Product Review

ALTHEA Bare Essentials | Hanya 3 Langkah Untuk Kulit Yang Sihat

2:25 AM

Asal sebut penjagaan kulit wajah mama kalau boleh nak jer produk yang simple dan tak perlu banyak nak kena tempek kat muka ni. Yer lah mana sempat dengan anak kecik ni memang kalut lah. Kalau memalam memang terus lupa sebab lepas jer menyusu anak terus tidur. Hahaha. Pssttt mama nak gossip ni korang tau tak Althea Korea ada keluar produk penjagaan kulit muka dengan hanya 3 produk jer tau. Apa 3 item jer terus la mama grab kan mesti Althea Bare Essentials ni lagi bertambah senang untuk penjagaan harian kulit muka mama. 


Althea Korea memang tidak asing lagi bagi semua wanita di luar sana. Hahhh di Althea ni macam-macam produk ada dari skincare, make up dan macam-macam lagi lah. Kali ni Althea Korea memperkenalkan produk terbaru iaitu Althea Bare Essentials diperkaya dengan polifenol yang mampu melindungi kulit dari kesan pendedahan matahari dan minyak dari biji Althea yang melindungi kulit dari dehidrasi. Yang paling menariknya Althea Bare Essentials ini ada 3 item jer iaitu 
  • Contour Cleanser 
  • Primer Water
  • Fixer Cream
ALTHEA Bare Essentials
Untuk permulaan penggunaan mama mencuba selama seminggu dulu. Risau jugak sebab mama ni kulit jenis berminyak dan berjerawat. Tapi yang lagi masalah mama ada bekas parut jerawat kena ambil masa yang sangat lama untuk hilang. Paling mama suka set Althea Bare Essentials ni dapat melembapkan kulit wajah. Best jer pegang kulit muka sendiri tau. Kalau ada jerawat jer lepas tu mesti dekat jerawat jadi kering mengelupaskan. Lepas jer guna Althea Bare Essentials terus bekas jerawat tu tak jadi kering tau. 

Langkah 1 : Contour Cleanser


Pertama sekali guna Contour Cleanser Althea Bare Essentials ni mama suka memang wangi sebab cleanser ni dari ekstrak Lemon dan Ice Plant yang menenangkan kulit muka. Tekstur cleanser ini agak pekat, padat dan ada biji-biji micro capsule yang keluar selepas campur dengan air. Paling mama suka cleanser ni macam cleanser, scrub, exfoliate dan menyahtoksik kulit dengan perlahan. Dengan satu cleanser jer senang tak perlu bawa produk yang lain lagi. 


Contour Cleanser ni kalau korang guna dia foam cream gitu. So memang sesuai sangat kulit muka yang berjerawat macam mama. Kemudian campur dengan air dan buat urutan pada wajah dan akan rasa cleanser ni mencuci lebih mendalam sebab ada micro capsule tu serta rasa sejuk jer muka tau. Dan lagi best cleanser ni dapat membantu peredaran darah, mengurangkan bengkak dan paling wow sekali boleh kuruskan muka jadi Vshape uolls.  

Dari segi packaging mama suka bekas tiub picit macam ni mudah untuk picit pada tapak tangan. Berat sebotol Contour Cleanser 150g dan harganya RM23.00 sahaja. 

Langkah 2 : Primer Water


Selepas jer cuci muka boleh guna Primer Water. Tahu tak Primer Water ini digabungkan antara toner dan primer dalam satu botol. Hahhh memang best la tak perlu nak guna kapas muka. Letak jer tapak tangan dan sapu jer terus kat muka. Primer Water ni mengandungi dewdrop technology (Macro Fluidic Dispersion Technology) yang membolehkan penghidratan ke dalam kulit wajah secara perlahan-lahan. Diperbuat dari ekstrak snow lotus yang sangat lembut dan wangi serta tekstur Primer Water ini tidak cair dan sedikit pekat. 


Masa mama pakai risau jugak melekit ker apa tapi tak la best jer guna tau dan mudah meresap ke dalam kulit. Selalunya kalau Primer Water ni mama pakai sebelum mula nak mekap. Kira macam setting muka dulu la. Yang best giler Primer Water ni mekap jadi lebih tahan lama dan glowing jer mekap kita. Selain itu kalau konsisten pakai kulit jadi lembut, liang pori mengecil jadi licin macam ala-ala telur lepas kupas. Hahaha. Please pakai dengan konsisten yer. 

Untuk botol packaging ni sekali pandang mama ingat botol kaca tau tapi tak la botol plastik jer sebenarnya. Nampak macam grand kan risau jer jatuh pecah hehehe. Berat sebotol Primer Water 200ml dan harga RM43.00 sahaja. 

Langkah 3 : Fixer Cream


Ok lepas jer sapu Primer Water haruslah kena pakai Fixer Cream ni. Fungsinya macam moisturiser gitu ye memang bagus untuk sebelum mekap juga. Formulanya tidak berminyak, cepat meresap dan memberi penghidratan selama 24 jam tau. Cream ini mengandungi green tea seed oil, collagen dari Baobab Tree ekstrak. Kalau ada green tea ni bau dia memang wangi lah dan sangat elok sebagai anti-oksidan kulit wajah. 


Kalau cream macam ni mama memang guna sedikit sahaja sebab kulit mama jenis berminyak. Selepas guna Fixer Cream kulit jadi lembut dan shining gitu. Tekstur cream agak sticky dan mudah meresap ke dalam kulit. Macam mama sendiri guna sedikit jer rasa macam peluh-peluh muka. Tapi sebenarnya tak peluh pun cuma melembapkan kulit jer. 

Bekas Fixer Cream botol kaca dan besar sedikit so susah nak bawa ke mana-mana. Kalau sorang penggunaan ni boleh setahun pakai cream ni. Berat Fixer Cream 50g dan harga RM50.00 sahaja. 


Dengan hanya 3 rangkaian skincare dari Althea Bare Essentials ini mama rasakan kulit semakin lembut dan melembapkan kulit sepanjang hari. Memang mudah sangat tau dengan 3 barang sahaja untuk penjagaan kulit yang sihat. Senang kerja mama tak perlu nak menempek banyak benda dekat muka. Psstt korang kalau beli set Althea Bare Essentials akan dapat percuma Cermin Edisi Terhad Bare Essentials di website Althea sekarang. Untuk harga set Althea Bare Essentials ini boleh dapati dengan harga RM116.00 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website : www.althea.kr

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook