Press Release

Lindungi Keluarga Dari Bakteria Dengan AGAINST24

1:20 PM

Sebagai seorang ibu mama seringkali mempunyai masalah untuk memilih produk penjagaan bayi yang terbaik untuk mereka. Sekarang ni lambakan produk penjagaan kulit di pasaran tapi yang mana bagus atau tidak itu adalah pilihan kita sendiri. Dari sinilah kita wajib memilih produk yang betul-betul sesuai dengan kulit bayi, kualiti produk serta harga setiap produk tersebut.

Baru-baru ini pihak Watson dan Against24 Malaysia telah melancarkan satu produk jenama AGAINST 24 iaitu produk mandian bayi dari Taiwan yang datang dengan formula mandian yang unik. Produk ini akan dijangka menjadi pilihan ibu bapa kerana ia sangat memenuhi kriteria terbaik buat untuk anak-anak.


Against24 diformulakan dengan bahan yang unik dan ia telah tersenarai di dalam 3 produk yang paling laris di China dan Taiwan. Produk ini adalah bebas alkohol, bahan pengawet dan bahan sabun yang menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.

Produk ini adalah produk mandian anti bakteria yang dapat menjaga keluarga daripada virus dan bakteria. Formula yang telah dipaternkan untuk produk ini mampu mempertahankan badan daripada patogen utama dalam 30 saat, dengan kadar anti bakteria sehingga 99.999%. Formula antimikrobial bebas toksik dan bebas pencemarannya pula adalah lembut kepada kulit dan mampu menyediakan perlindungan antibakteria selama 24 jam.


Kelebihan produk Against24 Rubber Duck dan Power Panda adalah tidak mengandungi bahan pengawet dan kaya dengan ekstrak aloe vera serta mengandungi herba dan ekstrak minyak dari bahan yang terpilih seperti minyak sawit, minyak kelapa, minyak badam dan minyak avocado bagi melembutkan kulit. Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan juga untuk kulit yang sensetif.


Di samping itu, dengan pembungkusan yang comel dari itik dan panda dapat menarik minat kanak-kanak untuk menggunakannya. Harga Against24 Rubber Duck dan juga Power Panda sangatlah berpatutan dan berbaloi-baloi. Untuk harga kesemua produk boleh tengok di bawah ini.

Against Rubber Duck 
  • Body Wash 1000ML - RM25.90
  • Handwash 300ML - RM15.90
  • Babybath 1000ML - RM29.90
  • Baby Shampoo 650ML - RM29.90
Against Power Panda
  • Body Wash 1000ML - RM25.90
  • Handwash 300ML - RM15.90
  • Babybath 1000ML - RM29.90
  • Baby Shampoo 650ML - RM29.90

Bagi yang ingin dapatkan produk Against24 ini boleh didapati di semua seluruh outlet Watsons Malaysia dan juga Watsons Online. Jadilah pilihan bijak untuk penjagaan kulit keluarga anda dengan memilih yang terbaik dari Watsons. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Against24, Facebook Watsons Malaysia dan website Watson www.watsons.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook