Resepi Noxxa

Bubur Qasidah Noxxa

9:35 AM

Korang pernah makan bubur qasidah?? Dah macam nama pelakon dalam citer P.Ramlee jer.. Qasidah, Hamidah, Jalandah.. hahhaha.. Mungkin ada orang tak tahu makanan ni.. Bubur Qasidah ni terkenal di utara tanah air.. Bubur Qasidah adalah sejenis pencuci mulut, rasanya lemak manis macam ala2 puding gitu.. Ok tak payah aku nak beletiaq banyak meh ni aku share resepi dan cara-caranya.. hahh cuma aku ada penambahan dalam resepi.. suka hati i la kan i nak masak cmner.. uolls nak ikut uolls ikut.. hehhehe... jangan banyak tanya.. kalo korang nak masak atas api boleh.. aku malas masak atas api tu aku masak dalam Noxxa.. kan dah dapat nama bubur Qasidah Noxxa.. modern u.. hahhaha

Bahan-bahannya :-
* 2 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 cawan gula
* 2 cawan susu tin
* 2 1/2 cawan air
* sedikit garam
* 10 biji bawang merah yang dimayang halus

Cara-caranya :-

Hiris bawang merah & gorengkan sehingga kekuningan. Dah masak angkat dan biarkan seketika.

Blenderkan semua bahan tepung gandum, tepung jagung, gula, susu, air & sedikit garam. Tapis dan masukkan ke dalam noxxa..

Tekan mode stir fry & kacau sehingga pekat.. maaf gambar yang pekat tak sempat snap..

Masukkan dalam bekas yang telah disapu minyak & taburkan dengan bawang goreng.. Siap...

Selamat mencuba...

Regards,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. pernah makan sekali tp mcm xboleh terima bawang goreng tu.

    ReplyDelete
  2. Salam Khamis..
    singgah sini pagi ini..
    Tak pernah makan lagi....

    ReplyDelete
  3. fav kite ni .. dulu tiap kali pbulan puasa mmg cari kuih ni je ...
    kuih qasidah .....

    ReplyDelete
  4. aida pun x pernah makan bubur qasidah.
    sebab tak pernah jumpa :)

    ReplyDelete
  5. Wah! dah pakar guna periuk magic rupanya.
    Mrs. A budak baru belajar dan lagi tak berapa nak rajin :-(

    ReplyDelete

Like us on Facebook