Product Review

Beli Sofa Scandinavian Murah Di Ezbuy

2:02 PM

Hi korang.. lately banyak pulak mama up entri product review la, food review la.. habis koman tak tahu nak update mama buat update press release.. hohoho.. asalkan update sudah.. kalo tak memang bersawanglah blog ni.. Ok stop bebel pasal tu.. kali ni mama nak cerita pasal sofa. 

Ekceli mama memang dah lama nak tukar sofa tapi asyik tak terbeli. Sofa kat rumah ni dah tak nampak macam bentuk sofa lagi.. Uihh sofa ni sebelum ada Qeram lagi makna kata dah hampir 6 tahun ok!! habis dah koyak rabak, terpereluih, tengelam, rasa kayu dan sewaktu dengannya. Since mama kerja lagi mama nak beli baru tapi tak dan nak menyimpan duit. almaklum la banyak sangat hutang piutang kan.. nak bayar keta la.. bayar ptptpu la.. bayar duit kutu la.. bayar duit credit card la.. ehh banyakk laa sampai benda nak beli tak terbeli. tapi since mama tak kerja boleh pulak mama menyimpan duit dan beli sofa.. al musykil pulak tang tu.. selalu kena bahan dengan en papa.. hahaha.. Ini pun beli sofa dari hasil simpanan duit review blog tau.. Alhamdulillah nampak la hasil duit review tu pi tang mana.. kalo tak asyik membeli benda tak berpaedah jer.. hehehhe...

Nahhh dalam kotak lagi.. boleh tahan berat tau angkat nasib ada anak jiran tolong angkat..

Sebelum ni memang niat nak beli sofa bed jer.. sebab mama nak space dalam rumah. hehehe biasalah rumah besaq kelomboi mana boleh letak sofa besaq2 kang sempit jadinya. Tapi pergi survey sofa bed pun around RM600 macam tu.. ehh mahai pulak. dah la seketul jer.. wess mama bajet around 1k jer yer.. no more mahal2.. nanti dah jahanam boleh humban buang dan beli baru.. hehehhe.. 

Kemudian Rara ada cakap naper jue tak beli kat Ezbuy.. Kita nak beli cepat malas nak tunggu-tunggu tapiiiii kalau dah termasuk kat Ezbuy terus tak jadi cepat, last2 terbeli kat sini dan kenalah tunggu selama sebulan baru sampai. Sesiapa yang nak beli barang kat Ezbuy ni satu jer mama nak nasihat, korang kena bertabah dan bersabar sehingga langit ke 7 tau nak sampai barang tu.. huhuhu.. 

Dan selama sebulan lah mama tunggu barang tu ok.. gigih giler mama seorang yang tak bersabar.. muahahah.. en papa dia tak kisah dia ok jer sebab bukan duit dia.. hehehhe.. so mama beli sofa scandinavian ni. Alaaa sofa ni macam kusyen rotan zaman dahulu tu. tapi zaman dahulu punya kan kusyen boleh tanggal tapi yang ni tak boleh tanggal.. kalo boleh tanggal mama rasa bebudak ni dah buat pondok2 dan susun2 jadi gerabak keretapi agaknya.. kekekke.. macam mama dulu2 gitu lerrr.. ngeeee

Siap segala mak nenek screw dan allen key

Untuk sofa ni mama beli seater 1+2+3 tau.. harga memang murah nak matey la daripada harga kat Malaysia.. Total harganya ehh dari mula ayat sampai sekarang tak bagitau harga lagi.. okok.. harganya RM764.00.. Itu harga sofa + shipping international [RM8.80] + shipping ke rumah [RM60.00] hahhh murah takkk.. murah gilerrrrrr... kalau kat Malaysia mama tengok harga around RM1400 ok.. ini separuh harga siap balance duit korang boleh shopping raya lagi.. hahahaha..

Untuk sofa ni korang boleh bayang macam barang Ikea. Serius kayu dia sama jer macam katil bujang anak mama tu. alaaa barang-barang sofa kat Malaysia macam ni pun ada jugak import dari negara China jugak.. tapi mama ni kira cheapskate skit so mama nak cari harga murah yang tak masuk akal. Hahahah.. Cuma satu jer beli kat Ezbuy ni, nanti dah sampai kat rumah bukannya sofa tu bertukar jadi sofa tau.. sebab semuanya duk dalam kotak, korang kena la bertabah memasang sofa tu. heheheh.. macam korang beli barang kat Ikea.. bawak balik rumah jer mesti kena pasang jugak kan.

Budak Qebal yang sangatttt kalut nak tolong..

Bab nak memasang ni mama is lemah skit kalau kena guna allen key.. phewww sakit ibu jari mama sampai bengkak ok.. ini semua kerojer orang jantan jer.. mama is tukang arah kot nu kot ni sampai siap. hahahah.. en papa dia paling tak suka baca kertas manual untuk cara pasang2 tu. Mama suka baca tapi nak pulas screw tu macam takder daya..

Muka en papa dah tahap nak bebai tak cukup tanah. kekekek

Selamat Tinggal Sofa L shape ni. Hampir 6 tahun berjasa.. memang lanyak selanyaknyaaaa

Ok memandangkan ramai yang tanya mama macam mana nak beli kat Ezbuy ni. Senang saja. Untuk shipping murah korang kena beli Prime tu dulu. Prime tu ada 2 option iaitu 5 days RM18.80 dan setahun RM188.00. Kiranya nanti kalau penghantaran dari China, barang yang kita beli semuanya shipping flat rate RM8.80 sahaja. tak kira kecik besar akan charge RM8.80 sahaja. Cumanya korang kena sabar selama sebulan yer sebab guna laluan laut.. naik kapal yer kalau nak cepat naik flight korang kena bayar mahal. 

Ok paham kat situ kan. Untuk penghantaran ke rumah akan kena charge jugak itu akan kira masa sebelum kita check out. Korang boleh pilih nak pick up kat meet point yang pihak Ezbuy tetapkan. Kalau macam pick up ni FREE sahaja. Bab pembayaran boleh jer guna Maybank2u, boleh direct debit card pun boleh. Satu lagi kalo ada benda nak tanya boleh chat dengan customer service memang dia orang peramah giler.. hehehhe.. 

Welcome Sofa Scandinavian. Selamat berjasa kepada kami sekeluarga. Nampak la duit hasil review blog dekat sini. kekekek. kalo takkkk habis ke benda tak faedah jer.. 

Ppppsssttt en papa kata lepas ni boleh beli wallpaper murah kat Ezbuy pulak.. hahahah.. dia pulak yang pulun tauuuu.. Untuk korang shopping boleh terjah www.ezbuy.my

Ini bukan review berbayar tapi review dari hati yang ikhlas gituuuuu

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook