Product Review

Malaysian Handmade Product di Kravve.co

3:30 PM

Amalan memasak sendiri bukan sahaja dapat menjaga tahap kebersihan, malah kita boleh mengatur dan memilih menu sihat untuk seisi keluarga. Ramai yang tidak mengambil berat terhadap kendungan nutrisi seperti gula dan garam dalam rutin masakan kita. Contohnya paling simple adalah jem dan stok serbuk perasa yang berada di pasaran. Produk sedemikian mengandungi kandungan gula dan garam yang sangat tinggi. 

Dengan kesibukan mengurus anak mungkin mama tiada masa untuk menyediakan makanan yang dimasak sendiri untuk mereka. Jadinya mama akan membeli sahaja untuk memastikan mereka makan setiap hari. Setiap pagi mama akan berikan roti dan sapuan jem agar dapat memberi tenaga kepada mereka dalam aktiviti belajar di sekolah. Oleh itu, jem tersebut mama pastikan ianya homemade atau erti kata yang lain dimasak dengan kasih sayang tanpa bahan pengawet yang bahaya.


Baru-baru ini mama diperkenalkan oleh seorang kawan mengenai "handmade produk". Mama akui banyak di luar sana yang menjual produk handmade. Tapi kali ini produk handmade ini dijual secara online di website iaitu Kravve.co. Korang pernah dengar tak? Tak pernah dengar ok mari mama cerita sikit pasal Kravve.co ini.

Kravve.co merupakan satu laman web dalam talian yang menjual produk buatan sendiri yang berkualiti dan gaya hidup sihat. Di sini terdapat produk handmade seperti sos, jem, spread, stok perasa, rempah, rendang paste, snack dan lain-lain lagi. Yang menariknya kesemua ini dimasak sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti semulajadi serta tiada pengawet yang bahaya. Selain itu, pembelian di Kravve ini akan membuat penghantaran ke pintu depan rumah anda dengan percuma. Dengan Kravve ini membolehkan anda menjaga kesihatan orang yang anda sayang dan pada masa yang sama dapat mengeyangkan perut mereka.


Mama sendiri mencuba 2 produk dari website Kravve.co ini adalah Salted Vanilla Peanut Butter dan Dehydrated Chicken Stock Powder. Selalunya kalau 2 produk ini mama beli jenama yang dijual di pasaraya tapi kali ni mama sendiri akan mencuba sendiri produk handmade yang dijual di Kravve.co ini. Kalau suruh mama buat sendiri mama rasa mungkin mama tak sanggup buat sebab ia mengambil masa yang sangat lama untuk mendapat hasil seperti ini.


Pertama kali mama cuba Salted Vanilla Peanut Butter ini terus mama falling in love dengan peanut butter sebabnya mama paling tak suka makan peanut butter di pasaran. Maaf yer sebab jenama di luar memang tidak menepati citarasa mama. Kalau sapu peanut butter di roti tapi jem tersebut keras disebabkan bahan pengawet. Tapi produk handmade Salted Vanilla Peanut Butter ini sangat sedap, tak masin dan rasanya lain dari yang lain. Sampai mama meratah makan sahaja sebab sangat cair dan lembut.


Ini kerana Salted Vanilla Peanut Butter ini dibuat dengan 4 bahan iaitu roasted peanuts, vanilla beans, organic sea salt dan raw honey. Bahan-bahan tersebut disatukan untuk mendapatkan 100% pure & creamy peanut butter yang sangat sedap. Yang menariknya peanut butter ini tidak mengandungi gula dan pengawet tambahan serta ia bebas dari bahan kimia dan juga minyak untuk diproses.

Manakala Dehydrated Chicken Stock Powder ni diperbuat daripada 3 bahan sahaja iaitu Kampung Chicken Breast, Australian Carrot dan Australian Celery. Dengan itu chicken stock powder ini sangat semulajadi dan ianya 100% organik. Yang menariknya chicken stock powder ini tiada langsung bahan kimia dan pengawet yang berbahaya.


Selalunya kalau mama masak sayur goreng mesti mama akan masukan cube pati ayam /  ikan bilis jenama luar di pasaran. Tapi dengan hanya satu cube tersebut dalam masakan akan buatkan masakan kita menjadi masin. Tetapi dengan Dehydrated Chicken Stock Powder ini tiada langsung garam kerana ianya dimasak dan dehydrated selama 12 jam. Jadi chicken stock powder ini sangat selamat digunakan dalam masakan dan selamat bagi wanita mengandung serta baby dari umur 6 - 12 bulan.

Hanya 1/4 tsp sahaja digunakan dalam masakan

Tiada bahan pengawet dan bahan kimia dalam masakan atau boleh ditabur sahaja dalam sup / bubur

Selain daripada menjaga pemakanan yang seimbang, kita sendiri wajib mencari makanan yang tiada pengawet dan bahan kimia yang bahaya dalam makanan seharian kita. Oleh itu, kita sebagai ibu haruslah buat pilihan yang sihat untuk orang tersayang kerana mereka berhak untuk mendapatkannya. 

Bagi yang ingin membeli produk handmade ini boleh layari website Kravve dibawah. Bagi pembelian RM50.00 ke atas korang akan dapat penghantaran percuma ke depan pintu rumah anda. Sebelum itu khas untuk follower blog MamaJue Story, korang boleh gunakan kod diskaun [MamaJue] sebanyak RM5 bagi pembelian di Kravve.co ini.

Untuk sebarang maklumat dan pembelian boleh layari : 

Website : www.kravve.co
Instagram : www.instagram.com/kravve.co
Email : hello@kravve.co

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook