Review

GOODNITE Love Series | Tilam Terbaik Untuk Tidur Yang Berkualiti

12:12 AM

GOODNITE Love Series | Tilam Terbaik Untuk Tidur Yang Berkualiti - Setiap manusia wajib memerlukan tidur yang cukup dan berkualiti untuk kita lebih aktif setiap pagi. Tapi dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga kesihatan, mengamalkan pemakanan yang tidak betul dan tidak mendapat tidur yang cukup juga membuatkan diri kita lemah dan tidak bermaya. Korang tahu salah satu untuk dapatkan diri kira cergas dengan tidur yang cukup. Jadi korang tahu GOODNITE Love Series | Tilam Terbaik Untuk Tidur Yang Berkualiti. Jom baca info ni sampai habis ok. 


Pada 10 Mac 2018, mama berkesempatan menghadiri satu pameran Export Furniture Exhibition (EFE 2018) di KL Convention Centre KLCC. Untuk pengetahuan korang, pameran ini berlangsung pada 9 Mac hingga 12 Mac 2018 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Pameran ini menarik minat pembeli dengan paparan terkini perabot bermutu tinggi dan kontemporari yang berkualiti di mana reka bentuk terkini untuk bilik tidur, ruang tamu, dapur, kanak-kanak, pejabat dan macam-macam lagi. Menariknya pameran ini adalah boleh melihat semua perabot dari jenama di Malaysia dan antarabangsa yang memberikan gambaran lengkap tentang perindustrian perabot-perabot terbaru. 

Salah satu jenama yang menjayakan EFE 2018 ini adalah jenama Goodnite Malaysia. Goodnite dikaitkan dengan tidur yang selesa dan dijamin kualitinya. Ia adalah satu jenama yang dipercayai dan mendapat reputasi yang baik untuk mencipta produk berkualiti, inovatif dan berpatutan. Setiap aspek tilamnya, direka bentuk konsep menarik, pemasangan bahan dan teknologi digabungan bagi mewujudkan tidur dengan sempurna. 


Dalam seharian kita mesti pernah terjadi apabila menyentuh sesuatu sesuatu objek dan kemudian kita terkena kejutan ringan. Ini dipanggil elektrik statik. Sebagai contoh, kita selalu menggunakan peralatan elektronik seperti telefon pintar, komputer riba dan tablet. Ini kerana elektron terkumpul yang menyebabkan kenaikan caj elektrik statik dan dipindahkan kepada tubuh melalui induksi elektrostatik. Ganguan ini menyebabkan ketegangan dan mengakibatkan sukar untuk tidur. 

Dengan permasalahan ini Goodnite telah mencipta tilam LOVE SERIES terbaru yang diperbuat dari serat karbon ultra halus untuk menarik elektrik statik yang terkumpul di dalam badan lalu menghantar ke udara pada voltan rendah. Apabila seseorang baring di atas katil membolehkan seseorang itu berehat dan mendapatkan tidur yang sempurna serta berkualiti. Antara tilam Goodnite Statfree LOVE SERIES adalah :-
  • True Love
  • Forever Love
  • Eternal Love

True Love direka khas untuk ketahanan yang besar serta memberikan sokongan untuk tidur agar tidak terganggu. Dengan 5 lapisan iaitu dari bottom panel, high density bio-form, foam encased design, 6 tum DPC system dan StatFree Anti Static Fabric. Revolusi teknologi Statfree ini dapat membantu tidur lebih berkualiti dan lebih segar. Sistem Anti-static yang canggih ini membolehkan mengurangkan keletihan dengan lebih cepat dan dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sempurna. 

Untuk tilam True Love ini didatangkan 2 size iaitu Queen dan King. Untuk harga Queen RM1,999.00 dan King harganya RM2,399.00.


Forever Love direka khas mewah dan selesa untuk memastikan pengalaman tidur yang mewah serta menjanjikan untuk memberi kepuasan dan keselesaan ketika tidur. Tilam ini mempunyai 5 Zone Individual Encased Coil dan Premium Natural Latex untuk memberi keselesaan yang tinggi. Untuk tilam ini sama juga gabungan teknologi Statfree dibuat dengan gabungan gentian semulajadi dan sintetik serta mengandungi ultra-halus untuk menarik elektrik statik yang terkumpul di dalam badan. 



Bagi tilam Forever Love juga didatangkan dengan 2 size berbeza iaitu Queen dan King. Harga Queen RM4,399.00 dan harga King RM5,199.00. Bagi setiap belian tilam size Queen dan King akan dapat percuma 2 Queen/King Statfree Soft Latex Pillow + 2 Statfree Car Seat + 1 Statfree Topper


Eternal Love dilengkap dengan tilam berkualiti terbaik untuk sokongan badan bagi keselesaan dari tekanan. Tilam yang memberi kawalan lentur bentuk badan yang unik ini dapat membantu memberikan sokongan tulang belakang, bebas bergerak dan mendapat pengalaman tidur yang unik lagi menarik. Ia mempunyai 5 Zone individual encased coil system dan premium memory foam untuk sokongan tulang belakang dengan sempurna. Dengan teknologi yang sama statfree dapat mengelakkan gangguan statik dalam badan serta mengurangkan penuaan. 



Bagi tilam Eternal Love ini juga didatangkan dengan 2 size iaitu Queen dan King. Untuk harga Queen RM3,399.00 manakala King harganya RM3,999.00. Setiap pembelian tilam Eternal Love Queen/King ini akan dapat percuma 2 Statfree Memofoam Pillow dan 1 Statfree topper.


Selain tilam Love Series ini, Goodnite telah melancarkan satu tilam terbaru iaitu Tilam IceSleep. Menariknya korang akan rasa kesan ais pada permukaan tilam. Jadi tilam ini bukan sahaja menyejukkan badan malah dapat membantu insomnia, melegakan tekanan dan mengurangkan penuaan. Dengan gabungan teknologi statfree dan menggunakan material ice yarn memberikan penyejukan yang sempurna ketika tidur sepanjang malam. 

Jadi sesiapa yang ada masalah sukar tidur malam, tiada tenaga pada waktu pagi boleh pilih tilam dari Goodnite ini. Dijamin tilam yang tebal, lembut, sangat berkualiti tinggi dan baik untuk penjagaan tulang belakang. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Goodnite di talian 03-3250 2218 atau boleh layari laman web www.goodnite.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook