Food Review

WESTSIDE BISTRO | Sizzling Skewer Sedap di SACC Shah Alam

9:07 AM

Bagi pengemar makanan Barat dan Timur bolehlah mencuba sendiri keenakan daging di bakar dengan rempah yang sangat sedap di Westside Bistro di SACC Shah Alam. Pada minggu lepas mama dapat jemputan untuk food review dan juga soft launching sebuah restoran yang menyajikan WS Steak & Grill yang menampilkan kombinasi selera Barat dan Timur. Westside Bistro ini telah beroperasi sejak tahun 2010 dan ia terletak di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).


Westside Bistro telah mengeluarkan promosi terkini yang menyajikan hidangan WS Steak & Grill bermula 4 Oktober 2017 dari jam 6.00 petang sehingga 10.30 malam setiap hari Rabu hingga Ahad sahaja. Dengan promo istimewa ini, bagi pengunjung dari Shah Alam dan kawasan berdekatan boleh segera mengunjungi Westside Bistro dan menikmati hidangan stik dan gril ang disediakan secara ala minute. 

So santai


Istimewa menu kali ini, Chef Eksekutif Jamili Napiah membawakan keunggulan dalam masakan yang dihidangkan. Bagi yang ingin menikmati hidangan utama stik dan gril iaitu Daging Panggang Skewer, Kambing Panggang Skewer dan Ayam Panggang Skewer boleh terus datang ke sini. Kelazatannya boleh dirasai kerana citarasanya yang sempurna serta hasil gabungan kepakaran chef dan bahan-bahan segar. 


Fresh & juicy sizzling skewer.


Ayam Panggang Skewer

Kambing Panggang Skewer

Combo Daging dan Sotong 

Antara ketiga-tiga menu ini mama paling suka daging steak dan kambing panggang skewer. Daging lembut dengan perapan yang sangat sedap. Dimasak dengan sempurna ala-ala medium rare gitu. Gabungan dengan blackpepper sos memang sesuai dimakan bersama dengan daging dan ayam. 

Jangan lupa nanti order dessert kek coklat lava bersama ais krim vanilla memang ummphh sangat

Untuk promosi Sizzling Skewer ini sedang berlangsung sehingga 31 Oktober 2017 so jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan penjimatan hebat menerusi laman http://sacc.onpay.my/order/form/wssteakandgrill. Lagi penjimatan yang berbaloi, untuk sebarang tempahan meja yang dibuat pada hari Rabu dan Khamis, kanak-kanak berumur 7 hingga 10 tahun, akan dijamu secara PERCUMA di buffet kanak-kanak yang disediakan. Sementara kanak-kanak di bawah usia 6 tahun akan dijamu secara percuma sepanjang waktu operasi stik dan gril di Westside Bistro.

Antara blogger yang hadir pada malam sesi food review

Lebih istimewa lagi, tempahan ruang bistro dibuka kepada orang ramai yang berminat mengadakan majlis keraian atau sesi perbincangan di sini. Ia mampu menempatkan sehingga 100 pengunjung dalam satu-satu masa dengan tawaran pakej mengikut peruntukan bajet penganjur. Bukan itu sahaja, lokasi Westside Bistro ini yang terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam menjadikan ia lokasi strategik dengan akses parkir kereta yang mudah dan banyak di bangunan SACC mahupun di sekitarnya. 


Bagi yang ingin merasa Sizzling Skewer dan lepak bersama keluarga kesayangan bolehlah menempah Westside Bistro di talian 03-5511 8858. Untuk harga buffet ini :

Normal Rate : RM48.00+
Normal Rate Kids Buffet : RM12.00+

Untuk maklumat lanjut mengenai Sizzling Skewer di Westside Bistro ini boleh layari :

Website : www.sacc.com.my
Email : enquiry@sacc.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook