Event Review

Butik Tateh Fashion Show 2018

1:00 AM

Butik Tateh Fashion Show 2018 | Tak pernah terlintas langsung mama datang event fashion show tau. Tambah la fashion show kanak-kanak pasti kecoh dan come aksi-aksi anak comel yang akan buat catwalk untuk memperagakan baju-baju terbaru oleh Butik Tateh. Sebagai seorang parenting blogger of coz la mama akan datang untuk melihat design terbaru khas untuk anak-anak tersayang. Lepas ni mudah la nak beli baju raya anak-anak yer tak. Ok jom kita tengok Butik Tateh Fashion Show 2018.

Butik Tateh Fashion Show 2018
Pada hari Sabtu 31 Mac 2018, mama berkesempatan menghadiri undangan majlis tertutup dari Butik Tateh sempena Butik Tateh Fashion Show 2018 yang bertempat di Mega Glory Hall, Bandar Baru Bangi. Untuk pengetahuan semua, Butik Tateh ini mempunyai 13 cawangan Tateh di seluruh Malaysia. Tujuan fashion show diadakan untuk meraikan pelanggan setia Tateh semenjak pembukaan Tateh pada Jun 2012 lagi. Jadi Butik Tateh ini dah menapak di Malaysia selama hampir 5 tahun. Tahniah Tateh kerana berdiri teguh dengan penjenamaan Butik Tateh ini. 

Asal nampak photo booth pasti mama sekeluarga bergambar untuk dijadikan kenangan.

Antara penaja utama bagi Butik Tateh Fashion Show 2018 ini adalah Butik Tateh sendiri, Babymel London, Storksak, Zip & Zoe, 40 Weeks, Eiman Kurta, Fathiyah Dream. Selain itu, penaja lain juga turut terlibat iaitu Mak Yang, Cik Gebu, Voovoo (como tomo), Ku-ku duckbill & otomo, Kolok baby, Ibu Sue, Pump it, Fizahshower baby headband, Lazuli world, Sunny beam, Mimosa, Gabag, Tropika, Ning Salmah, Babylicious, Ajwa bakery, Sofisofian gift, El zahra Kids dan Olemera. Pada hari fashion show tersebut, beberapa penaja turut membuka booth jualan di sana. 

Babymel London

Comelnya baju ni

Kids Corner 

Antara tetamu yang hadir selain dari blogger dan media adalah pelanggan setia Tateh kerana mereka merupakan pelanggan yang membelanjakan sebanyak RM1,000 ke atas di Butik Tateh. Fashion Show 2018 kali ini ingin memperkenalkan pakaian baju raya kanak-kanak berjenama Tateh yang merupakan Tateh Raya Collection Girls & Boy dan juga Tateh Tropical Raya Collection iaitu pakaian adik-beradik. Turut memperkenalkan jenama-jenama lain seperti 40 Weeks (Baju raya ibu mengandung), Eiman Kurta (Kurta kanak-kanak), Fathiyah Dream (Baju Kurung & Kebaya kanak-kanak Perempuan) serta bag diapers dewasa Storksak Babymel dan Zip Zoe Kids Bag.

Tateh Raya Collection Girls & Boy

Tateh Tropical Raya Collection

bag diapers dewasa Storksak Babymel


40 Weeks (Baju raya ibu mengandung)

Fathiyah Dream (Baju Kurung & Kebaya kanak-kanak Perempuan


Tahniah Butik Tateh telah berjaya memperagakan collection terbaru di Butik Tateh. Bukan senang tau untuk menjayakan fashion show yang melibatkan anak-anak kecik ni. Almaklum la macam-macam ragam ada yang nak berjalan di carpet merah runway tu tau. So jangan kita nak macam ala-ala super model pulak yer tak. Yang paling comel ada yang nagis, ada yang jalan laju, ada yang terjatuh, ada yang jalan si ayah dan ibu yang dukung. Dan paling comel sampai ada anak kecil yang tertidur pun ada untuk menjayakan fashion show ni. Hebat anak-anak ni semua.

Team Tateh HQ

Tahniah sekali lagi buat team Tateh HQ yang menjayakan Butik Tateh Fashion Show 2018 pada tahun ini. Semoga Butik Tateh terus berjaya di masa akan datang dengan memperkenalkan lagi banyak jenama-jenama lain untuk ibu bapa serta pelanggan Butik Tateh.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.tateh.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook