Product Review

RILEY & DECLAN | Organic Dan Natural Untuk Kulit Baby

9:00 AM

RILEY & DECLAN | Organic Dan Natural Untuk Kulit Baby - Penjagaan kulit baby yang sangat lembut haruslah dijaga dengan sempurna. Bukan mudah untuk kita jaga dari segi pemakanan dan penggunaan produk yang selamat untuk mereka. Sekarang produk penjagaan untuk baby ada yang mengandungi bahan yang bahaya dan terlarang. Jadi mama akan memilih produk yang organic dan natural untuk anak mama. Oleh itu, mama memilih RILEY & DECLAN | Organic Dan Natural Untuk Kulit Baby.

RILEY & DECLAN | Organic Dan Natural Untuk Kulit Baby
RILEY & DECLAN atau R&D Baby Organics adalah satu jenama baru yang menawarkan set penjagaan kelengkapan diri untuk baby yang mengalami masalah kulit. Produk Riley & Declan merupakan dari bahan organik dan sangat semulajadi serta diiktiraf dengan sijil ECOCERT. Produk Riley & Declan ini terdapat 3 produk sahaja iaitu :
  • Head To Toe Baby Wash
  • Super Relief Cream
  • Comfy Tummy Rub

RILEY & DECLAN Head To Toe Baby Wash adalah sabun mandi dan syampu 2 dalam satu yang mengandungi ekstrak alo vera, minyak biji bunga matahari dan lavendar. Tekstur head to toe wash ini sangat wangi dan lembut serta kurang buih. Ia sangat sesuai untuk digunakan untuk kulit bayi yang menghadapi penyakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal atau ruam. Selain itu, ia melembapkan kulit dan menenangkan baby selepas mandi.

Untuk packaging seperti ini sangat mudah untuk dibawa kemana sahaja. Malah produk 2 dalam 1 ini sangat mudah untuk dibawa ke travel atau ke taska pengasuh. 


RILEY & DECLAN Super Relief Cream adalah sejenis cream yang bersifat lotion untuk berubat. Tekstur lembut, wangi dari aloe vera, jojoba oil, calendula dan shiso leaf ini sangat sesuai untuk baby yang mengalami kulit kering, allergic dan kulit ruam. Selain ia cream berubat boleh juga dijadikan cream pelembab di bahagian lutut, siku dan kulit baby. 

Untuk packaging sangat comel dengan warna pastel menarik minat baby untuk digunakan serta mudah digunakan dimana sahaja. 


RILEY & DECLAN Comfy Tummy Rub adalah sejenis cream sapuan untuk mengatasi masalah sakit perut, kembung, batuk dan selesema pada baby. Cream Comfy Tummy Rub ini mengandungi Aloe Vera, Jojoba oil dan Ginger root oil. Cream comfy ini boleh sapu di bahagian perut, belakang perut, dada dan juga tapak kaki agar baby akan rasa selesa dan nyaman sepanjang hari. 

Packaging sangat besar dan cream comfy ini tidak panas dan sangat lembut pada kulit bayi. Cream comfy tidak berminyak dan mudah meresap ke dalam kulit. 


Nampak tak Qeisya happy jer guna set penjagaan bayi dari RILEY & DECLAN ni tau. hanya 3 barang sahaja mama mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Kulit Qeisya pun tiada alahan ruam dan mama yakin ia sangat selamat kerana set ini dibuat dari bahan yang organik dan semualajadi. Bagi yang ingin dapatkan produk RILEY & DECLAN ini seperti dibawah. 

Untuk pembelian dan pertanyaan boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook