Selamat Hari Raya Dari MamaJue Sekeluarga

12:55 PM

Selamat Hari Raya.. Lambat skit mama ucap hahaha.. biasalah kalau balik kampung memang tak tengok telefon pun.. nak blogwalking pun ke laut.. padahal line serupa jin aprit hahahah semuanya masuk parit.. hehehe.. Tahun ni mama raya turn sebelah kampung en papa di Rengit Johor. Untuk raya tahun ni tema sebelah family en papa adalah pink belacan. Kalau dah nak mencari last minit memang susah nak jumpa.. So terjadinya lah pink belacan pakai tangkap muat. hohoho

En papa dengan kids pilih kurta jer tahun ni. Seluar ingat nak beli pelikat pant tapi dah last minit pakai jer apa ada. Mama pulak blouse dan skirt labuh beli dekat gerai Thailand tu.. hahaha apa2 jer lah asalkan mix & match.. Qeisya punya baju pun rembat beli dekat Bangi.. itu pun nasib la dapat pink kalo takkk pakai baju kembang jer lah dia.. 

Gambar raya dah serupa dengan jer gaya memasing.. 

Hahaha ini pun sama jer.. nyampesss

Memandangkan tahun ni sehabuk tak buat langsung kuih raya. so mama putuskan mama close house. haahahha boleh gitu.. nak makan kuih raya mama pergi jer lah rumah orang. aduhhh kuih raya beli pun tak sempat apa cer ntah raya kali ni.. Ehhh tahun depan raya kedah so kita fikir camner nanti. Dengar kata raya tahun depan bulan May.. macam cepat sangat pulak.. Ok lah mama nak mohon maaf jika mama ada terkasar bahasa atau apa-apa sahaja dengan korang semua. 

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

Sesiapa nak datang raya boleh jer tapi mama masak la menu lain.. ker mama masak soto ker apa ker kann.. huhuhu.. 

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook