Press Release
BREEZE Bekerjasama Dengan Atlit Paralimpik Ziyad Zolkefli Untuk Kegembiraan Kepada Kanak-Kanak Istimewa Sempena Hari Raya
7:38 AM
Breeze menjadikan bulan Ramadan sebagai masa
untuk memberi dan berkongsi. Pada tahun ini, Breeze bekerjasama dengan pemenang pingat emas
Sukan Paralimpik Rio 2016, Ziyad Zolkefli, untuk mengumpul sumbangan bagi kanak-kanak berlainan
upaya.
Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli baju Raya baru dan dihadiahkan kepada kira-kira 60
kanak-kanak serta membekalkan bahan bantuan mengajar baru untuk dua buah rumah kanak-
kanak berlainan upaya.
Pada kempen Ramadan Breeze yang bermula pada 26 Mei 2017, Breeze akan menderma
RM1 bagi setiap pembelian pencuci pakaian Breeze. Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli
baju Raya baru dan alat bantuan mengajar untuk kanak-kanak berlainan upaya. Untuk terma dan
syarat, sila layari www.ulmhomecare.com.my.
Video kempen Ramadan Breeze memaparkan perjalanan Ziyad sehingga menjadi seorang atlet
Paralimpik. Video itu turut menunjukkan keluarga dan orang di sekelilingnya yang memainkan
peranan penting kepada kejayaan beliau.
Ziyad menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila memenangi pingat emas dan mencatatkan
rekod dunia baru dalam acara lontar peluru di Sukan Paralimpik di Rio, Brazil.
Ziyad yang dahulunya menjual kuey teow sebelum melonjakkan dirinya menjadi salah seorang atlet Paralimpik tersohor di Malaysia berkata, “Tiada sebab untuk saya tidak bersyukur, menjadi lebih optimistik dan bersemangat waja sepertimana saya hari ini. Saya merasa sungguh bertuah kerana sepanjang perjalanan kerjaya, saya dikurniakan dengan orang-orang yang sentiasa percaya dan menyokong saya. Kejayaan saya adalah atas sokongan mereka. Hari ini, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang berlainan upaya seperti saya di mana kita boleh mencapai impian dan menjadi sesiapa sahaja yang kita inginkan dalam hidup seandainya kita meletakkan sepenuh jiwa dan raga untuk mencapainya.”

Kami amat berbangga kerana Ziyad sudi bekerjasama dengan kami untuk kempen ini. Kami mahu
menunjukkan bahawa di sebalik setiap kotoran, pastinya ada kejayaan dan Ziyad adalah
buktinya. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk meneroka bakat
mereka, berseronok dan mencapai impian mereka dengan bimbingan dan sokongan daripada ibu
bapa masing-masing. Ziyad adalah seorang individu yang boleh dijadikan contoh dan kisah
kejayaannya boleh dijadikan inspirasi, terutamanya kepada kanak-kanak yang berlainan upaya.
Baju Raya untuk kanak-kanak serta alat bantuan mengajar untuk rumah kanak-kanak berlainan
upaya ini akan diserahkan pada bulan Jun sebelum sambutan Hari Raya.
Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai kempen ini, sila layari laman Facebook Breeze
Malaysia www.facebook.com/breezemalaysia atau layari www.ulmhomecare.com.my.
Love,
0 Comments