Product Review

Sista Stardust FIB'RE ROSE | Bagus Untuk Menurunkan Berat Badan

1:50 AM

Sista Stardust FIB'RE ROSE | Bagus Untuk Menurunkan Berat Badan - Mempunyai berat badan yang berlebihan sangatlah menghantui diri setiap wanita. Tambah pulak lepas melahirkan anak jer mulalah badan dipam-pamkan. Kemudian menyusukan anak lagilah rasa lapar sampai terketar-ketar. Nak kurus time tu terpaksa la mama kuburkan hasrat hati sebab mama dah tekad nak menyusu anak sehingga 2 tahun. Ramai orang tahu kan bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak. Setelah 2 tahun mama mula mengalami masalah berat badan yang susah nak turun. Baju mula ketat dekat lengan dan jeans ketat di peha. Aduh ini tak boleh jadi mulalah mama kena diet dan exercise. 


Dalam pada mama tengah diet dan exercise tu mama memang tengah mencari minuman tambahan untuk mempercepatkan lagi penurunan berat badan mama ni. Dan mama mencuba Sista Stardust Fib're Rose. Korang pernah dengar tak? Mama pun baru jer tahu itu pun perasan dari kawan-kawan blogger cuba produk ni. Dari luar kotak jer mama dah teruja tengok ramuan-ramuan yang terdapat dalam Sista Stardust Fib're Rose ini adalah dari 7 bahan yang unik dan ramuan botani serta Halal. 

Fib're Rose adalah minuman tambahan yang berasaskan daripada campuran bahan botani semulajadi untuk kesihatan dan kecantikan. Minuman ini mengandungi ramuan istimewa iaitu Ekstrak Kelopak Rose (Japan Whitening) yang merupakan ramuan berpaten No.3818483 dan pelbagai bahan yang mampu mengawal selera makan sekaligus menyelesaikan masalah berat badan. Selain daripada itu, Ekstrak Kelopak Rose juga mengandungi antioksidan yang sangat tinggi.


Antara kebaikkan dalam Fib're Rose adalah :-
  • Meningkatkan metabolisme tubuh badan
  • Membantu proses pencernaan dan sembelit
  • Membuang toksin dari dalam badan
  • Mengawal selera makan
  • Badan akan lebih ringan dan bertenaga
  • Membakar lemak dan melansingkan badan
  • Membantu menyihatkan badan
  • Mengandungi antioksida yang tinggi
  • Mengempis perut
Menariknya Fib're Rose ni boleh diminum oleh semua pengguna yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Sebelum mama minum mama mesti baca ramuan sesuatu produk dibuat dari apa dan ternyata Fib're Rose ini sangat botani kerana mengandungi serbuk campuran buah dan sayuran seperti nenas, epal, kiwi, markisa, lemon, pir, bayam, timun, saderi. Ok kalau semua berasaskan sayuran dan buah-buahan memang lulus la bagi mama yang menyusu anak ni.

Ni lah air Fib're Rose. 

Ramai yang tertanya-tanya sedap ker air Fib're Rose ni? Ok sejujurnya mama cakap air ni kalau sekali minum ok no hal jangan la korang duk pi bau pulak memang korang tak boleh minum nanti. heheheh. Bagi mama ok jer sebab nak kurus kan so mama bedal jer minum asalkan mama kurus gituuuu.. Rasa tak sedap pun kena sedaplah kannn.. Betul la orang kata beauty is pain uolls.. Rasa air ni macam air sayuran campur buah-buahan gitu. Hahh korang bayangkan rasa dia macam mana yer. Bagi yang tak makan sayur kemungkinan korang susah nak telan. Hehehe. 

Cara pengambilan Sista Stardust Fib're Rose :-
  1. Campurkan 1 paket (10 gram) ke dalam 150ml air suam.
  2. Kacau atau goncang sehingga larut dan minum serta merta.
  3. Minum air secukupnya untuk kesan yang terbaik.
Cadangan untuk pengambilan Fib're Rose ini digalakkan 1 peket sehari, sebelum tidur.

Perhatian : Jika anda hamil, menyusu atau sedang mengambil ubat, sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan ini. 

Tengok video mama minum air Fib're Rose Sista Stardust ni. 

Hampir 2 minggu mama amalkan minum Fib're Rose dengan secara konsisten. Gigih tau sebab mama memang nak kurus kalau tak kurus sepenuhnya pun dapat mengecilkan lengan, peha dan perut pun jadilah. Hahaha. Tapi mama bukan hanya amalkan Fib're Rose sahaja malah setiap hari mama buat senaman juga tau. Yang bestnya Fib're Rose ni, setiap pagi jer mesti mama wajib melawat toilet. Fuhh senang membuang orang kata. Heheh.. tapi korang jangan risau bukannya cherry berry ker apa yer. 

Dari segi lain pulak, mama jadi kuat berpeluh dan rasa nak minum air kerap. Mungkin ini tindak balas Fib're Rose untuk membakar lemak dalam badan mama ni. Dan yang mama perasan selera makan mama jadi kurang selera. Korang nampak dengan pengambilan air ni boleh mengawal selera makan kita tau. Hehehe yeaa dengan harapan mama bolehlah sarung kebaya merah masa pagi raya nanti. Hahahah.. Pssttt kawan-kawan cakap mama dah kurus skit tau hahaha mama perasan badan mama ringan jer cuma mama tak berani lagi nak timbang. Heheheh tunggu sebulan mama timbang ehh.. 


Produk Sista Stardust ini bukan sahaja Fib're Rose malah terdapat Berries Rose dan Colla Rose untuk kecantikan kulit wajah. Sekotak Sista Stardust Fib're Rose ini mengandungi 60 peket untuk pengambilan 2 bulan. Untuk harga sekotak Fib're Rose ini hanya RM150.00 sahaja. Hahh apa tunggu lagi jom sesiapa nak kuruskan badan apa kata cuba Sista Stardust Fib're Rose ni pasti korang akan nampak kesannya. Nanti bolehlah kurus di pagi hari raya yang bakal tiba tak lama lagi. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website : www.sistastardust.com
Facebook : www.facebook.com/sistastardust
Instagram : www.instagram.com/sistastardust_official

Email : admin@sistastardust.com
Helpline : 03-8964 5759 / 011-16110369

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook