Buffet Ramadhan

Buffet Ramadan 2018 | Lestari Sejuta Rasa Dari Dapur Restoran Rallegra Di Taman Ekuestrian Putrajaya

1:15 AM

Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, Restoran Rellegra yang terletak di Taman Ekuestrian Putrajaya juga tidak mahu ketinggalan untuk berkongsi kemeriahan berbuka puasa bersama-sama keluarga. Restoran Rallegra bukan sahaja mampu memuatkan lebih daripada 300 pelanggan dalam satu masa, malah tahun ini, Restoran Rallegra menyajikan lebih 150 jenis menu, 12 gerai makanan dan live cooking juga turut dipersembahkan ketika pelanggan menjamu selera juadah yang dihidangkan.



Pada baru-baru ni mama berpeluang untuk food tasting sempena Preview Buffet Ramadan di Restoran Rallegra Taman Ekuestrian Putrajaya yang bertemakan Letari Sejuta Rasa. Sebenarnya mama pun baru tau ada Taman Ekuestrian kat Putrajaya. Pertama kali masuk tempat ni anak-anak dah teruja nak tengok kuda. Hahh sudah kang tak dapat naik kuda mau mengamuk bebudak ni.. heheheh.. Dah dah jom kita tengok menu yang sesedap di sini. 

Kambing Panggang

Restoran Rallegra menawarkan pelbagai pilihan menu istimewa iaitu menu antarabangsa dan citarasa tempatan yang disediakan oleh Chef berpengalaman. Antara menu istimewa yang diketengahkan pada tahun ini adalah seperti Lidah Lembu Bakar, Ayam Shawarma, Kambing Panggang dan Daging Panggang Kuah Asam.

Memula tengok Lidah Lembu Bakar ni takut nak makan. Hahah. yer lah apa lah rasanya kan. Tengok macam daging masak kunyit jer. Rasanya ntah la apa rasa kan. Tapi lepas jer makan Lidah Lembu Bakar ni waduhh sedap yakmat. Serius sedap rupanya Lidah Lembu Bakar ni. Ehh sedap lah!!! Korang kalau datang kena try tau.

Lidah Lembu Bakar

Satey Ayam dan Daging

Ayam Shawarma

Bagi yang ingin berbuka nak makan nasi jangan risau sebab di Restoran Rallegra turut menawarkan juadah tempatan seperti Gulai Kawah, Ikan Keli Berlada, Siput Sedut Cili Api, Batang Keladi, Ayam Daun Selasih dan banyak lagi. 

Gulai Kawah

Ikan Keli Goreng Berlada

Sambal Udang

Ulam-ulaman

Kerabu Mangga. Ini korang wajib makan sedap sungguh. Mama siap meratah la hahahah

Kepelbagaian aneka masakan di Bufet Ramadan seperti Kway Teow Goreng, Laksa Kedah dan Murtabak turut dihidangkan yang menjadi makanan wajib berbuka puasa. Selain itu, gorengan seperti Keropok Lekor, Goreng Pisang, Bayam Goreng, Cendawan Goreng juga disediakan bagi menambahkan lagi selera makan ketika berbuka. 




Bukan itu sahaja, bagi menambah pemanis dalam hidangan, Restoran Rallegra menyajikan aneka pemanis mulut ala kampung yang pastinya membangkitkan selera seperti Pengat Pisang, tapai Pulut Daun Getah, Lepat Pisang Inti Kelapa, Kuih Muih Traditional serta pelbagai pilihan pencuci mulut antarabangsa.



Yang lagi menarik lagi, pada bulan Ramadan kali ini, pihak Taman Ekuestrian Putrajaya menawarkan aktiviti Kereta Kuda yang berharga RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Dengan aktiviti seperti ini, pengunjung dapat merasai pengalaman menaiki kereta kuda di dalam kawasan Taman Ekuestrian Putrajaya. Aktiviti ini bermula dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam dari 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.



Harga promosi tempahan awal ditawarkan adalah sangat berpatutan bermula dari RM59 untuk dewasa dan RM33 untuk kanak-kanak sah dari 1 April sehingga 18 Mei 2018. Manakala harga biasa bermula dari 19 Mei - 13 Jun 2018 adalah RM78 bagi dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut boleh layari :

TAMAN EKUESTRIAN PUTRAJAYA

Website : www.tep.my
Facebook : www.facebook.com/PutrajayaEquestrianPark
Instagram : www.instagram.com/putrajayaequestrianpark
Telefon : 03-8000 8914 / 8902

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook