Product Review

Resepi Mee Kari Ayam Mudah Dengan Rempah Kari Daging Mak Siti

10:15 AM

Lagi beberapa hari lagi Raya bakal menjelang tiba. Apa menu juadah di pagi hari raya nanti selain ketupat, lemang dan rendang. Macam mama mesti ada menu sampingan yang mengenyangkan untuk dijamu pada para tetamu yang kunjung tiba. Apa kata untuk menu juadah pagi raya nanti kita buat jer Mee Kari Ayam.

Mee Kari ini bukan untuk pagi raya sahaja malah waktu hari biasa pun juadah ini mendapat sambutan tidak kira bangsa. Bagi juadah ini tentu ramai tetamu memukau dengan keenakan Mee Kari Ayam dengan menggunakan Rempah Kari Mak Siti. Baru cerita dah buat orang terliur bukan. Apa kata jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara Resepi Mee Kari Ayam mudah ini. 


RESEPI MEE KARI AYAM

Bahan A 
1 bungkus mee kuning (Dicelur dan tuskan)
1 cawan tauge (Dibuang akarnya)
Sedikit bawang goreng

Bahan B 
2 keping tauhu (Digoreng)
2 tangkai daun bawang dan daun sup
1 biji cili merah
3 biji limau kasturi

Bahan C 
1/2 kg ayam (Dipotong kecil)
200 gm udang
1 paket bebola ayam
1 paket kek ikan (Dihiris nipis)
2 sudu makan cili kisar
1 peket Rempah Kari Daging Mak Siti
5 cawan santan
Minyak Masak
Garam secukup rasa

Bahan D (Dikisar) 
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-caranya :-

  1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah Kari Daging Mak Siti serta cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, kek ikan, bebola ayam dan santan. Renehkan sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  3. Hidangkan dengan mee yang sudah dicelur dan bahan yang dihiris tadi. Sedia untuk dihidang.
Mudah jer nak buat Mee Kari Ayam dengan menggunakan Rempah Kari Daging Mak Siti ni. Yang pasti serbuk kari daging Mak Siti sangat halus malah bau rempah yang wangi. Selain itu, rempah ini boleh juga dijadikan kari daging, kari ayam dan pajeri terung yang pasti memang sedap. Kerana rempah ini akan mendapat tekstur kuah yang pekat. Jadi korang boleh seimbangkan dengan santan kelapa atau air asam jawa untuk mendapatkan kuah kari yang diingini. Kalau korang ingin mencari Resepi Kari Ayam Mudah boleh tengok blogger terkenal abang Khir Khalid masak. Jangan tak tahu lelaki pun hebat juga memasak di dapur tau.

Untuk pengetahuan semua, Rempah Mak Siti merupakan produk Bumiputra dan mereka telah memulakan perniagaan semenjak tahun 1975 lagi. Rempah Mak Siti adalah produk semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan ia sangat sesuai bagi golongan vegetarians.

Produk utamanya adalah Serbuk Rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Produk Rempah Ratus Mak Siti ini boleh didapati dan dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket seperti Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin.

Antara produk rempah yang terkenal

Selain dari produk yang di atas ini, Mak Siti telah mengeluarkan produk terbaru mereka. Kali ini mereka mempelbagaikan jenis produk dengan menghasilkan produk rempah ratus dalam botol seperti
  • Emping Cili (Chili Flakes)
  • Serbuk Cili
  • Daun Limau Purut
  • Serbuk Daun Limau Purut
  • Serbuk Kayu Manis
  • Serbuk Halia
  • Serbuk Lada Putih
  • Serbuk Lada Hitam 
  • Serbuk Kunyit.
Produk-produk ini tiada MSG, tidak mengandungi Bahan Pengawet, Perisa Tambahan atau Pewarna dan dijamin Halal oleh JAKIM. Yang menariknya Rempah Ratus Mak Siti ini mempunyai ladang tersendiri dan telah mendapat pengiktirafan sebagai "The Largest Herbs & Spices Plantation" oleh The Malaysia Book of Records (MBR)

Produk terbaru keluaran Rempah Ratus Mak Siti

Pada hari Jumaat baru-baru ini, mama telah dijemput oleh Mak Siti untuk satu Majlis Berbuka Puasa bersama dengan Blogger dan Anak-anak Yatim dari Rumah Bakti Al Kausar Bangi serta Pelancaran Produk Baru Mak Siti yang diadakan di Restoran Rempah Kari Mak Siti di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Selain memperkenalkan produk terbaru keluaran Mak Siti, majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan mengembirakan anak-anak yatim sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Acara pada petang tersebut adalah sesi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan Tazkirah Ramadan dari penceramah jemputan sebelum berbuka puasa. Kemudian kami dijamu menu juadah berbuka puasa dari hasil rempah ratus Mak Siti yang semestinya sedap dan lazat.

Pengasas Rempah Mak Siti di sesi Majlis Pelancaran produk terbaru mereka

Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim

Antara anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al Kausar Bangi yang hadir


Sempena Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, mama ingin ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang menyambut Raya pada tahun ini. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan olehNya. Bagi yang ingin memasak juadah pada Raya ini bolehlah menggunakan Rempah Ratus Mak Siti yang segar dari ladang. InsyaAllah dijamin sedap dan lazat. Ingat Masakan Mak, Ingat Mak Siti!

Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian Rempah Ratus Mak Siti boleh layari  :

NASUHA ENTERPRISE SDN BHD
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
84500 Muar, Johor

Telefon : 06-973 7508 / 509
Whatsapp : 017-3309 330

Website : www.maksiti.com

Love,
/>

You Might Also Like

25 Comments

  1. Mee Kari antara my favorite dish Jue..
    Rempah Mak Siti memang terkenal dengan kesedapannya..
    Waahh menarik juga produk terbaharu Mak Siti..
    Lebih senang digunakan..

    ReplyDelete
  2. huihhhh...sedapnya kak...telan air liur dikala malam hari ni kak oii!

    ReplyDelete
  3. Wow!!! Menarik ni.. Nanti boleh suggest kat mak acik beli jenama ni pula untuk buat kari... sedap pula tengok mee kari...

    ReplyDelete
  4. selera tengok meekari jueni... terliur pulak Liez...

    ReplyDelete
  5. Perggghh mee kari tu mengancam jiwa.. seb bek bw time sahur ni..

    ReplyDelete
  6. aduh sedap nengokkan mee kari tuh... udahla mmg akak ni minat mee kari, tp mls nk msk hehehhe

    reempah mak siti mmg antara pilihan akak... org2 belah selatan mmg terkenal n biasa ngn rempah mak siti... dr kari sampai ke rempah sup nya mmg sdp

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaa terliur pula rasa hahahahaha..nnt leh cuba rempah kari pula..baru cuba soto ngan kurma jer hikhik

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya akak masak mee kari last week..mak plak x nak makan mee kari..so..kansel buat masak lain je..

    ReplyDelete
  9. Adoyai sedap la plak lagi2 guna rempah Mak Siti kan?

    ReplyDelete
  10. selalu beli serbuk kunyit mak siti ni jer.. yang lain tak pernah cuba lagi.. hehe

    ReplyDelete
  11. Rempah Ratus Mak Siti mmg terkenal sedap, cuma belum pernah cuba buat mee kari ayam lagi. Mesti sedap.. terbayang2 selera je.. best2 :) :)

    ReplyDelete
  12. Sedapnya mama. Selama ni sy failed msk nee kari. Ada rempah mak siti mcm mudah pulaknya. blh try ni nnti.

    ReplyDelete
  13. Bulan puasa ni xdapat mee kari Ibu masak lagi. kena balik ni hahaha

    ReplyDelete
  14. mee kari ni benda wajib kalau p open house huhu

    ReplyDelete
  15. Aihh.. aihh sedapnya kari ayam tu. btw 1st time dengar rempah ratus mak siti ni. xperasan pulak ada kat memana kedai. hehe

    ReplyDelete
  16. Mee kari ayam paling best..kalau letak kerang tuh xsuke sbb x makan kerang..huhu..terliur tgk time bulan2 puasa nih.

    ReplyDelete
  17. Mee kari ayam sedapnya ! Kalau kari ayam pun dah sedap inikan letak mee lagi bertambah sedap kan 😍😍

    ReplyDelete
  18. Raya ni boleh la try masak mee kari ayam ni. Simple je kalau guna rempah mak siti ni. hehehe

    ReplyDelete
  19. simple je nak masak, nampak pun sedap :D

    ReplyDelete
  20. nanti raya buat mee kari ea.. hihi

    ReplyDelete
  21. Sedapnya meeting Kari. Nak sikit boleh

    ReplyDelete
  22. Sedapnya mee kari tu. Fav ana juga ni.


    Kalau ana ok hari tu mesti dah jumpa jue dekat event mak siti tu kan. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh jumpa di lain event pula. :)

    ReplyDelete
  23. Penangan air tangan Kak Jue ni, nanti nak datang rumahlah semata-mata nak makan je :p

    ReplyDelete

Like us on Facebook