Food Review

Pelbagai Menu Menarik Untuk Berbuka Puasa Di NEXT Food Junction, Klang Parade

7:08 AM

Assalamualaikum semua. Macam mana puasa ok ker. Mama sekeluarga Alhamdulillah dan yang mama paling suka Qebal pun dah puasa penuh tau. Ok memandangkan puasa kita sebulan, kalau macam mama memang mama akan buntu nak masak apa. Yer lah hehari dah masak untuk sahur dan berbuka kompom mama pun buntu tau. Ni belum masuk 10 hari lagi dah tak tau nak makan apa. Ok jangan susah, jangan khuatir mari sini mama nak share tempat berbuka yang besh kat korang semua.

Semalam mama dengan beberapa orang blogger yang lain pergi berbuka di Next Food Junction, Klang Parade. Hahh hambek kau sampai ke sana weh. Takper bukan selalu kan sekali sekala orang kata. Ini kali ke dua mama datang makan disini. Next Food Junction ni macam "food court" tapi pelbagai menu menarik dan sedap ada di sini tau. Apa korang nak makan semuaaaa ada.. lepas makan apa lagi korang boleh pergi shopping raya kat sini. 



Sesampai semalam terus mama ke sini. Ramai jugak yang dah datang untuk berbuka dan ada juga yang tengah membeli. Kawasan bersih so mudahlah korang nak makan dengan aman sekali. Mama pun blur jugak nak makan apa tapi memandangkan mama ni mak menyusu memang kena makan heavy skit macam nasi barulah mama ada tenaga dan dapat memberi khasiat kepada anak mama tu nanti. 

Ramai kan yang tengah tunggu nak berbuka

Pilihan untuk mama pada berbuka semalam dengan anak beranak adalah 4 gelas air ice lemon tea untuk menghilangkan dahaga. Kemudian untuk makan pula, Qebal kan mat salleh celup dia nak makan lamb grilled. Anak bertuah tak makan nasi ni tapi kalau western food memang nombor satu tau. Nasib kat sini ada stall western food ok. Dengan harga yang menarik, portion yang besar dan lamb yang sedap serta lembut memang puas hati la anak mama makan. 

Yummy sangat tau

Pilihan mama pulak semestinya nasi paprik seafood. Ok ini pun sedap tapi memandangkan makan sambil duk pegang anak, mama rasa makan pakai sumbat jer. huhuhu biasalah ada anak kecik ni makan pun kena cepat-cepat kang dia meragam. Tapi yang pasti sedap. 


Menu pilihan papa pulak, dia tak nak heavy sangat katanya dia nak makan double cheese burger & fries. Burger ni sedap dengan sos blackpepper dan cheese bergabung dalam satu membuatkan korang ngap ngap sampai tak sedar dah habis makan tau.. Cuma bagi tekak mama cheese tu masin skit.. ehh bukan ker cheese memang masin hahaha.. 


Selain menu-menu yang kami makan ni ada lagi menu-menu menarik kat sini. Korang keluar duit dan order saja apa yang korang nak makan. We olls memang tak nak makan banyak sangat satgi kekenyangan pulak. Heheh.. Nak tengok menu lain korang scroll jer gambar kat bawah ni yer..

Ikan bakar di stall Portuguese Kitchen

Nasi kukus ayam berempah, sup tulang di stall Sup Power 

Nasi Claypot di stall Claypot

Sizzling Yee Mee, Sizling Nasi di stall Star Recipe 

Pizza, Chicken Chop di stall Western Food

Laksa, mee kari di stall Penang Noodles

Banyak kan menu yang sedap-sedap kat sini. Ok kalau korang tersesat barat ke sana korang boleh singgah dan cuba sendiri makan untuk berbuka di Next Food Junction, Klang Parade ni. Memang sesuai sangat korang makan-makan bersama family dan rakan-rakan siap boleh berborak santai gitu. Selesai jer makan korang boleh solat di Surau yang berada di tingkat bawah. Lepas tu ada masa lagi boleh la korang shopping raya pulak. Yeaaa....

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Next Food Junction
Level 5
Klang Parade

Facebook : www.facebook.com/NEXTFoodJunction
Instagram : www.instagram.com/nextfoodjunction

Hari Raya akan menjelma tidak lama lagi, bagi wanita bolehlah membeli baju raya di Butik Next Ladies di tingkat satu Klang Parade. Dengan harga yang mampu milik di butik ini juga terdapat pelagai pakaian wanita yang terkini. 




Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Next Ladies
Level 1
Klang Parade

Facebook : www.facebook.com/NEXTLadiesMY
Instagram : www.instagram.com/nextladiesmy


Klang Parade telah mengadakan sambutan hari raya untuk tahun ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Klang Parade membawakan tema Warna Warni Aidilfitri telah membawakan selebriti terkenal tanahair seperti Misha Omar, Adibah Noor, Ayda Jebat, Dina Nadzir, De Fam dan juga Baki Zainal untuk memeriahkan sambutan hari raya yang bakal tiba nanti.

Untuk maklumat lanjut sila layari :

Website : www.klangparade.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook