Power Root Berhad, yang terkenal
dengan jenama kopinya Alicafe, membantu 36 orang rakyat Malaysia dari pelbagai
lapisan masyarakat untuk memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan Umrah, dalam
sebuah inisiatif uniknya untuk menyumbang semula kepada komuniti.
“Kami memahami bahawa menunaikan ibadah Umrah dan Haji di Mekah adalah satu
tuntutan agama yang perlu dipenuhi bagi mereka yang beragama Islam. Dan
sebahagian besar daripada mereka telah menyimpan wang selama bertahun-tahun,
semata-mata untuk tujuan ini,” kata Pengerusinya, Dato' Afifuddin Bin Abdul Kadir.
“Kami membuat keputusan untuk memainkan peranan kami, dengan membantu rakyat
Malaysia menunaikan Umrah, yang dianggap sebagai Haji kecil, melalui peraduan
“Tunaikan Hasrat Umrah” kami dimana kami menawarkan 18 pakej umrah. Dan oleh
kerana setiap pakej adalah untuk dua orang, kami sebenarnya menghantar 36 orang
pelanggan ke Mekah,” tambah beliau.
Bercakap di majlis penyampaian hadiah kepada tujuh pemenang pertama, Dato’ Afifudin berkata: Untuk memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran mereka sepanjang perjalanan menunaikan ibadah tersebut, kami telah bekerjasama dengan Tabung Haji Travel, ahli syarikat Kumpulan Tabung Haji, untuk memberikan salah satu pakej terbaik mereka kepada para pemenang.”
Peraduan tersebut telah bermula pada 1 Mei bersempena dengan bulan Ramadhan dan bakal berakhir pada 15 September 2017. Setakat 15 Julai 2017, tujuh pemenang telah dipilih menggunakan cara algoritma untuk memilih nombor siri yang bertuah. Tujuh pemenang yang terpilih adalah :
Dato’ Afifuddin turut berkata bahawa Syarikat tersebut sangat gembira kerana pemenang yang terpilih adalah daripada pelbagai lapisan masyaratkat dan berbeza latar belakang. Beberapa orang pemenang telah berkongsi cerita mereka dengan Power Root. Dato’ Afifuddin berkata bahawa peraduan Tunaikan Hasrat Umrah menunjukkan bahawa Power Root, sebuah syarikat tempatan, benar-benar memahami keperluan pelanggan mereka yang beragama Islam.
“Kami bukan sahaja mengeluarkan produk minuman berkualiti tinggi yang memenuhi selera rakyat Malaysia, malah turut memastikan produk kami adalah halal terutamanya untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang beragama Islam,” tambah beliau.
Dengan tekad untuk mempromosikan produk-produk tempatan ini ke pasaran antarabangsa, Power Root telah banyak melabur dalam aspek penyelidikan dan pembangunan herba-herba tradisional ini, untuk menghasilkan produk-produk jenamanya sendiri, antaranya Alicafe, Alitea, Per’l dan Extra Power Root.
Untuk maklumat lanjut tentang Power Root, sila layari www.powerroot.com.my

- Ruhaizat Bin Hj Mohamed Amin
- Aziana Binti Adnan
- Abdul Mustakim Bin Ali
- Puan Shuhadah
- Puan Pauziyah Binti Jantan
- Mohd Hanafi Bin Nasarudin
- Nawi Bin Awang
Dato’ Afifuddin turut berkata bahawa Syarikat tersebut sangat gembira kerana pemenang yang terpilih adalah daripada pelbagai lapisan masyaratkat dan berbeza latar belakang. Beberapa orang pemenang telah berkongsi cerita mereka dengan Power Root. Dato’ Afifuddin berkata bahawa peraduan Tunaikan Hasrat Umrah menunjukkan bahawa Power Root, sebuah syarikat tempatan, benar-benar memahami keperluan pelanggan mereka yang beragama Islam.
“Kami bukan sahaja mengeluarkan produk minuman berkualiti tinggi yang memenuhi selera rakyat Malaysia, malah turut memastikan produk kami adalah halal terutamanya untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang beragama Islam,” tambah beliau.
Dengan tekad untuk mempromosikan produk-produk tempatan ini ke pasaran antarabangsa, Power Root telah banyak melabur dalam aspek penyelidikan dan pembangunan herba-herba tradisional ini, untuk menghasilkan produk-produk jenamanya sendiri, antaranya Alicafe, Alitea, Per’l dan Extra Power Root.
Untuk maklumat lanjut tentang Power Root, sila layari www.powerroot.com.my
Love,
0 Comments