Product Review

LOVERA Magic Jelly | Multi Purpose Gel Untuk Muka, Badan Dan Rambut

8:30 AM

LOVERA Magic Jelly | Multi Purpose Gel Untuk Muka, Badan Dan Rambut - Setiap wanita mengimpikan kulit muka yang mulus, cantik dan bersih dari sebarang masalah di wajah. Dengan kulit yang bersih tanpa sebarang cela memberi keyakinan kepada seseorang untuk berhadapan dengan semua orang. Mama sendiri pun mengalami masalah kulit seperti jerawat dan juga parut jerawat. Sekarang memang mama gigih untuk polish muka untuk menghilangkan masalah itu semua. Korang pernah dengar LOVERA Magic Jelly | Multi Purpose Gel Untuk Muka, Badan Dan Rambut? Katanya gel ini mampu melenyapkan masalah di muka, badan dan rambut.


Lovera Magic Jelly merupakan multi purpose gel untuk muka, badan dan rambut. Ini adalah formula baru dan 10 kali lebih baik dan sangat berkesan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Magic Jelly ini telah menambah baik dengan gabungan chamomile yang mampu merawat sebarang masalah kecantikan kulit muka, badan dan rambut.

Dengan gabungan 3 bahan tersebut ia 10 kali cepat dari gel aloe vera biasa. Selain itu, Magic Jelly sangat berkesan untuk masalah kulit seperti jerawat, kulit kering, sunburn matahari, kulit kusam, terkena sengatan serangga dan banyak lagi.

Lovera Magic Jelly ini telah dikilangkan dan disahkan bertaraf GMP dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mendapat sijil HALAL dari JAKIM. Jadi ia selamat digunakan untuk semua orang. Dengan Magic Jelly ini tiada paraben, tiada warna yang bahaya, tiada merkuri, tiada bahan yang bahaya dan sangat semulajadi.


Tekstur Magic Jelly licin dan tidak melekit serta menyerap cepat apabila disapu ke kulit. Rasa berangin dan bau Aloe Vera, Timun serta Chamomile yang wangi membuatkan seseorang pakai rasa tenang dan kulit akan rasa segar dan sihat. Hanya sapu Magic Jelly dari Lovera ini akan melindungi, memperbaiki dan meningkatkan keadaan kulit dengan lebih baik.

Untuk kegunaan Magic Jelly ini sangat mudah. Boleh digunakan selepas mandi atau sebelum tidur. Picit sedikit di atas jari kemudian sapukan ke bahagian yang bermasalah. Bagi yang ingin dapatkan keputusan yang cepat, boleh digunakan sebelum tidur serta gunakan Magic Jelly dengan konsisten. 


Manfaat untuk kulit 
  • Berkesan merawat jerawat
  • Menghilangkan kulit yang kusam
  • Pudarkan parut lama / baru
  • Pudar bintik hitam
  • Merawat Eczema
  • Menghidrat kulit kering
  • Merawat sunburn
  • Mengecilkan liang pori
  • Anti penuaan
  • Mengurangkan ruam, kulit allergic dan sensetive
  • Menjadikan kulit lebih lembut
Manfaat untuk rambut
  • Membantu mengurangkan kelemumur
  • Meluruskan rambut kusut
  • Boleh dijadikan sebagai serum rambut
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut baru
Selain daripada manfaat di atas, Magic Jelly juga boleh dijadikan pelembap kulit muka dan pembersih make up juga. Yang paling menarik dengan Magic Jelly boleh juga dijadikan sebagai primer sebelum make up untuk menjadikan make up tahan lebih lama. Dari segi manfaat lain, dengan Magic Jelly ini dijadikan serum rambut dan bulu mata untuk panjangkan dan pertumbuhan rambut / bulu. 

Hampir seminggu mama gunakan Magic Jelly ni dan Alhamdulillah mama sangat suka hasilnya. Mama gunakan Magic Jelly setiap malam sebelum tidur dan setiap pagi untuk dijadikan pelembap kulit muka. Kulit mama rasa lembap dan kurang berminyak selepas bangun dari tidur. Yang paling mama suka liang pori mengecil dan kulit jadi licin jer. Bagi parut degil semakin berkurang so mama kena rajinkan diri pakai Magic Jelly dengan konsisten setiap hari untuk mendapatkan kulit yang cantik.


Selain itu mama juga sapu gel ini pada kulit bibir yang kering dan merekah. Hasilnya kulit bibir yang yang bermasalah akan jadi licin kembali. Memang terbaiklah Magic Jelly ni.

Paling mama suka Lovera Magic Jelly ni sangat bagus untuk kulit kering dan ruam di badan anak. Sapu dalam 2, 3 kali kulit kering tu hilang. Best kan tak payah cari krim pelembap yang lain.

Untuk melihat testimoni Adik Aafa yang terkena minyak panas boleh tengok di SINI. Alhamdulillah kulit adik Aafa kembali sembuh dengan menggunakan Magic Jelly yang sangat terbaik.

Jangan tak tahu Mat Dan pun guna juga Lovera Magic Jelly ni.

Bagi yang ingin dapatkan Magic Jelly ini boleh dapatkan sebotol Lovera Magic Jelly ini dengan harga RM70.00 sahaja. Dengan sebotol Magic Jelly yang sangat multi purpose gel ini mampu menghilangkan masalah di muka, badan dan juga rambut. Ia boleh di bawa kemana sahaja dan sangat berguna untuk semua. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian Lovera Magic Jelly ini boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook