Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
(KPK) telah mengajurkan siri ke-2 bagi acara Kids Eco Dash di Taman Eko Rimba, Bukit Nenas
di sini hari ini.
Acara ini merupakan satu acara larian kanak-kanak di mana-mana kanak-kanak boleh mengalami
pengalaman larian “BIG RACE” yang diadakan di lokasi tarikan eko-pelancongan yang selamat
dan “educational”.
Sepertimana acara larian yang lain, ibubapa serta ahli-ahli keluarga dapat turut serta sebagai
sukarelawan, bukan hanya untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka yang mungkin
terlibat dalam acara tersebut malahan bersuai kenal dengan ibubapa yang lain selain membantu
dalam pengurusan logistik seperti memastikan kebersihan kawasan, taklimat acara kepada
ibubapa, pengagihan race-kit dan sebagainya.
Acara ini mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar serta pihak swasta iaitu Tough Gorilla.
Melalui acara ini, ianya bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan rasa sayang
kepada Negara melalui perkongsian pengalaman melancong atau beriadah di destinasi-destinasi
pelancongan melalui media sosial menerusi satu kempen yang dikenali sebagai Kempen Media
Sosial #SayangMalaysia. Dalam konteks ini, ibu bapa digalakkan untuk berkongsi pengalaman
menyertai acara ini kepada followers masing-masing melalui media sosial masing-masing.
Siri pertama telah dilaksanakan pada 15 Oktober 2017 di Taman Botani Negara Shah Alam
bersempena dengan Hari Sukan Negara.
Acara utama bagi Kids Eco-Dash ini adalah acara larian yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
- Kategori Caterpillar – untuk pelari berusia 4-6 tahun – jarak larian 1 km
- Kategori Rabbit – untuk pelari berusia 7-9 tahun – jarak larian 1.8 km
- Kategori Tiger – untuk pelari berusia 10-12 tahun – jarak larian 3 km
Pemenang-pemenang menerima wang tunai sebanyak RM 150.00 untuk tempat pertama, RM
100.00 untuk tempat kedua dan RM 50.00 untuk tempat ketiga bagi setiap kategori. Selain itu,
terdapat pengisian-pengisian lain seperti Garden Experience, permainan berkaitan Kitar Semula,
Petting Zoo, jualan barang-barang Preloved dan Pertandingan Ucapan Awam.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam upacara flag-off.
Penyertaan bagi siri kedua Kids Eco-Dash 2017 ini adalah sejumlah 500 penyertaan iaitu 250
peserta untuk kategori “Caterpillar’, 150 penyertaan untuk kategori “Rabbit” dan 100 penyertaan
untuk kategori “Tiger”.
KPK berhasrat untuk membawa acara ini ke seluruh negara dan beberapa negeri untuk
mempromosikan produk pelancongan berasaskan ekopelancongan yang dikenalpasti sesuai
untuk melaksanakan acara ini seperti Taman Botani Pulau Pinang, Taman Botani Putrajaya serta
banyak lagi.
Love,
0 Comments