Buffet Ramadhan 2019

BUFFET RAMADHAN 2019 | Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman @ Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

12:06 PM

Hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi, umat Islam akan menyambut Ramadhan yang mulia. Mesti ramai yang buat persediaan untuk menyambut Ramadhan dengan puasa ganti atau persiapan Raya dan sebagainya. Oleh itu, bukan itu sahaja malah mama dapat undangan untuk preview buffet Ramadhan di salah satu hotel tekenal di ibu negara. Pada Khamis lepas, mama sendiri dapat peluang untuk mencuba preview buffet Ramadhan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.



Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur amat sinonim dengan sajian buffet iftar yang bercirikan traditional mengikut citarasa masyarakat yang majmuk. Untuk tahun ini, konsep makanan traditional masih dikekalkan malah diwarna warnikan lagi dengan selera terkini mengikut zaman ke zaman. Kali ini lokasi buffet akan berada di Tingkat 4, Atrium sehinggalah ke kolam renang dan juga Restoran Zende, di aras lobi.

Dengan "Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman" yang disediakan khas oleh barisan chef yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur iaitu gandingan kerjasama pasukan mantap yang diketuai oleh Chef Eksekutif Steven G dan Chef Saad daripada dapur sajian Melayu. 



Paling menambat hati mama di ruangan kuih dan desset memang banyak pilihan dari kuih traditional sehingga dessert membuatkan pengunjung rambang mata untuk buat pilihan. Paling mama suka di ruangan bubur manis station dengan pelbagai bubur seperti Pengat Ubi, Pengat Pisang, Bubur Kacang Hijau dengan Durian, Pulut Hitam, Pengat Pisang, Gandum, Bubur Cha Vha, Bubur Jagung dan macam-macam lagi. Kalau nak senarai banyak sebenarnya. 

Kuih Muih traditional

Pelbagai kek & jelly

Ruangan bubur station 

Sesuai dengan nama yang diberi "Sajian Tradisi Zaman ke Zaman" menawarkan pelbagai hidangan traditional yang terkenal mengikut 14 negeri-negeri di Malaysia (termasuk Wilayah Persekutuan) bermula dari Utara, Selatan, Timur hinggalah ke Barat Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga juadah-juadah kesukaan masyarakat majmuk di Malaysia seperti makanan ala barat, Jepun, Cina dan India.


Dengan hidangan panas dari Selera Malaysia seperti Ayam Panggang Percik Kuah Putih, Udang Rendang Daun Kunyit, Telur Itik Masak Lemak Rembau, Asam Pedas Ikan Pari Merlimau, Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh dan banyak lagi hidangan menarik. Hidangan yang menambat selera mama adalah Udang Rendang Daun Kunyit memang sedap betul hidangan dari negeri Perak ni. Dan lagi satu hidangan wajib korang kena cuba Asam Pedas Ikan Pari Merlimau memang terbaik. 

Selain itu, di bahagian Salad & Hot Dishes bagi pembuka selera seperti ulam-ulaman, pencecah ulaman dan penambah selera seperti Ikan Masin Goreng Berlada, Sambal Hijau & Merah, Telur Masin yang bakal menambat selera pengunjung. Bagi yang ingin menjamu selera citarasa kampung boleh memilih ulaman dan pelbagai pencecah ulaman seperti Sambal Belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak Cili, Sambal Gesek, Cincaluk, Sambal Nenas dan Sambal Mangga.



Antara yang menarik di bahagian depan kolam renang adalah Sup Gear Box "Power" dan Sup Ekor Bakar, Kambing Panggang Abang Burn, Warong Mee Padang Tembak, Shell In Pantai Remis, Nasi Daun Pisang Uncle Candra, Hinava Ginapan (Sarawak) dan Umai Ikan Merah (Sabah). Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur mempamerkan Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman dengan konsep gerai-gerai yang beratapkan nipah untuk menyerlahkan lagi suasana kampung. 



Bagi pengemar sushi bolehlah cuba di stall Sushi Abang Sai dengan hidangan sushi local filling seperti Sushi Nasi Lemak, Sushi Nasi Lemak dengan Rendang Daging dan macam-macam lagi. Hidangan ini lain dari lain wajib pengunjung cuba. Bukan senang nak jumpa sushi lain dari yang lain dan korang hanya boleh jumpa di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Bagi pengemar seafood pun boleh cuba di Shell In Pantai Remis dengan pelbagai hidangan seafood bersama sos Kam Heong yang sangat sedap. 


Shell In ya bukan Shell Out. 

Kambing Panggang pun the best

Sup Gear Box ni sumpah sedap!! hahh boleh siap sedut guna straw tau



Para pengunjung boleh menjamu selera di tepi kolam atau bahagian dalam juga. Bagi pengunjung tidak perlu risau untuk tergesa-gesa meninggalkan bufet iftar di bulan Ramadhan kelak kerana pihak hotel ada menyediakan surau untuk menunaikan solat Magrib dan Isyak. 


Harga Buffet Sajian Tradisi Zaman ke Zaman

Pembelian voucher sebelum 15 April 2019 
Dewasa : RM90.00 
Kanak-kanak (5-12 tahun) : RM45.00

Pembelian voucher selepas 15 April 2019
Dewasa : RM120.00
Kanak-kanak (5-12 tahun) : RM60.00

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur di www.seripacifichotel.com dan telefon di 03-4042 5555.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook