti biasa tapi hanya perlu buka klip cangkuk bahagian depan sahaja. Untuk cucian dan penjagaan bra dan panty ini cukup mudah hanya mencuci dengan cucian tangan dan keringkan . Tidak perlu cucian mesin bagi menjaga kualiti kain bra tersebut. 


Mama nampak sangat confident kalau memakai Lafee Nursing Bra Set ni dan mama rasa selesa untuk menyusukan anak di luar cukup memudahkan mama. Harga untuk Lafee Nursing Bra Set ini hanya RM69.00 dan boleh dapatkan di website Shapee. Khas untuk follower mama, korang boleh dapatkan diskaun sebanyak RM10 hanya masukkan kod LNBJJ bagi setiap pembelian Lafee Nursing Bra sahaja di website Shapee.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook