Minyak kelapa dara mendapat populariti sebagai suplemen kesihatan secara semula jadi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah mendapat permintaan tinggi di kalangan orang ramai. Bukan sahaja untuk kesihatan malah ia berfungsi untuk produk kecantikan seperti wajah, kulit, rambut dan badan.
Minyak kelapa dara lebih kaya daripada minyak kelapa biasa kerana ia diekstrak daripada kelapa segar. Ia mempunyai kandungan vitamin yang lebih tinggi, asid laurik dan capric, antioksidan, mineral, asid lemak rantaian sederhana dan protein. Tropika telah mengeluarkan pencuci wajah dengan menggunakan minyak kelapa dara. Apa kebaikkannya boleh baca detail di bawah.
TROPIKA Face Cleansing Oil telah diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ia merupakan pilihan pembersih muka yang terbaik untuk semua jenis kulit kerana minyak kelapa dara dapat mencuci sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit.
Pembersih muka ini telah dirumus khas dengan kehadiran VCO, Licorice Root Extract dan vitamin E yang mencipta fungsi 3 dalam 1 iaitu penanggal makeup, pembersih muka dan juga sebagai pelembap supaya kulit kelihatan segar sentiasa.
Kombinasi yang unik dengan Licorice Extract, ia membantu mengurangkan garis dan bintik halus disampingkan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. Oleh itu, jangan risau kerana formula khas ini selamat digunakan pada kulit sensitif juga. Yang pastinya ianya bebas daripada :
- Cruelty FREE
- Paraben FREE
- Frangrance FREE
Bahan-bahan Yang Digunakan :-
1. Virgin Coconut Oil (VCO)
Bertindak sebagai pelembap semula jadi yang terbaik. Membantu menjaga liang pori terbuka dengan membersihkan dan menghalang kecacatan.
2. Vitamin E
Mengawal keadaan kulit untuk mengurangkan garis halus, kedutan dan bintik-bintik di muka.
3. Esktrak Root Licorice
Mengandungi glabridin yang membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata, perubahan warna dan pigmentasi. Secara umumnya ia digunakan untuk mencerahkan kulit.
4. Minyak Zaitun
Bertindak sebagai ejen pembersih yang selamat digunakan di sekitar mata. Ia berfungsi sebagai anti radang dan membantu mengatasi pengeluaran minyak yang berlebihan.
Cara penggunannya :
- Bersihkan wajah dengan air
- Sapukan dan ratakan pada kulit muka
- Urut dengan sedikit air dengan sekata
- Bilas dan keringkan
Siapa yang boleh menggunakannya?
- Sesiapa yang memakai makeup atau tidak
- Sesiapa yang mengambil berat tentang kulit mereka
- Sesiapa yang memilih produk semula jadi untuk kulit mereka
- Sesuai untuk semua kulit termasuklah kulit sensitif
Boleh digunakan dua kali sehari atau bila-bila masa sahaja ketika hendak menanggalkan makeup.
Review | So far ada pro dan contra untuk pencuci Tropika ini. Pro nya adalah bagi yang mengalami kulit kering sangat sesuai dengan pencuci muka dari minyak kelapa dara ni sebab boleh menjadi pelembap kepada kulit. Selain itu, pencuci ini terbaik untuk menanggalkan makeup di wajah. Contranya pula bagi kulit wajah yang berminyak tidak digalakkan sebab rasa makin berminyak. Dan packaging sangat besar kalau kecilkan sedikit mama rasa mudah untuk bawa kemana sahaja.
Review | So far ada pro dan contra untuk pencuci Tropika ini. Pro nya adalah bagi yang mengalami kulit kering sangat sesuai dengan pencuci muka dari minyak kelapa dara ni sebab boleh menjadi pelembap kepada kulit. Selain itu, pencuci ini terbaik untuk menanggalkan makeup di wajah. Contranya pula bagi kulit wajah yang berminyak tidak digalakkan sebab rasa makin berminyak. Dan packaging sangat besar kalau kecilkan sedikit mama rasa mudah untuk bawa kemana sahaja.
Not : Sekiranya berlaku kerengsaan, sila berhenti dari menggunakannya.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Website : www.tropikabeauty.com.my | www.tropikaskincare.my
Facebook : www.facebook.com/TropikaskincareHQ
Instagram : www.instagram.com/tropikaskincarehq
0 Comments