Product Review

Hakubi White C Series | Putih Dan Cerah Dari Dalaman Dan Luaran

9:00 AM

Hakubi White C Series | Putih Dan Cerah Dari Dalaman Dan Luaran - Setiap orang pasti ada masalah kulit termasuk 'freckles', pigmentasi, jerawat, kedutan dan kulit kering hasil dari gaya hidup yang kurang sihat, tekanan dan ketidakseimbangan hormon adalah kesukaran yang dihadapi oleh pihak wanita di mana sahaja. Untuk mendapatkan kulit putih dan cerah dari sebarang cela semestinya menjadi impian wanita. Sebagai jawapan untuk masalah ini, Sato Pharmaceutical Co Ltd merupakan satu pertubuhan dalam kesihatan di Jepun telah melancarkan set siri pemutihan baru iaitu Hakubi White C Siri dengan L-Cysteine, Vitamin C dan B6 untuk kulit yang sihat.

Hakubi White C Series | Putih Dan Cerah Dari Dalaman Dan Luaran
Hakubi White C Siri terdapat 2 jenis iaitu Hakubi White C Plus dan Hakubi White C Gel. Hakubi White C Plus mengandungi formula unik menggalakkan kesihatan kulit dengan membaik pulih tanda pigmentasi, 'freckles' dan kulit kering disebabkan oleh tekanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Hakubi White C Plus menawarkan makanan tambahan kesihatan untuk kegunaan harian dalaman. Ia mengandungi Vitamin C, L-Cysteine, Vitamin B6 dan Panthothenate Kalsium dan diambil setiap pagi, tengahari dan malam.


Hakubi White C Plus mengandungi Vitamin C, L-Cysteine, Vitamin B6 dan Pantotthenate Kalsium adalah supplement kegunaan harian untuk memperbaiki secara dalaman :
  • Vitamin C adalah antioksidan. Ia menggalakkan penyembuhan
  • Vitamin C dan L-Cysteine menjaga kesihatan tubuh badan
  • L-Cysteine menggalakkan metabolisme kulit
  • Kalsium Pantothenate atau Vitamin B5 membantu Vitamin C kerana ia berfungsi dalam badan. Ia membantu dalam metabolisme karbohidrat serta lemak dan mempunyai kesan detoksifikasi
  • Vitamin B6 mengaktifkan metabolisme kulit. Ia membantu menjana semula kulit
Untuk pengambilan Hakubi White C Plus hanya ambil 2 biji untuk 3 kali sehari. Boleh dikeman atau diminum dengan air. Hakubi White C Plus ini mengandungi 180 biji dan dijual pada harga RM122.85 sebotol.


Hakubi White C Gel pula mengandungi kandungan derivatif Vitamin C disapu atas kulit dan meresap serta mengurangkan tandaan dan pigmentasi selain pengeluaran melanin dan menggalakkan metabolisme kulit yang sihat serta berseri. Hakubi White C Gel ini sejenis gel jernih yang memperbaiki secara luaran :
  • Meresap kulit untuk membersihkan parut dan 'freckles' di wajah
  • Menyekat pengeluaran melanin dan melindungi daripada sinaran matahari
  • Membersihkan dan memperbaiki kulit dari masalah. Ia juga mengekalkan kulit yang sihat
  • Melembap dan melindungi kulit
  • Menghalang kulit kering dan jerawat. Kesan antioksidan menghalang jerawat dengan mengurangkan pengoksidaan lemak
  • Ekstrak Licorice atau Glycyrrhizate Dipotassium dalam gel bertindak sebagai agen anti-radang untuk melegakan kerengsaan kulit
  • Berkesan pada kulit dengan mengaktifkan sintesis kolagen
  • Menghalang bintik selepas rawatan muka
Cara penggunaan Hakubi White C Gel, selepas membersih wajah kemudian picitkan sedikit gel ini di hujung jari dan sapu pada bahagian yang bermasalah. Boleh digunakan sebelum tidur untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Harga Hakubi White C Gel ini ialah RM97.40 sahaja.

 

Bagi yang ingin dapatkan Hakubi White C Plus dan Hakubi White C Gel ini boleh didapati di semua cawangan Sasa dan Watsons terpilih di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Watsons Malaysia di www.watsons.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook