Product Review

Zeniv Foundation | DD Cream Moisturizer Berasaskan Dari Daun Gelam

6:01 PM

Zeniv Foundation | DD Cream Moisturizer Berasaskan Dari Daun Gelam - Mama kalau bab foundation ni memang seriously excited untuk cuba. Tak kisah la drug store atau keluaran  kosmetik bumiputera. Yang penting bukan foundation timbang kilo yer. Kang rosak pulak kulit muka mama nih heheheh. Ok kali ni mama nak try guna foundation Zeniv katanya foundation yang berasaskan dari daun gelam atau dikenali sebagai Malalueca Cajuputi.


Untuk pengetahuan korang semua, Zeniv Foundation ini adalah DD Cream Moisturize (Daily Defense) yang direka bentuk dengan menggabungkan krim BB dan CC dalam satu foundation. Formula yang berasaskan dari daun gelam ini dibuat kajian di Universiti Malaysia Terengganu telah membuktikan ekstrak daun ini mengandungi anti bakteria yang baik untuk kulit. Diformulasi dengan SPF 50, Zeniv membantu melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya.



Semua orang sedia tahu bahawa khasiat daun gelam atau Malalueca Cajuputi adalah mampu merawat pada kulit wajah. Jadi bagi kulit wajah yang ada parut jerawat tu lagi mudah merawat serta memberikan kulit muka glowing apabila memakai foundation Zeniv ini.

Antara kelebihan Zeniv Foundation :-
  • Menaikkan seri wajah
  • Melembapkan kulit wajah
  • Membantu memudarkan parut jerawat
  • Melincinkan wajah dan bebas dari jerawat dan jeragat
  • Melindungi kesan UV
  • Tidak bercapuk walau berpeluh
  • Tidak melekit dan tak melekat pada tudung atau kain 
  • Anti penuaan
  • Mengandungi collagen agen pemutih
  • Antibakteria
  • Lulus Kementerian Kesihatan Malaysia

Pertama mama suka dengan design bottle foundation memang nampak exclusive. So far lepas mekap dengan foundation ni memang takder gatal langsung. Tekstur foundation yang lembut dan ringan walau jenis creamy sangat mudah blend dekat muka. Yang penting takder bau macam ubat yer so memang mesra hidunglah. Paling mama suka foundation ni siap ada pelembap so mama tak perlu lagi nak tempek moisturizer bagai. Leceh kan kalau yang nak kena sapu pelembap dulu. 

Yang paling mama suka kulit muka jadi glowing, kemudian tidak bercapuk walau kulit muka mama jenis kerap berpeluh. Dan yang menariknya mekap boleh bertahan selama 8 jam hingga 12 jam. Ramai yang tanya foundation ni full coverage tak? Of coz la full coverage tengok parut jerawat dan tona tidak sekata dekat muka mama pun boleh cover seluruh wajah. Mama tak sarankan untuk yang kulit berminyak sebab foundation ni akan tampak muka korang lagi berminyak. Tapi kalau kulit muka jenis kering memang sangat sesuai!


Terdapat 2 size untuk Zeniv Foundation iaitu 10 gram dan juga 30 gram. Ehh jangan tak tahu satu bekas 10 gram ini jer mampu bertahan sehingga 3 bulan. Manakala harga Zeniv Foundation untuk 10 gram [RM49.90] dan 30 gram [RM119.00] sahaja. Apa tunggu lagi jom cantik, berseri dan glowing dengan Zeniv Faoundation! Gerenti puas hati. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website : www.znbeauty.com
Facebook : www.facebook.com/Zeniv-HQ
Instagram : www.instagram.com/zn_beauty_hq
Whatsapp : 017-368 7709

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook