Blogger Review

Baju Raya Sedondon Mama & Qeisya Dari Dhia Cotton Boutique

5:56 PM

Benda paling mama nak sangat untuk tahun ni adalah baju raya sedondon dengan anak dara. Hehehe akhirnya dapat juga mama sedondon & seboria dengan Qeisya. Almaklum la sebelum ni mama takder geng kan.. Asyik en papa dengan Qebal & Qeram jer sedondon baju raya sama. Mama boleh tengok jer hahh. Tahun lepas Qeisya kecik lagi so memang takder sedondon tapiiii tahun ni Qeisya dah boleh jalan mama pulun cari baju sedondon kami 2 beranak. Hahaha. Nak tempah memang tak sempat dah. so beli online jer lah. Hahahah beli online memang tidak dapat dipisahkan.. 


Cari punya cari tup tup ada jumpa baju sedondon cotton anak beranak dekat satu website ni. Kalau nak beli direct dekat website boleh jer tapi nak lebih senang deal jer dengan agen Dhia Cotton Boutique terus iaitu Sis Lin. Hahh lagi senang tau boleh jer wasap nak tanya baju sedondon ni ada stock ker tak. Masa beli ritu memang agak cepat sold out yer lah kan nak raya mesti ramai yang beli. Dan nasib mama dapat baju sedondon warna hijau turquoise Baju Peplum Rania dan Baju Kurung Moden. Yeahh happy betul mama!!! So lepas ni tahu dah tempat mana nak beli baju sedondon untuk raya haji pulak.. ehh baru raya puasa dah fikir baju raya haji dah.. 


Yang paling mama teruja adalah baju Peplum Rania dari Dhia Cotton Boutique ni sebab baju bebudak sangatlah cute dengan corak fabrik yang moden dan fresh. Penggunaan material kain cotton yang terbaik dan berkualiti amat sesuai untuk digayakan kemana sahaja kerana kain material cotton sangat lembut, sejuk dan selesa bergaya sepanjang hari. Memang sesuai la untuk kanak-kanak dengan cuaca yang panas di Malaysia ni kan. 

Jahitan yang kemas

Jahitan getah pinggang yang cukup selesa dipakai sepanjang hari

Size Peplum Rania


Nampak baju Peplum Rania dari Dhia Cotton Boutique memang selesa sangat dia pakai. Kain sangat lembut dan sejuk untuk dipakai sepanjang hari. Cutting baju dan design memang sangat ekslusive nampak Qeisya comel dengan baju Peplum Rania ni. Yang menarik kain cotton ini walau dibasuh banyak kali warna tidak luntur dan tidak pudar. 

Untuk size baju Peplum Rania ini dari umur 1 tahun hingga 4 tahun. Harga sehelai RM45.00 sahaja. 

Size baju Kurung Moden 


Ok untuk mama pilih baju Kurung Moden Dhia Cotton Boutique. Pertama kali jugak la pakai baju kurung moden ni. Hekhekhek seram jugak kang nampak perut mama ni hahh. Yer lah mama ni paling senang baju kurung biasa jer tapi baju kurung moden ni lain skit sebab baju more to cutting. Hahaha dah la cutting badan mama dah lari. hahaha so sebelum beli mama ukur dulu ikut measurement yang diberikan dan mama pilih size L. yeah sampai jer terus pakai memang ngam di badan. Phewww.. 

Mama suka giler kain cotton ni selesa betul dekat badan mama. Bagi yang kuat peluh jangan risau memang serap ok. Hahh baju kurung moden ni ada zip di belakang jadi mudah la nak pakai yer. Hehehe. Manakala kain baju kurung ni lipatan dia macam pakai kain batik jadi tak kekok la nak berjalan. Size baju kurung moden ini terdapat 6 size iaitu XS, S, M, L, XL dan XXL. Harga sepasang baju kurung ini hanya RM65.00 sahaja. 

Tadaaa OOTD mama dan Qeisya. 

Bagi yang ada anak dara tu dan nak baju raya sedondon boleh terjah baju Dhia Cotton Boutique ni. Hahh bagi yang nak pergi butik boleh pergi ke AMAN Central Alor Star Kedah. Jangan risau bagi yang jauh boleh jer beli online di website yer. Cepat dapatkan baju sedondon hari ini tau sebab baju Dhia Cotton Boutique sememangnya HOT, FAST Selling dan murah serta berkualiti.

Untuk maklumat lanjut dan shopping boleh layari :

Website : www.dhiacotton.com.my
Facebook Page : www.facebook.com/Dhiacotton.my
Facebook Agen Sis Lin : www.facebook.com/fazdelina
Telefon Agen : 011-2634 5282 [Sis Lin]

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook