Event Review

BETADINE Natural Defense | Perlindungan Berasaskan Dari Bahan Semulajadi & Selamat Seisi Keluarga

7:51 PM

BETADINE Natural Defense | Perlindungan Berasaskan Dari Bahan Semulajadi & Selamat Seisi Keluarga - Sebagai seorang ibu benda pertama yang dititik beratkan adalah soal kebersihan. Jadi mama sendiri akan sentiasa mencari produk penjagaan diri yang mengandungi antiseptik di mana ia mampu melindungi kulit kita. Salah satu produk penjagaan diri yang berasaskan dari bahan semulajadi dan selamat untuk seisi keluarga adalah dari Betadine Natural Defense. 


Pada Selasa baru-baru ini, mama dijemput untuk menghadiri satu majlis pelancaran produk terbaru di One Utama Shopping Mall di mana Betadine Natural Defense bekerjasama dengan Watsons Malaysia. Produk Betadine Natural Defense ini bebas dari 8 bahan kimia bahaya dan mempunyai rumusan mesra kulit yang mengandungi bahan-bahan semulajadi. Selain itu, ia juga memberi perlindungan kulit dengan nilai pHnya yang seimbang serta mampu membunuh kesan kuman sehingga 99.99%.

Semasa pelancaran Betadine Natural Defense, terdapat aktiviti yang menarik di mana pembeli boleh menguji dahulu rangkaian produk ini serta dapat belajar bagaimana membuat pilihan yang bijak untuk produk penjagaan diri untuk keluarga. Yang menariknya di roadshow ini terdapat 4 task harus diselesaikan dan kumpulkan stamp pada kad tersebut. Setelah selesai semua task bolehlah menebus hadiah terbaru dari Betadine.

Aktiviti cat tangan pada gambar ranting pokok 

Info mengenai bahan-bahan dalam Betadine Natural Defense



Produk Betadine Natural Defense ini terdiri daripada body wash, foaming hand wash dan hand sanitizer dimana kesemua produk ini memberi perlindungan harian untuk keluarga bebas daripada 8 bahan kimia berbahaya seperti :-
  • SLS (Sodiuk Lauryl Sulfate)
  • Triclosan
  • Parabens
  • Formaldehyde
  • MIT (Methylisothiazolinone)
  • Dioxane
  • BHT (Butylated Hydroxytoluene)
  • Triclocarbon
Semua orang sedia maklum bahawa bahan kimia seperti SLS, Parabens dan lain-lain lagi amat bahaya kepada kita kerana boleh menyebabkan kerosakan kulit, toksik pada hati, kanser kulit dan lain-lain lagi. Oleh itu, kita harus memilih produk penjagaan diri yang bebas daripada 8 bahan kimia yang berbahaya ini. 


Antara bahan-bahan yang digunakan dalam Betadine Natural Defense ini telah diuji oleh dermatologist kerana diperkaya dengan organik Aloe Vera dan Vitamin E berfungsi melembapkan  serta menjadikan kulit yang sihat. Terdapat 3 bahan semulajadi bagi body wash iaitu Manuka Honey, Pomeganate dan Tea Tree Oil. Manakala bagi foaming hand wash dan hand sanitizer hanya terdapat wangian iaitu Manuka Honey dan foaming hand wash Tea Tree Oil sahaja. 

Rangkaian produk Betadine Natural Defense

Pertama kali mama mencuba produk Betadine Natural Defense ni bau tidak seperti antiseptic sebab kesemua bau wangi dari Manuka Honey, Pomeganate dan Tea Tree Oil yang cukup lembut. Manakala mama mencuci dengan cecair Betadine ini kulit tidak berminyak malah ia melembutkan kulit tangan. Antara ketiga-tiga wangian ni mama paling suka Manuka Honey yang sangat berkhasiat dan menyegarkan sepanjang hari. 

Dengan Hand Sanitizer Manuka Honey yang mudah meresap ke dalam kulit dan boleh digunakan dimana sahaja agar memastikan tangan sentiasa bersih dari kuman. 


Apa tunggu lagi jom dapatkan produk Betadine Natural Defense yang bebas dari bahan kimia serta memberi perlindungan dari bahan semualajadi dan selamat untuk seisi keluarga. Boleh dapatkan kesemua produk Betadine Natural Defense ini di Watsons seluruh Malaysia atau pembelian secara online di website Watsons dan masukkan code e-voucher dibawah ini untuk diskaun tambahan.

'BETARM2'

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.betadine.com.my
Facebook : www.facebook.com/BetadineMalaysia

Shopping Betadine online di Watsons boleh klik disini : www.watsons.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook