Product Review

YOUTHTUBE Time Capsule Foundation | 4 Manfaat Dalam 1 Botol

9:00 AM

YOUTHTUBE Time Capsule Foundation | 4 Manfaat Dalam 1 Botol - Kalau kita berbicara pasal mekap setiap wanita pasti suka bermekap tidak kira la hanya sapuan foundation atau pun hanya bedak tabur sahaja. Ini kerana dengan mekap membolehkan setiap wanita lebih yakin untuk berhadapan dengan orang lain malah ia bukan sahaja menutup cela di wajah tapi ia menjadikan wanita lebih cantik. Itulah kuasa mekap. Bagi wanita pasti inginkan mekap dengan foundation yang menutup cela, melembapkan kulit serta ia rasa ringan di wajah boleh cuba YOUTHTUBE Time Capsule Foundation | 4 Manfaat Dalam 1 Botol

YOUTHTUBE Time Capsule Foundation | 4 Manfaat Dalam 1 Botol
Mama baru jer diperkenalkan satu botol foundation Youthtube Time Capsule Foundation. Dengan tagline foundation ni adalah "Age Is Inspiration" sangat sesuai dengan foundation ni tau. Untuk pengetahuan korang semua, foundation ni baru diperkenalkan di Malaysia. Katanya foundation ni sangat mudah sapu ke muka dan yang paling best ia boleh dijadikan foundationserum foundation, perlindungan UV dan pelembap. Wahh kiranya foundation ni all in 1 tau. Menarik juga foundation ni.

Dari packaging kotak warna merah yang sangat berani manakala botolnya pula sangat eksklusif dengan warna emas dan tudung penutup berbentuk Crown keemasan sangat menarik. Foundation ini tekstur liquid so sangat mudah apply ke muka dengan cepat. Untuk foundation Youthtube diformulasi serta diimport dari France dan Switzerland. Ia telah diadun oleh chemist yang berpengalaman memformulasi cosmetic Dior untuk pasaran Asia. Jadi ia sangat terbukti untuk keperluan kulit wanita Asia.


Foundation ini sesuai untuk jenis kulit Normal to Combination Skin. Memang sesuai sangat dengan kulit muka mama lah. Youtube Foundation ini mempunyai 4 manfaat dalam 1 botol iaitu Foundation, Serum, UV Protection dan Moisturiser.

Bahan-bahan utama dalam Youthtube Time Capsule Foundation seperti :-
  • Swiss Marine Collagen Extract
  • France Anti-Aging Stem Cell
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • SPF 35

Pertama kali mama guna mama akan try dulu di bahagian atas tapak tangan. Kemudian barulah mama akan mencuba sendiri di wajah mama. Mama suka Youthtube Foundation ni sebab tekstur dia sangat ringan dan wangi so takder risau sangat bab tu. Yang paling best foundation ini mudah diratakan pada seluruh wajah dan pantas meresap pada kulit. Ia foundation jenis water-based dan tidak berminyak dan tidak melekit. Selain tahan lama sehingga 8 jam, foundation ini mudah dibersihkan jadi kalau nak solat memang senang jer nak cuci mekap ni tau. 


Cara penggunaan sangat mudah hanya picit ke atas jari dan sapu dot ke bahagian wajah. Ratakan foundation dengan jari atau brush ke seluruh wajah dan leher. Boleh juga sapukan bedak tabur untuk matte kan kulit wajah. 

Manfaat Youthtube Foundation ini adalah :
  • Melindungi sel-sel kulit dari sinar UV
  • Melindungi kulit daripada unsur radikal bebas
  • Merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan pantas
  • Melembapkan dan menganjalkan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Menyamakan tona kulit 
  • Memudarkan garis-garis halus dan tanda penuaan 
  • Memudarkan parut / cela / jeragat pada wajah
  • Mengecilkan liang-liang pori
  • Menampilkan wajah lebih berseri / glowing

Mama suka sangat foundation Youthtube ni sebab mama memang tiada masa bersiap lama-lama. Almaklum la mama kan ada anak kecik mana boleh mekap lama-lama. Jadi dengan Youthtube foundation ini sangat menjimatkan masa dan menjimatkan wang sebab ia berfungsi 4 manfaat dalam 1 botol. Menariknya botol foundation Youthtube ini mudah untuk dibawa travel dan boleh letak dalam handbag. 

Kandungan botol foundation 15ml dengan harga RM87.00 sahaja. Ia telah diuji secara klinikal dan selamat digunakan kerana foundation Youthtube ini telah berdaftar dengan "National Pharmaceutical Regulatory Agency" (NPRA) dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi wanita yang ingin solekan nipis tapi nak cantik bolehlah mencuba Youthtube Time Capsule Foundation ini. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :

Telefon / Whatsapp : 011-2600 5535

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook