Blogger Review

Rest & Relax Di HOTEL DASH BOX Cyberjaya

9:05 AM

Rest & Relax Di HOTEL DASH BOX Cyberjaya | Dah lama duk tengok Hotel Dash Box ni setiap kali duk ushar harga ada je halangan. Setiap kali nak booking jer dah penuh. setiap kali nak beli duit pulak takder ehhh hahaha.. So ada duit lebih skit boleh la mama nak rest & relax dekat hotel ni. Itu pun puas tanya en papa dulu sebelum mama booking hotel ni tau. Anak-anak memang tak tahu sebab mama nak buat surprise kat depa. Mama pun dah janji nak bawak bebudak ni mandi kolam dan tido hotel. Dan mama kotakan janji kat depa, syiok la depa nak terjun kolam. Heheheh

Hari Jumaat pagi mama dah siap kemas-kemas bag dan siap nak masak nasi goreng untuk bawa pi hotel. Yer lah kang lepas mandi pakat lapar kan so ada bekal boleh la makan sampai petang. Huhh check in pun dekat pukul 5 sebab en papa balik lambat. Ala tak per sebab dekat jer dari Beranang ke Cyberjaya apa ader hal kan. Sampai jer terus check in dan bebudak terus nak terjun kolam. 

Ni depan lobi dia.. ehh lobi ker hahaha

Untuk stay satu malam di Dash Box Hotel ni mama booking dekat Agoda. Ini mama dah banyak compare dengan website yang lain. Kot kot boleh dapat murah kan. Hahah so dapat RM170 macam tu kira ok la sebab mama check in hari Jumaat. Kalau hari Sabtu menangis tengok harga dia. hahaha. Masa check in pihak hotel akan mintak RM100 untuk cagaran so after check out pihak hotel akan refund balik. Mama ambik room depan garden tapi dekat la dengan kolam. Alaa tak kisah la bebudak ni keluar dari bilik terus lari terjun kolam. 

Bilik kita orang 508

Yang bestnya boleh parking depan pintu bilik hahaha..

Mama request katil king size sebab 5 beranak nak tido kan. Tapi boleh jer kalau korang nak bawak toto Narita bagai.. Mama lupa nak bawak so berimpit la 5 beranak atas katil ni hahaha.. tarahal lah bukan selalu kan....

Complete semua. Korang boleh jer bawak nescafe, milo yang 3 in 1 tu. nak bawak periuk nasi pepandai korang ehhh.. 

Toilet pun bersih.. Itu jari merah nak korek apa ehh hahahah haipp itu sangkut towel lah 


Ni luar bilik kira depan garden dan pool

Kan mama cakap lepas jer check in hotel terus bebudak tukar baju mandi. Mama pun tukar jugak risau kang dia orang ni mandi tempat dalam. Mama tengok dari jauh jer hehehe.. Best masa kami pi tu orang takder!! Giler heaven rasa pool ni kami konker 5 beranak. Berkubang la mandi sepuasnya yer anak-anak. Hahaha. yer lah kalau ramai orang nak berendam pun susah. Kolam kat Dash Box ni korang jangan risau sebab ada 4 section iaitu cetek, sederhana cetek dan dalam paras leher mama. Yang slide kanak-kanak berdekatan dengan patung arnab hijau tu.. Alaa terlupa pulak nak tangkap gambar kat sana. 

Relax sangat ni. heheheh

Pool ni la cetek sampai betis Qeisya jer.. 

Amboi papa dengan Qeisya.. 

Menariknya di Hotel Dash Box ni korang boleh terjun mandi kolam waktu malam. Hahaha ini memang best la lepas tu memasing pakat sejuk gediiii. Hahaha.. Malam tu pun lepas solat Isya kita orang terjun lagi Hahaha.. seronok bebudak ni mandi kolam sampai kecut habis jari-jari! Yang herann betui time kami pi ni tak perlu bersesak dengan orang ramai. Selalu tengok gambar ramai jer orang mandi. hahaha. We olls berendam kejap jer sebab tak tahan sejuk. Hahaha. 

Simpan moment ni nanti dah besar mama nak tunjuk balik kat anak-anak. Takper korang boleh tengok gambar kat dalam blog mama yer. 

Hehehe malam tu kami 5 beranak tido berimpit la atas katil king size. Hahaha tak tahu la rupa macam mana. Sapa la tido merekot semua tak sedaq habaq dah. Takper bukan selalu kan nak berimpit macam ni. Dek sebab sejuk gedi memasing pakat duk berselubung dalam selimut tebal tu hahaha. Mama sedar en papa dah tido dekat hujung kaki kahkahkah.. Bangun jer pagi Qebal & Qeram dah nak mandi kolam. korang ni memang balun mandi kolam puas-puas ke apa ehh.. 

Mama booking hotel Dash Box mama tak ambik pakej breakfast sebab malas pulak nak ambik so weolls siap bawak roti untuk sarapan pagi tu. Jangan tak tahu bebudak ni dekat kul 11 baru keluar dari kolam, sampai kelabu asap la kulit depa. Itu pun tarik muka alaa nak mandi lagi. Dah dah next time kita datang lagi. hehehe memasing tak nak balik kekdahnya.. Allahu syiok yer mandi kolam.. korang simpan duit nanti kita datang lagi ok. 

Sempat selfie dengan rabbit ni.. jap jap rabbit kannn.. hahahah

Paksa bebudak bergambar be like hurmm asal boleh jer lah.. Biar moment ni mama simpan kat blog mama.. 

Well gambar dia orang jer lah.. 

Ok mama nak jugak.. hahaha ini ada la 5,6 kali tangkap baru nak dapat elok.. mencik ahhhh.. kang pacak tripod over pulak kahkahkah.. 

Balik jer anak-anak dah cakap mama terima kasih bawak mandi pool dan tido hotel. Senyum jer mama tapi time depa start gaduh mama dah urut dada dengan perangai depa 2 beradik ni. Hahaha.. Siap Qebal cakap nak simpan duit nanti nak datang sini lagi. Heheh boleh jer simpan la duit tu nanti kita datang sini lagi yer anak-anak. Nampaknya nanti boleh repeat lagi lah.. Hehehhe

Kalau korang nak booking mama suggest booking dekat website macam agoda, booking dan lain-lain website sebab kalau walk in mahal huhuhuhu. Ehh bukan mama kata yer tapi staff kat receptionist tu yang bagitau mama gitu.. Dah korang pepandai la survey untuk dapat harga murah yer. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook