Setiap orang pasti ada sepasang kasut kegemaran untuk mudah dipakai agar selesa sepanjang hari. Semenjak mama ada anak kecil ni kasut flat shoe menjadi pilihan mama untuk bergerak, berlari, berdiri sambil mendukung anak. Pada minggu lepas, mama dapat satu jemputan untuk pembukaan outlet terbaru Hypershoe di KIP Mall Bangi. Apa yang menarik di Hypershoe ini meh baca entri ni.
Hypershoe merupakan kedai kasut yang menjual kasut lelaki, kasut wanita, kasut kanak-kanak, kasut sekolah dan juga bag sekolah. Untuk pengetahuan semua, Hypershoe telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1996 lagi. Malah terdapat 32 cawangan di Malaysia termasuklah yang baru buka di KIP Mall Bangi.
Mix Point Men Shoes
Di Hypershoe ini terdapat beberapa jenama yang menjadi pilihan pelanggan di sini iaitu Mix Point Men Shoe, MP Sport (Men & Women), Vetini Women Shoe dan MP Kids School Shoe dan MP Kids Shoe. Dengan tagline Hypershoe " Langkahku Langkahmu, Hypershoe Pilihanmu" membuatkan pelanggan mendapat kualiti kasut yang terbaik.
Vetini Women Shoes
Masuk jer ke dalam kedai Hypershoe ni mulalah rambang mata dibuatnya. Bayangkan pelbagai kasut yang sangat menarik dan design up to date. Dari kasut lelaki hinggalah kasut kanak-kanak semuanya ada tau. Harganya pula dari sekitar RM20.00 hingga ke RM100 ke atas. Lepas ni bolehlah mama beli kasut sport di sini. Bayangkan kasut sport daru harga RM35 sahaja. Murah sangat tu!!
Kasut Ballerina Vetini pun ada
Selain itu, kasut jenama wanita iaitu Vetini dari flat shoe, sandal, ballerina, high heel dan kasut tertutup semuanya ada di sini. Design yang sangat menarik hati dikalangan wanita di luar sana tidak kira muda dan berumur. Memula mama nampak sandal terus mama tertawan hati sebab mama suka design yang simple tapi menarik untuk dipakai. Yer memang selesa sebab tapak dia lembut.
Pilihan kasut untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pun banyak juga yang comel sampai mama sendiri tak tahu nak pilih yang macam mana. Yang paling comel kasut budak perempuan la sebab semuanya cute sangat. Heyy raya nanti boleh lah mama beli kasut raya anak-anak mama kat kedai Hypershoe jer. Memang berbaloi-baloi dengan harga yang ditawarkan.
Selain kasut yang lain, di Hypershoe juga menjual kasut sekolah berwarna hitam dan juga putih. Hahh kan tak lama lagi sekolah akan berakhir pada hujung tahun ini, mama pasti ramai ibu bapa yang akan buat persediaan untuk kembali ke sekolah bukan. Apa kata ibu bapa beli jer kasut di Hypershoe ni sebab harga pun murah dan banyak pilihan. Tak perlu lah ke kedai lain datang jer sini ok.
Hahh jangan tak tahu bukan jer kasut sekolah jer ada.. Ni hahh bag sekolah pun ada tau. Design untuk kanak-kanak dari pilihan kartun seperti Omar Hana, Didi & Friend, Boboboi dan macam-macam lagilah. Harga bag sekolah bermula dari RM29.90 sahaja. Murahkan. Kualiti pun mama tengok ok sangat. Anak-anak siap pilih bag sekolah untuk tahun hadapan.. amboiii korang dah tak sabar nak bag baru la tu.
Dah sampai ke kedai Hypershoe ni apa lagi mama pun berpeluang la rembat sepasang kasut kan mana lah boleh tengok saja. Mau meroyan mama. hahaha.. Tadaa pilihan mama memang simple jer senang nak pakai harian. Warna biru yang menarik dengan ada bunga dan yang pasti permukaan kasut lembut. Hahhh itu yang penting tau untuk keselesaan mama pakai ke sana ke mari. Bukan mama jer dapat kasut ni hahhh Qeisya pun dapat juga. Kemahin comel la kasut pink Hello Kitty dia siap pakej bunyi lagi.. Seronok sangat dia dapat kasut tu.
Bagi yang ingin mencari sandal atau kasut bolehlah terjah ke cawangan Hypershoe yang berhampiran dengan anda. Untuk cawangan Hypershoe yang lain boleh klik di sini www.hypershoe.com.my/outlet-locations
Untuk maklumat lanjut mengenai Hypershoe boleh layari :
Website : www.hypershoe.com.my
Facebook : www.facebook.com/hypershoe
Instagram : www.instagram.com/hypershoeofficial
HYPERSHOE KIP Mall Bangi
Lot M-02, M-03, M-04, M-05, G-5/2
KIP Mall Bangi
No 1 Jalan Medan Bangi
Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
0 Comments