Kalau sebut sahaja Didi & Friends, semestinya anak-anak meloncat-loncat suka dengan karakter kartun Didi, Jojo dan Nana ini. Malah bukan anak-anak jer suka mama papa pun suka tau. Pada Sabtu baru-baru ini, mama telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran kedai konsep Playtime With Didi & Friends di The Mines Shopping Mall.
Kedai konsep ini merupakan kedai pertama di Malaysia yang menawarkan tunggangan elektronik dan aktiviti-aktiviti kraf bertemakan Didi & Friends telah dibuka di pusat membeli-belah The Mines. Kedai konsep yang dikenali sebagai Playtime with Didi & Friends ini adalah hasil kerjasama di antara ZOOMOOV (Malaysia) dan pemilik Didi & Friends dan juga Astro Malaysia.
Di majlis pelancaran kedai konsep ini, seramai 30 kanak-kanak daripada dua buah rumah anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih diraikan dengan penuh meriah dengan Didi & Friends. Mereka bukan sahaja dihiburkan dengan tunggangan muzikal Didi, Jojo dan Nana tetapi mereka turut meluangkan masa bergambar dengan maskot-maskot dan mencuba pelbagai aktiviti kraf di sini.
Menurut rakan kongsi ZOOMOOV, Mr Miguel Periera berkata, kami ingin menawarkan lebih banyak aktiviti-aktiviti edutainment kepada kanak-kanak agar lebih menyeronokkan. Dengan aktiviti sebegini bukan sahaja kanak-kanak gembira malah menggalakkan aktiviti kekeluargaan di antara anak-anak dan ibu bapa terjalin dalam pada masa yang sama.
Selain itu, kedai konsep Playtime with Didi & Friends ini turut menjual barangan Didi & Friends seperti bag, pencil case, botol air, mainan dan banyak lagi. Di samping itu, kanak-kanak boleh menaiki tunggangan muzikal Didi, Jojo dan Nana dengan bayaran RM10 untuk tunggangan 5 minit atau RM20 untuk tiga tunggangan 5 minit serta kanak-kanak boleh menyertai aktiviti kraf dan menikmati sesi nyanyian santai di kedai konsep ini.
Antara barang-barang yang dijual di sini
Muka happy tak ingat dunia.. peminat tegar niiii
Aktiviti kraf yang membuatkan anak-anak leka
Kemudian, sewaktu berbuka puasa pada petang tersebut, anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Amal Limpahan Kasih dijamu dengan hidangan berbuka puasa di restoran Timur Tengah di Restoran Almendi's. Mama juga turut berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim di sini. Kegembiraan mereka sedikit sebanyak membuatkan kami sebak dan gembira dengan mereka.
Dengan adanya kedai konsep Playtime with Didi & Friends ini menggalakkan hubungan antara anak-anak dan ibu bapa melakukan aktiviti bersama-sama. Selain itu, Digital Durian akan memperbanyakkan lagi lagu kanak-kanak dengan watak animasi ini bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran mereka yang menyeronokkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Playtime With Didi & Friends boleh layari laman Facebook www.facebook.com/playtimewithdidi dan Instagram www.instagram.com/playtimewithdidi
Love,
0 Comments