Food Review

Food Review | BLUE CAFE Di Bandar Mahkota Cheras

5:34 PM

Food Review | BLUE CAFE Di Bandar Mahkota Cheras - Siapa kat sini memang penggemar makanan western dan seafood? Yeahh mama salah seorang penggemar makanan western & seafood ni. Tapi korang tau ada makanan western dan seafood bergabung dalam satu pingan? Susah nak jumpa bukan. Ok memandangkan semua nak tahu jom mama nak bawak ke satu cafe yang terletak di Bandar Mahkota Cheras iaitu Blue Cafe. Jom tengok entri Food Review | BLUE CAFE Di Bandar Mahkota Cheras ini.

Food Review | BLUE CAFE Di Bandar Mahkota Cheras
Sebelum Blue Cafe ini wujud cafe ni memang dah ada lama tau dekat sini dan cafe yang lama adalah Grey N Blue Cafe. Kemudian pemilik cafe ini telah rebranding semula dan renovate sedikit kemudian wujudlah Blue Cafe. Ahahhh kalau dah rebranding semula ni tentu ada menu terbaru di Blue Cafe. Pada Ahad lepas mama dijemput untuk mencuba makanan dan minuman di Blue Cafe. Fuhh banyak makanan tau sampai terlebih kenyang lah. Hahaha.. Kita tengok apa menu sedap-sedap di sini yer.. korang siap sedia kang meleleh air liur tu kang.



Suka naik turun tangga ni hahaha. tapi hati-hati yer.

Masa mama pergi hari tu cafe ni tengah renovate lagi so memang keadaan tak tersusun tapi jangan risau 8 April ni Blue Cafe akan beroperasi seperti biasa yer. Bagi yang tanya pasal status Halal di cafe ni, untuk pengetahuan korang Blue Cafe sedang dalam memohon untuk mendapat lesen Halal dari Jakim. So, korang jangan risau yer kalau nak makan dan minum di sini. Ok jom lah kita tengok menu apa yang mama dan family makan kat sini. Kita mula dengan minuman dulu yer apa yang special kat sini..

Rosy Special RM5.80 | Ok air ni korang kena kacau dulu jangan terus minum pulak kang terasa air gula merah kat bawah tu. Lepas sebati air gula merah dengan susu tu baru rasa gabungan uummphh sangat. Ala-ala macam air bandung soda gitu dan wangi ros hahh.. 

Strawberry Soda RM6.80 

Blue Lagoon RM6.80 | Air ni kalau budak-budak memang rasa air ubat. Hahaha tapi sebenarnya elok tau rasa mint digabung dengan soda memang sedap. Orang kata kalau makan benda lemak-lemak kemudian minum air ni kira potong la lemak tu. hahhh gituu

Peach Mojito RM7.80 | Air ni pun lebih kurang sama macam Blue Lagoon tapi ni rasa peach dan ada daun mint. Pun sedap bagi yang suka minum air macam ni.

Rosie Caffe Latte RM10.80 | Tengok air ni terus sayang nak minum hahaha sebab dia punya layer dia mak aiihh cantik tersusun gitu. Menariknya air ni menggunakan air gula ros yang sangat wangi. Latte pulak tak terlalu kuat dan sangat nice. Korang patut cuba yang ni.

Iced Caramel Latte RM10.80 | Bagi yang suka coffee ice korang try Iced Caramel Latte. 

Masa mama cuba makanan kat sini hampir 10 menu tau mama try. Fuhh memang sedap giler. Tapi bukan la semua makan banyak rasa sini sikit rasa situ sikit pun dah kenyang tau. Ok jom tengok menu yang sedap-sedap kat Blue Cafe ni. heheheh

Mixed Grilled Platter RM36.90 | Untuk hidangan ni sesuai untuk makan 2 orang dengan ada udang, fish dory dan chicken dalam satu platter. Makan pula dengan sos blackpepper tu memang kena lah. Mama suka udang tu sebab kat atas dia ada cheese. 

Seafood Platter RM36.90 | Untuk set ni boleh makan dalam 4-5 orang. Sebab banyak pilihan ada lala, ikan dory, udang, fries, spaghetti, Indomie hahh semua ada boleh kongsi makan ramai-ramai kan. 

Spaghetti Vongole RM18.90

Seafood Cioppino RM23.90 | Yang ni best sebab rasa seafood tu memang sedap. Kuah dia macam ala-ala tomyam seafood. Tak pedas dan rasa masam-masam skit. 

Cheese Chicken Chop RM17.90 | Ini pun sedap mama suka cheese dekat atas ayam tu rasa macam menari2 jer dalam mulut. Wedges pun homemade rasa rempah dia. Cuma kekurangan kalau ada coslow atas plate ni lagi sedap. 

Grilled Chicken Chop RM13.90 | Ini mama sempat rasa sikit jer sebab Qebal dah bawak lari makan jauh-jauh. Kedekut punya anak. hahaha dia kata sedap dia tak nak kongsi langsung dengan mama. Maknanya memang kena selera tekak anak mama western celup ni. Hahahha

Lamb Shoulder RM18.90

Fried Fish Indomie RM17.90

Oblong Beef Burger RM14.90 | Untuk set ni sekali dengan air kira not bad la harga dia. Bagi yang suka makan burger boleh cuba set burger ni. 


Rendang Chicken Pizza RM18.90 | Ini wajib cuba yer sedap yakmat!! Walau base pizza ni nipis memang gabungan dengan rendang ayam dengan cheese tu memang sesuai. Serius tak rasa muak lagi nak makan lagi ada. Ehh sedap lah!!.. 

Tiramisu RM10.80 | Akhir sekali mesti lah dessert. Ini hahh sekejapan jer berebut makan dengan anak-anak. Wehh sedap sungguh rasa tiramisu yang lembut tak manis ada rasa coffee skit memang mengancam la kalau dessert macam ni. Yummy wajib repeat nanti yeaaa.

Di Blue Cafe ni terdapat untuk Set Lunch dari hari Selasa hingga Jumaat bermula jam 12.00 tengahari hingga 5.00 petang sahaja. Menu-menu Set Lunch ini percuma dengan air pilihan. 


Untuk Tea Set pun ada setiap hari.


BLUE CAFE 
No 7-2, Jalan Temenggung 25/9
Seksyen 9 Bandar Mahkota Cheras
43200 Cheras
Selangor
Telefon : 03-9011 3891


Waktu operasi : 
Selasa - Ahad
(Isnin Tutup)
12.00 tengahari - 12.00 tengah malam

Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. cantiklah tanggah pusing dia tu.. makanan pun nampak sedap esp spagetti tu

    ReplyDelete
  2. Aduii sdap2 makanannye.. Gambar tu pun cantik sangat.. Klu g cheras bley try makan sini.. Tq kongsi

    ReplyDelete

Like us on Facebook