Event Review

ZooMoo Party Like An Animal Di Dreamworld Playland The Starling Mall

10:30 AM

Pada Sabtu lepas, mama dijemput untuk hadiri satu party di Dreamworld Indoor Play Centre The Starling Mall Damansara. Memula mama memang nak cancel jer sebab en papa tak ada that time tapi memandangkan mama bosan kat rumah so mama dengan gigihnya bawa anak-anak ke sini. Party yang mama maksudkan adalah ZooMoo Party Like An Animal. Terima kasih ZooMoo Asia dan Dreamworld Playland menjemput mama untuk party yang super awesome ni.



Ini merupakan pertama kali mama datang ke Dreamworld Indoor Play Centre di The Starling Mall. Sebelum ni mama ada dapat tiket free tapi tak kesempatan pulak nak datang. Kali ni anak-anak teruja sangat nak bermain di sini. Kira bagi anak-anak release tension la sebab next week anak-anak akan menghadapi peperiksaan akhir tahun so kids korang boleh fun sebelum nak jawab exam. Bestkan anak-anak sekarang ni. Ok berbalik pada party ZooMoo yer.

ZooMoo merupakan satu saluran kanak-kanak pertama di dunia yang sepenuhnya dalam dunia haiwan. Saluran interaktif ini mempunyai kartun, boneka, permainan, muzik, teka-teki dan aktiviti yang direka untuk mencipta pengalaman televisyen dan pendidikan yang menarik untuk penonton kanak-kanak.


Saluran ini dicipta dengan menggunakan teknologi untuk membantu kanak-kanak meneroka dunia haiwan dengan cara yang menghiburkan, interaktif dan menyeronokan. Selain itu, program ini menampilkan wayang ZooMoo serta animasi termasuk Dinosaur Train dan Origanimals yang sangat popular dalam animasi Malaysia. Siaran ZooMoo ini boleh didapati di Astro Channel 619.

Dengan adanya party sebegini anak-anak suka akan channel ZooMoo dan boleh menonton, bermain dan belajar dengan Ninja dan kawan-kawan di ZooMoo. Anak-anak mama masing-masing teruja nak berjumpa dengan maskot ZooMoo itu sendiri. Kalau dah namapnya party mesti la ada makan-makan yang sedap di sini. Meriah sangat!! Anak-anak pun gembira bermain.


Muka excited dapat main



Selain aktiviti bermain di Dreamworld Indoor Play Centre ini, ZooMoo Party Like An Animal ini mengenalkan satu saluran applikasi ZooMoo yang membolehkan penonton boleh mencuba untuk menggunakan applikasi ini pada skrin TV dan tablet atau telefon pintar. Applikasi ZooMoo ini masih boleh digunakan walau ia tidak disambungkan ke saluran dan kanak-kanak boleh meneroka kandungan yang mereka kumpulkan. Kanak-kanak dapat mengumpul lebih 160 haiwan untuk bermain termasuklah 
  • Kad Haiwan
  • Kesan Bunyi Haiwan
  • Video Haiwan dalam persekitaran semulajadi
  • Kad makanan untuk memberi makan haiwan
Aktiviti aplikasi ini sangat menarik dan boleh muat turun dengan percuma di App Store dan juga Google Play Store

Kusyuk la budak ni main app ZooMoo 


Sempena pada bulan Oktober ini, ZooMoo akan menayangkan tayangan perdana Ruff Ruff, Tweet And Dave pada 1 Oktober 2017 jam 11:05 pagi dan ulangan pada 3:05 petang, 7:05 malam dan 7:05 pagi dan tayangan Fluffy's Magic Play House pada 7 Oktober 2017 jam 9:35 pagi di saluran Astro 615. So, jangan lupa saksikan kartun yang menarik ini ok.


Terima kasih kepada ZooMoo Asia dan juga Dreamworld Indoor Play Centre menjemput mama & family datang ke party yang best ni. Kalau ada party lagi jangan lupa jemput kami lagi yer.. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ZooMoo & Dreamworld Playland boleh layari :

ZooMoo Asia
Website  : www.zoomoo.tv

Dreamworld Playland

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook