Product Review

COCO2U Nature's Miracle | Skincare Yang Selamat Dari Virgin Coconut Oil

2:17 PM

COCO2U Nature's Miracle | Skincare Yang Selamat Dari Virgin Coconut Oil - Sekarang ni banyak sangat produk skincare yang terdapat di pasaran. Tapi nak mencari skincare yang sangat natural dan selamat digunakan sangat susah nak jumpa tau. Terbaru mama mencuba satu produk skincare yang diformulasi dari bahan Virgin Coconut Oil atau dikenali Minyak Kelapa Dara. Semua sedia maklum kan kalau Minyak Kelapa Dara ni sangat bagus untuk penjagaan kulit wajah kerana kaya dengan antioksidan. Jom kita tengok apa menarik tentang produk COCO2U Nature's Miracle | Skincare Yang Selamat Dari Virgin Coconut Oil


COCO2U Nature's Miracle diformulasi dengan minyak kelapa dara yang dapat membantu menguatkan sel-sel dan tisu-tisu serta membantu mengelakkan kulit menjadi kendur. Ia dapat melembutkan dan menghidrat kulit, menghilangkan kotoran dari lapisan kulit akan menjadikan kulit kelihatan berkilat dan licin. COCO2U sangat semulajadi kerana tiada SLS, tiada Parabens, tiada bahan kimia dan tidak diuji pada haiwan. 

Ramuan Bahan Botanikal yang terdapat dalam COCO2U adalah :-
  • Aloevera
  • Aquacacteen
  • Mushroom Extract
  • Cucumber Extract
  • Virgin Coconut Oil
  • Yam Bean Extract
  • Argan Oil
  • Grape Seed Extract
Terdapat 6 produk skincare COCO2U Nature's Miracle :-


Deep Cleansing Gel - Pencuci muka ni best mama suka sebab bau Virgin Coconut Oil tu lembut jer. Kalau korang guna rasa tak berbuih sebab pencuci muka ni natural jer tapi dapat memelihara kulit dan menghidrat serta mencuci secara menyeluruh ke muka. Sesuai untuk semua jenis kulit. So far mama memang suka pencuci ni walau rasa macam tak puas jer cuci hahah sebab tak berbuih sangat tapi rasa lembut jer kulit muka tu. 

Harga Deep Cleansing Gel 100ml : RM70.00 


Hydrating Cleanser - Cleanser ni sangat sesuai untuk cuci mekap dan pada sekeliling mata. Cleanser ni seriusly sangat lembut rasa macam cream jer cuci muka. Dapat melembapkan kulit dan menghidrat kulit serta membersih secara menyeluruh. Cleanser ni memang wangi Virgin Coconut Oil dan juga AquaCacteen iaitu dari kaktus organik. Sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk cleanser ni mama selalu guna untuk tanggalkan mekap rasa smooth jer kulit. Yang leceh skit tu cleanser ni creamy kena cuci dengan kapas kemudian baru boleh basuh dengan air. 

Harga Hydrating Cleanser 100ml : RM70.00


Pore Refining Tonique - Diformulasi dari Virgin Coconut Oil dan Cendawan Asli yang dapat membantu untuk mengurangkan saiz liang pori dan meningkatkan tekstur kulit serta tona. Ini selalunya mama pakai selepas mandi. Rasa segar dan sedikit berangin selepas spray pada wajah. Yang bestnya tak perlu guna kapas hehehe. Spray jer kemudian sapu dengan jari. 

Harga Pore Refining Tonique 100ml : RM70.00 


Luminous Serum - Serum untuk memberi rawatan insentif yang organik untuk merawat kulit wajah bercahaya dan lembut. Mudah menyerap ke dalam kulit serta merta dan meremajakan kulit wajah yang terdedah dengan cahaya. Ok serum ni memang best mama pakai sebelah malam jer. hahaha sebelah siang asyik terlupa ajer. Serum ni sesuai untuk semua kulit. 

Harga Luminous Serum : 30ml RM90.00 / 10ml RM40.00


Bioactive Day Moisturizer (SPF20) - Dengan menggunakan Virgin Coconut Oil dan bahan botani seperti ekstrak daun zaitun, ekstrak grapeseed dan vitamin E memberi pelembapan serta meningkatkan keanjalan kulit serta menjadikan kulit lebih muda dan glowing. Cream siang ini mengandungi SPF20 boleh dipakai harian. Untuk cream ni kalo mama duduk rumah memang mama pkai sebab mudah meresap ke dalam kulit. Botol dia lagi mudah just picit sekali jer dan sapu ke seluruh muka. So tak perlu kita calit yer tak memang hygiene sangat ni. 

Harga Bioactive Dat Moisturizer (SPF20) 30ml : RM80.00


Bioactive Night Moisturizer - Cream malam ni dapat mencerahkan kulit dan hidratkan kulit setiap malam dengan bahan-bahan aktif seperti Virgin Coconut Oil, minyak argan dan Yam Bean. Sebelum tidur sapu cream malam ni dapat merawat kulit kita yang terdedah dengan matahari dan membantu kulit sentiasa segar, lembut dan berseri. 

Harga Bioactive Night Moisturizer 30ml : RM80.00


Skincare Starter Kit (4 in 1) - Set stater kit mama paling suka sebab senang nak bawa travel kemana-mana. Bekas yang comel dan kecik mengandungi 4 produk iaitu Hydrating Cleanser 30ml, Pore Refining Tonique 30ml, Bioactive Day Moisturizer 10ml dan Bioactive Night Moisturizer 10ml. Untuk set ni bagi sesiapa nak mencuba dulu boleh beli set ni yer. If ok boleh beli set besar gitu. 

Harga Skincare Starter Kit (4 in 1) : RM90.00


Sekarang inilah rutin skincare mama guna setiap hari so far masih lagi guna skincare COCO2U ni memang best jer. Cuma permulaan guna tu ada la keluar jerawat skit tapi itu adalah tindak balas lepas menggunakan skincare tu. Kulit pun rasa smooth jer. Baru seminggu guna kita tunggu la sebulan dua yer tak. Dari segi packaging pulak mama agak seram skit hahah sebab semua produk COCO2U ni menggunakan botol kaca tau. Nak guna pun kena hati-hati kang terjatuh atas lantai boleh nagis ni. Hahahha. 

Khas untuk follower blog MamaJue Story, mama nak bagi voucher code sebanyak RM30.00 untuk pembelian produk COCO2U. 

COCO2UJUJ30 
No minimum purchase required
Sah dari 9 April - 10 May 2018

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :- 

Website : https://coco2u.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook