Blogger Review

#MYCYBERSALE | Diskaun 50% Untuk Skincare di Luxella

8:30 AM

#MYCYBERSALE? Amboi korang kalau ada sale jer laju kan. Hehehe.. Mama tau korang suka shopping online. Tambah kalau shopping online pun ada sale lagi lah seronok korang menekan mouse atau shopping online guna hujung jari kan. Lagi laju dan tekun la shopping tu. Ok ok memandangkan mama seorang kaki shopping online nak bagitau kat korang tak lama lagi ada sale online iaitu MyCyberSale. 


#MYCYBERSALE merupakan jualan dalam talian terbesar dan ia merupakan tahun ke 4 di Malaysia yang menjalankan jualan dalam talian selama 5 hari. Untuk pengetahuan korang, #MYCYBERSALE ini dianjurkan oleh MDEC di bawah Digital Malaysia Initiative untuk membangunkan industri e-dagang serta untuk meningkatkan budaya membeli-belah dalam talian di Malaysia. 

Mesti ada yang nak tahu bila berlangsungnya #MYCYBERSALE ni kan. #MYCYBERSALE ini selama 5 hari dan akan bermula pada 9 Oktober 2017 hingga 13 Oktober 2017. Jadi korang dalam masa 5 hari ni cepat-cepat shopping secara online untuk mendapatkan barangan dengan harga diskaun yang menarik dan tertarik tu ok.


Sempena #MYCYBERSALE ini mama berpeluang beli barangan produk skincare Jepun dari website Luxella. Luxella merupakan satu website menjual produk kecantikan Jepun yang berkualiti tinggi untuk semua yang ingin cantik seperti wanita di Jepun. Dengan website ini para pelanggan mempercayai kualiti produk kecantikan yang terdapat di Jepun dan yakin untuk membeli produk ini di website tersebut.

Produk yang sempat mama dapat adalah Ghassoul Mud Wash, Ghassoul Mud Pack dan Herbeau Jewel Harvest Moon Gel. Dengan sempena #MYCYBERSALE ini, Luxella menawarkan 50% diskaun untuk produk skincare Jepun terpilih. Wahhh bestnya boleh shopping separuh harga tu. Yang lagi menarik khas untuk 30 pelanggan pertama shopping online akan mendapat pembungkusan khas dalam kotak furoshiki pink iaitu pembungkusan kain Jepun khas untuk pelanggan tersebut. Menarik betul!!! Jom tengok produk tersebut dengan lebih dekat.


Ghassoul Mud Pack sejenis masker muka dicampur dengan lumpur untuk menghapuskan sel-sel kulit mati, hiperpigmentasi, parut hitam dan bintik-bintik kasar yang tidak rata. Dengan menggunakan bahan-bahan seperti minyak placenta, minyak Argan dan minyak kaktus mampu melembapkan kulit wajah serta kulit menjadi lebih licin dan cerah sekata serta menanggalkan blackhead di hidung. Tekstur yang lembut dan sangat wangi dari aroma lavendar dapat memberi ketenangan ketika memakai Mud Pack ini.

Penggunaan Ghassoul Mud Pack ini boleh digunakan seminggu sekali. Sapu nipis ke seluruh muka sehingga sekata, kemudian biarkan dalam 20 minit. Kemudian cuci dengan air dan lap sehingga kering. Boleh rasakan kulit semakin lembut dan minyak berkurangan di wajah. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik boleh gunakan seminggu 2x. Mama suka betul Mud Pack ni kulit rasa licin jer dan muka rasa lembap. 


Ghassoul Mud Wash adalah pembersih muka dengan tekstur yang sangat pekat untuk membuang kotoran di wajah termasuklah melanin dan sel-sel kulit yang lama. Dengan Mud Wash ini juga mampu mencegah kulit daripada jerawat dan menghasilkan kulit lebih lembut dan licin. 

Mud Wash ini bebas dari paraben, alkohol, pewarna sintetik, minyak mineral, surfactants berasaskan petroleum dan ia selamat untuk digunakan. Bau Mud Wash ini sangat wangi lavender dan baunya sangat mesra di hidung. 

Penggunaanya hanya picit sedikit sahaja Mud Wash ini akan dapat buih yang banyak, kemudian gosok di bahagian muka untuk beberapa saat. Setelah itu bilas muka dengan air yang bersih. Kulit akan rasa bersih dan licin tanpa rasa berminyak. 


HerbEAU Biwa Perfect All-in-one gel adalah gel ajaib yang mempunyai 5 fungsi seperti lotion, beauty essence, milky lotion, cream dan face pack. Diperbuat dari ekstrak kulit "Loqzin" melalui kaedah dari buah "Biwa" yang terpilih.  Gel ini sangat kaya dengan nutrien dan bertindak menenangkan keradangan kulit, menggalakkan pertumbuhan kolagen dan menganjalkan kulit wajah. 

Selain itu, mengurangkan bintik-bintik hitam, mencerahkan kulit dan melembapkan kulit. Boleh digunakan selepas mencuci muka pada waktu pagi dan malam. Gel ini boleh dijadikan sebagai pelembap dan primer sebelum memakai mekap. 


Apa tunggu lagi cepat-cepat shopping online bermula dari 9 October 2017 hingga 13 October 2017 korang boleh shopping online sale sempena #MYCYBERSALE dan dapatkan tawaran diskaun 50% untuk produk skincare Jepun terpilih di Luxella. Cepat shopping tau sebelum stok habis!!!

Untuk maklumat lanjut boleh layari : 

Website : www.sushivd.com/lux

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook