Resepi

Resepi Kuih Sagu Delima

12:29 PM

Hi korang. Hari ni dah 10 Ramadan kita berpuasa kan. Cepatnyaaa lagi 20 hari dah nak raya.. Korang dah prepare ker baju raya? Mama masih lagi krik krik krik takder persiapan langsung wesss.. hahaha biasa memang last minit ler.. Tema raya tahun ni pink belacan. itu pun adik-adik ipar nak kaler tu. So kena carilah. hahaha..

Setiap kali bulan puasa mama mesti teringin nak makan kuih-kuih traditional. Nak merap mama buat alahai jauh.. nak balik kampung pun tak balik-balik lagi. Tapi mama akan ikhtiar cuba buat.. kalau tak sempat beli jer lah.. pehtu mesti akan komplen tak kena dengan tekak ni.. Ok meh tengok bahan-bahan untuk resepi Kuih Sagu Delima.

Bahan-bahan A :

* 1 cawan sagu biji
* 3 cawan air
* 1 cawan gula
* 1 sudu teh pewarna merah
* 1 helai daun pandan (disimpulkan) ~alamak mama tak letak sebab lupa..

Bahan-bahan B :

* 1/2 biji kelapa parut muda
* sedikit garam digaul rata

Cara-caranya :-
  1. Sagu biji dibersihkan, rendam sebentar dan toskan.
  2. Masakkan air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah. Kacau sehingga sagu kembang. 

4. Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.

5. Apabila sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda yang digaulkan dengan garam.

Mudahkan nak buat kuih sagu delima ni. Teringat tau tok selalu buat kuih ni. cuma sekarang tok dah tak larat sebab dah uzur. Resepi ni tok ajar masa duk kampung dulu. Kekadang kalo tak tahu call jer tok tanya resepi. ada lagi kuih traditional yang mama still fail nak buat. Hehehe.. Ok lah selamat mencuba.. 

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook