Buffet Ramadhan 2018

Buffet Ramadan 2018 | Rasai Iftar Yang Ke-20 @ Verandah, Cyberview Resort & Spa

1:01 AM

Rasai Iftar Yang Ke-20 @ Verandah, Cyberview Resort & Spa | Lagi beberapa minggu nak sambut bulan Ramadhan mesti ada yang tengah ligat untuk fikir nak masak menu juadah berbuka kan. Yeahhh orang kata sekali sekala berbuka di luar apa salahnya. Reward diri sendiri dan keluarga sesambil mengeratkan silaturahim kekeluargaan bukan. Kali ni mama nak bawa korang ke tempat berbuka puasa yang berdekatan dengan Cyberjaya. Jom kita tengok menu juadah berbuka yang menarik di Rasai Iftar Yang Ke-20 @ Verandah, Cyberview Resort & Spa.


Hari Jumaat lepas, mama dan keluarga dapat jemputan untuk menghadiri preview Buffet Ramadhan di Verandah, Cyberview Resort & Spa yang terletak di Cyberjaya. Pertama kali mama jejak ke sini rasa nyaman sebab jauh dari kota yang sesak tu. Masuk jer ke dalam bau aromaterapi macam di massage jer hahh gitu. Padahal nak pergi makan ni. Hehhehe. Korang kalau ada kesempatan datang la sini memang best jer kawasan Cyberview Resort & Spa tau. 


Menariknya Buffet Ramadhan di Verandah, Cyberview Resort & Spa yang bertemakan Rasai Iftar Yang Ke-20 ini menawarkan 26 gerai yang menghidangan dari pelbagai budaya. Selain menu menarik seperti Kambing Golek ada juga menu signature di sini iaitu udang harimau. Bagi pencinta makanan laut korang wajib cuba memang terbaik dari segi udang yang segar dan sos perapan dia memang terbaik ok. 

Kambing Golek

Boleh korang makan dengan Nasi Arab memang gabungan yang menarik 

Japanese Counter



Sedap gilerrrr.. sambil taip pun rasa terliur dah hahaha

Dengan 26 gerai yang menawarkan menu pelbagai bahasa seperti Melayu, Cina, Jepun, Korea, Itali, Sepanyol, Mexico dan local turut menjadi perhatian semua pengunjung. Selain itu, menu desa traditional turut tidak terkecuali dengan lebih 300 hidangan yang ditawarkan. Di antaranya menu masak lemak dan gulai kawah atau bagi pengemar Assam Pedas dan Masak Tempoyak boleh buat pilihan sendiri dari ikan patin, tilapia, salmon dan lain-lain untuk dimasak serta makan ketika panas-panas. 


Ini korang kena cuba wehh sedap yakmat rasa asam pedas dia memang kawww kira cukup sempurna

Ikan bakar pun ada...


Air pelbagai perisa pun ada.. sejuk panas semua ada.. 

Khas untuk kanak-kanak pun tak lupa juga sebab di bahagian dalam ada Kidz Corner yang menawarkan chocolate fountain, soft ice cream, sweet counter, popcorn, cupcakes dan cookies yang dibuat oleh pasukan Chef Imram. Sesambil menjamu selera tu bolehlah menikmati makanan dengan hiburan dari kumpulan Ghazal yang cukup enak didengar. 


Kanak-kanak paling suka ni. 


Bagi peminat Laksa korang boleh pergi kaunter Laksa pelbagai laksa ada laksa Kedah, laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksam ehhhh semua ada lah.. hahh korang makan la sampai puas. Ada yang nak makan nasi pun ada lauk pauk, pelbagai kerabu yang ada di sini dan sambal belacan, tempoyak, cencaluk, budu dan banyak lagi. Banyak sangat menu sampai tak tahu nak makan apa lah.  






Akhir sekali bahagian paling mama suka adalah kuih-muih, dessert dan buah-buahan. Ini memang terjojol biji mata sebab semua sedap-sedap. Hahhh lepas kenyang makan berat-berat boleh la makan semua ni. Kira macam pencuci mulut sebelum balik la orang kata. Yang paling mama suka puding roti dia wahhh sedap tau kalau makan dengan kuah dia. Dah jom tengok gambar kat bawah ni confirm korang terliur jer.. Heheheh

Apam Balik pelbagai warna

Kuih muih traditional pun ada

Wallahhhh pelbagai macam jenis kek ada.


Puding Roti yang sedap hehehe


Sempena sambutan ulang tahun ke 20 Cyberview Resort & Spa pada 20 Mei ini, pihak resort menawarkan diskaun sebanyak 40% pada hari tersebut. Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan Cyberview Resort & Spa turut menawarkan Hot Air Ballon Sunrise Ride untuk 2 pax bagi setiap tempahan awal secara berkumpulan sebanyak 150 pax ke atas untuk bufet Iftar.

Harga :
RM149 nett [Dewasa]
RM100 nett [Warga Emas]
RM75 nett [Kanak-kanak]

Bagi Early Bird boleh dapatkan dalam masa yang terhad dimana harga untuk Dewasa hanya RM120 nett dan Kanak-kanak hanya RM45 nett manakala 20% diskaun bagi tempahan yang membayar menggunakan kad kredit. 


Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh layari :-

Telefon : 03-8312 7042 / 7041

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook