Food Review

THE HOB Cafe | Homemade Patty Burgers & Malay Cuisine Di Bandar Baru Bangi

9:00 AM

THE HOB Cafe | Homemade Patty Burgers & Malay Cuisine Di Bandar Baru Bangi - Selepas mama pergi ke Butik Telekung Qasha di Bandar Baru Bangi tempoh hari, mama dan beberapa blogger di jemput ke Cafe The Hob untuk menjamu selera. Apa menarik di The Hob Cafe ni yer? Selama ni mama lalu jer depan cafe ni tapi belum berkesempatan untuk singgah ke sini. Untuk pengetahuan semua, pemilik Cafe The Hob ini adalah Puan Hajah Azilah Akashah yang merupakan pemilik kepada Butik Telekung Qasha. Jom kita tengok apa yang menarik di THE HOB Cafe | Homemade Patty Burgers & Malay Cuisine Di Bandar Baru Bangi.

THE HOB Cafe | Homemade Patty Burgers & Malay Cuisine Di Bandar Baru Bangi
Bagi yang tidak perasan Cafe The Hob ini terletak sederet dengan kedai peralatan bakeri Makcik. Hahh bagi mak-mak mesti perasan kan. Senang jer nak carinya. Cuma parking la susah sikit sebab tempat ni memang susah nak cari parking. Tapi time weekend senang rasanya. Kalau dari signboard The Hob menggunakan tema berwarna hitam putih. Jom kita tengok bahagian dalam cafe ni mesti hipster kan. 

Boleh jadi photobooth la kat sini. 

Betul jangkaan mama masuk jer cafe The Hob ni semuanya dinding warna hitam dan dihiasi hiasan dengan lukisan kapur yang cukup menarik. Walau ianya simple tetapi susunan atur meja dan kerusi serta lampu yang tergantung menarik minat pengunjung untuk datang makan ke sini. Dengan kerusi kayu pallete ini juga menampakkan lagi suasana hipster dalam cafe tersebut. 



Dengan tagline Cafe The Hob adalah Tasty Till Last Bite memberikan pengunjung tidak sabar untuk mencuba menu yang menarik di sini. Kalau korang tengok dari menu di blackboard yang besar ni pasti boleh bayangkan menu western yang menjadi penarik minat pengunjung bukan. Menu menarik di cafe The Hob ini adalah Homemade Patty Burgers. Dah namanya homemada patty burgers of coz la patty burger itu di buat sendiri dengan kasih sayang untuk para pengunjung yang gemar makan burger. 


Ehh jangan risau bagi yang kurang makan burger di sini juga terdapat Malay Cuisine dengan hidangan mee dan nasi. Pemilik cafe The Hob mencadangkan untuk mencuba Mee Kari. Katanya Mee Kari ini sangat popular dan signature dish di sini. Selain itu, Nasi Putih Ayam Goreng Bumbu dan juga Nasi Putih Pecal Lele juga digemari ramai pengunjung. 


So pada petang itu, kami makan signature dish di cafe The Hob iaitu Mee Kari. Menariknya Mee Kari di sini ada sambal kacang di atas dia. Kuahnya yang pekat dan rasa tidak pedas sangat menarik untuk menjamu selera. Anak-anak mama pun makan mee kari ni tau selalunya kalau dia orang tak makan mesti bukan selera tekak tapi dedua beradik boleh habiskan mee kari ni memang ternyatalah sedap. Harga pun not bad semangkuk RM8.00 sahaja. 

Mee Kari - RM8.00

Kalau korang dah sampai di cafe The Hob ni korang wajib juga cuba Crispy Cheezy Panini dengan filling pilihan seperti Tuna, Chicken Slice, Beef Slice, Turkey Slice dan juga Egg. Untuk harga set Crispy Cheezy Panini ini hanya RM10.00 manakala untuk filling Egg hanya RM7.50. Yang menariknya Crispy Cheezy Panini ni dimakan panas dengan cheese yang melting. Kalau tarik panini tu korang akan nampak cheese tu memanjang jer.. woww sangat kan.. 

Crispy Cheezy Panini

Simple Burger RM6.00

Dah tarikan homemade patty burgers kan jadi tak sah la kami mencuba menu menarik di cafe The Hob ni. Di sini dari Simple Burger hinggalah Premium Burger semuanya ada. Kalau korang tengok pattie dagingnya tebal. Mama paling suka hidangan di atas papan pemotong kayu ni nampak lagi hidangan jadi menarik dan hipster la kan. Sos untuk burger pun sedap rasa blackpepper pun menarik untuk dimakan bersama burger dan juga french fries. 

Premium Burger (with fries) double patty with cheese RM15.90

Bagi yang tidak berkesempatan untuk menjamu selera di cafe The Hob ini, korang jangan susah hati sebabnya The Hob bukan sahaja ada cafe malah food truck The Hob pun ada. Untuk food truck The Hob ini mereka beroperasi di depan PKNS Bangi dari petang hingga tengah malam. So korang boleh jer terjah food truck The Hob ini di sana yer. Memang trend sekarang makan santai dengan keluarga di bawah langit berbumbungkan bintang-bintang di angkasa. Gituuuu..  

Nampak food truck The Hob ni korang cuba yer.

Happening kan..

Oh sebelum mama terlupa Cafe The Hob ini juga menyediakan tempat untuk mereka yang ingin mengadakan event seperti sambutan hari jadi, gathering family, training dan apa sahaja event boleh buat disini. Jadi bagi yang ingin sewa untuk sebarang event, mereka akan disediakan makanan dari cafe The Hob. 

Korang boleh terus call pemilik cafe The Hob untuk booking yer. Terima kasih kepada Puan Hajah Azilah Akashah menjemput kami untuk mencuba menu yang menarik di sini. Semoga The Hob terus maju dengan hidangan yang istimewa.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :-

THE HOB CAFE
No 5-G-01 Jalan Medan PB2A
Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
43650 Bangi
Selangor
Telefon : 03-8926 8878


Waktu perniagaan : 
Cafe | 11.30 pagi - 9.00 malam 
Food Truck | 6.00 petang - 12.00 tengah malam
Tutup hari Isnin

Love,
/>

You Might Also Like

6 Comments

  1. restoran ada..food truck pn ada..hebat

    ReplyDelete
  2. Deko cantik the Hob Cafe nie kan.. makanan pun menarik..

    ReplyDelete
  3. Sedap sangat Crispy Cheezy Panini tu. Sangat crunchy !!

    Nak ambik gambar last yang ramai-ramai tu yer. Nanti sy kreditkan ke blog nie =)

    ReplyDelete
  4. mmg berkenan tgk Crispy Cheezy Panini tu..bagai terasa2 kerangupan dia..ehh rangup ke..hehee

    ReplyDelete

Like us on Facebook