contest

Jom Join Peraduan Yeo's Yeogurt Sedap & Sihat Dan Memenangi Pas Seharian Ke MAPS Ipoh

1:01 PM

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, mesti semua terfikir air Yeo's Yeogurt yang sedap tu kan. Kalau bulan Ramadan jer mesti mama beli air Yeo's untuk minum ketika berbuka puasa. Air Yeo's ni dah menjadi air wajib dalam keluarga mama sebab air dia sedap dan berkhasiat yang baik untuk penghadaman perut. Sebenarnya mama bukan nak bercerita pasal tu tapi mama nak bagitau Yeo's ada buat satu peraduan yang mudah dan memenangi hadiah mingguan yang menarik. 


Dari 6 April hingga 31 Mei 2018, Yeo's Malaysia mengadakan satu peraduan mudah iaitu Peraduan Yeo's Yeogurt Sedap & Sihat #TerbaikRamadan dan korang boleh memenangi Pas Seharian Untuk Sekeluarga ke Taman Tema Animasi Pertama di Asia, Movie Animation Park Studio MAPS Ipoh, Perak. Woww best tak korang! Jom la join peraduan ni mudah jer tau. Manalah tahu rezeki korang dapat bawa keluarga ke MAPS ni. Nak tahu cara-cara untuk menyertai peraduan ini jom baca selanjutnya.


Macam mana cara untuk menyertai Peraduan Yeo's Yeogurt Sedap & Sihat ini dengan hanya lakukan 3 langkah mudah iaitu :-
  • Beli mana-mana produk Yeo's Yeogurt bernilai RM5.00 di dalam satu resit di mana-mana kedai
  • Ambil gambar resit pembelian dengan jelas dan taip (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit)
  • Hantar gambar tersebut melalui WhatsApp ke nombor telefon 012-212 4873
Sila simpan gambar resit untuk tujuan pengesahan. Tempoh peraduan ini adalah dari 6 April hingga 31 May 2018.

Hadiah Mingguan x 5 pemenang x 8 minggu
Pas Seharian Untuk Sekeluarga (2 Dewasa + 2 Kanak-kanak) ke Taman Tema Animasi Pertama di Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS)

Jadual Cabutan Mingguan
Minggu 1 : 6 April – 12 April 18
Minggu 2 : 13 April – 19 April 18
Minggu 3 : 20 April – 26 April 18
Minggu 4 : 27 April – 3 Mei 18
Minggu 5 : 4 Mei – 10 Mei 18
Minggu 6 : 11 Mei – 17 Mei 18
Minggu 7 : 18 Mei – 24 Mei 18
Minggu 8 : 25 Mei – 31 Mei 18


Pemenang akan dipilih secara rawak setiap minggu dan terpilih akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Pemenang akan diumumkan setiap minggu melalui kaedah WhatsApp, WeChat, Facebook & Laman Web Yeo's Malaysia

Apa tunggu lagi jom join peraduan Yeo's Yeogurt Sedap & Sihat #TerbaikRamadan yang mudah ini dari 6 April hingga 31 Mei 2018. Manalah tahu rezeki korang bawa keluarga ke Taman Tema Animasi Pertama di Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS).

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Website : www.yeos.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook