Product Review

AMI Vitamin Skincare | Diperkaya Dengan Vitamin C Untuk Kulit Muka

9:00 AM

Vitamin C dalam skincare. Ok sebelum ni mama pernah dengar Vitamin C untuk makan dan cucuk di wajah tapi tak pernah pula dengar Vitamin C dalam skincare. Mama pun memang mengamalkan Vitamin C dalam bentuk supplement untuk penjagaan kulit wajah agar cantik dari dalam dan luar. Bagi mama mengamalkan pengambilan Vitamin C ini bukan nak cerah pun tapi untuk menghilangkan jerawat dan parut jerawat hitam di wajah sahaja. Baru-baru ini mama diperkenalkan satu produk terbaru menggunakan Vitamin C dalam skincare. Produk tersebut adalah AMI Vitamin Skincare


AMI Vitamin Skincare ini didatangkan dalam satu kotak terdiri daripada Cleanser, Serum dan Night Sticky Serum. Dengan hanya 3 produk AMI Vitamin Skincare ini boleh melenyapkan masalah kulit muka yang kita hadapi. Dengan pek yang sangat comel ini sangat memudahkan dibawa kemana sahaja. Selain itu ia mempunyai kelebihan dan sangat sesuai untuk dipakai dari semua peringkat umur. 



Antara kebaikkan AMi Vitamin Skincare adalah daripada 

1) Glutathione
  • Mencerahkan
  • Anti-Penuaan
  • Menjadikan wajah berseri
2) Vitamin E
  • Membantu merawat kulit
  • Menyembuhkan parut di wajah
  • Membantu menyembuhkan jerawat
  • Melembabkan wajah
3) Astaxanthin
  • Khasiat antioksidan
  • Perlindungan matahari secara semulajadi
  • 6000 kali lebih kuat daripada Vitamin C
4) Plus + Extra Vitamin C
  • Menegangkan kulit muka
  • Mengurangkan kedutan
  • Mencerahkan kulit
  • Meningkatkan pengeluaran kolagen

Qo-C Cleanser AMI Vitamin Skincare - Pencuci dia best tak ada sangat berbuih tapi kalau cuci muka kulit rasa lembap dan tidak kering. Bau wangi macam lemon pun ada. Tekstur pencuci ni jernih dan sangat lembut untuk mencuci muka secara menyeluruh. Paling mama suka ia menanggalkan kulit berminyak dan segala kotoran mekap. 


Quitty-K Serum AMI Vitamin Skincare - Untuk serum ini boleh digunakan lepas mencuci muka pada waktu siang dan malam. Serum ni berfungsi melembapkan kulit, mengawal lebihan minyak dan menyegarkan kulit wajah. Teksur serum yang mudah meresap ke dalam kulit dan tidak melekit pada wajah. Boleh juga digunakan sebelum memakap foundation agar kulit wajah sentiasa glowing dan kekal lama. 


VV-2 Night Sticky Serum AMI Vitamin Skincare - Serum malam ni boleh digunakan sebelum tidur untuk merawat wajah dan membaiki struktur kulit yang bermasalah seperti kulit kering, berminyak, kedutan di wajah dan untuk kulit kusam. Tekstur serum malam ini agak sticky dan mudah disapu ke muka dan mudah menyerap ke seluruh wajah. Sebelum tidur sapu sedikit di bahagian wajah, kemudain buat urutan lembut dan kemudian tidur. Bangun pagi esok boleh rasa perbezaan kulit wajah apabila menggunakan serum malam ini.


Untuk pengetahuan semua, produk AMI Vitamin Skincare ini telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ia selamat digunakan. So korang tak perlu risau pasal ni tau!!

Jom kita tengok testimoni pengguna yang berjaya menggunakan AMI Vitamin Skincare ini.



Dengan tagline AMI Vitamin Skincare "Vitamin Muka Anda" memang sangat sesuai dengan skincare ini untuk para pengguna. Bagi yang ingin mencuba produk AMI Vitamin Skincare dan korang boleh dapatkan diskaun voucher sebanyak RM40 untuk pembelian produk AMI Vitamin Skincare ini. Korang hanya mention nama blogger dan boleh terus tebus voucher tersebut. Jom calit-calit vitamin dah cantik....


TEBUS VOUCHER CODE 
[MAMAJUE]

Untuk maklumat lanjut mengenai AMI Vitamin Skincare ini boleh layari :

Instagram AMI Legacy : www.instagram.com/amilegacy 
Instagram AMI Vitamin : www.instagram.com/amivitamin

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook