Promosi BAYARAN BALIK SEPARUH Hanya Di LuLu Hypermarket, Kuala Lumpur

4:23 PM

Promosi BAYARAN BALIK SEPARUH Hanya Di LuLu Hypermarket, Kuala Lumpur | Kalau sebut saja LuLu Hypermarket, mesti kaum wanita dan juga para ibu tak boleh duduk lagi. Mesti rasa nak cepat-cepat pergi shopping dekat LuLu Hypermarket. Yes kali ni mama berpeluang pergi lagi ke LuLu Hypermarket yang terletak di Kuala Lumpur sana tu. Bayangkan mama yang dari Beranang sanggup turun ke KL semata-mata nak pergi ke LuLu tau. Ini disebabkan semestinya LuLu tengah buat promosi hebat iaitu BAYARAN BALIK SEPARUH dari 1 Mac sehingga 24 Mac 2019.


Masih ada yang tertanya-tanya apa LuLu Hypermarket ni jual betul tak? LuLu Hypermarket ni menjual barangan groceries dari basah dan kering, fesyen dengan pelbagai jenama dan juga peralatan elektrik, gadget, keperluan rumah dan juga barangan yang lain. Kira all in one di bawah satu bumbung gitu dan bertambah mudah, senang untuk korang shopping sakan lagi. Apa lagi korang best ker tak best? Yang mana jauh tu jangan la risau yer, mana la tahu kalau korang lalu KL boleh la singgah ke sini. Serious mama cakap berbaloi-baloi korang shopping kat sini.


Dari 1 Mac sehingga 24 Mac 2019, LuLu Hypermarket sedang mengadakan promosi hebat dimana BAYARAN BALIK SEPARUH bagi yang belanja RM100 untuk fesyen wanita, lelaki, kanak-kanak, kasut, bag tangan wanita, Sari dan juga Churidar dan korang akan dapat RM50 baucer beli-belah. Oh ya untuk baucer beli-belah tersebut boleh digunakan untuk penembusan ke atas barangan dari kategori yang sama sahaja tau. Raya dah tak lama kan, jadi masa promosi ni korang cepat-cepat rebut peluang promosi ini dan korang akan dapat jimat banyak.  


Untuk dapatkan BAYARAN BALIK SEPARUH tu korang bolehlah membeli belah fesyen lelaki, wanita, kanak-kanak, bag tangan wanita, sari dan churidar di bahagian level 1. Hahh senang semua ada dekat level yang sama so sangat mudah untuk korang beli-belah. Nanti korang jenuh rambang mata sebab pelbagai jenama dan fesyen dengan harga yang sangat berbaloi. Tak kesah la pakaian pejabat lelaki dan wanita, pakaian casual, seluar jeans, slack, pakaian dalam, pakaian kanak-kanak malah pakaian baby pun ada. Tak percaya silalah tengok gambar yang mama sertakan ni dan nak lebih detail terus jer datang ke LuLu Hypermarket yer. 



Mama pun sempat suvery baju kemeja untuk en papa. Memang rambang mata lah dari pelbagai jenama, design, material kain dan juga pelbagai warna ada. Sampai tak reti nak pilih la baju kemeja untuk en papa. Nampak gayanya kena la datang lagi untuk beli baju kemeja kerja dia nanti. Biar dia jer pilih yang mana berkenan di hati. Mama kalau pilih mestilah warna yang mama suka. Hehehe. Ehh bahagian baju kanak-kanak pun mama jadi tak tentu arah. Fuhhh boleh datang tahap meroyan mama tengok baju gegirl yang sangat comel. Mesti Qeisya suka sangat dengan baju-baju di LuLu ni.



Paling best untuk wanita, masa ni korang kena rembat beli bag tangan dan juga kasut di LuLu. Iyer kalau korang beli sebuah bag tangan dengan harga RM80 dan kasut heels harga RM50 kemudian korang dah dapat BAYARAN BALIK SEPARUH iaitu baucer tunai RM50. Dengan RM50 tu boleh la beli kasut lagi. Bestkan!! Asalnya nak beli kasut kerja dah jadi dapat pakej kasut raya sekaligus. Tak ker jimat namanya tu!!



Tengok la 7 model yang mengenakan pakaian, kasut dan aksesori yang dijual di LuLu Hypermarket ni. Nampak pelbagai fesyen pejabat, casual, up to date dan stylo serta mempunyai size dari XS hingga ke Plus Size semuanya ada. So korang tak perlu risau yer pasal size yer, mama gerenti semuanya ada di bahagian level 1 LuLu Hypermarket. Bagi anak-anak muda nak bergaya dengan tshirt dan kemeja pun ada. Pilih ajer mana yang berkenan dan warna sangat menarik.


Yang paling istimewanya LuLu Hypermarket ni untuk korang semua tahu, di level 1 juga terdapat jualan pelbagai kain Sari dan Churidar. Bagi yang suka sangat dengan kain sari tidak kira kaum boleh datang ke sini dan memilih pelbagai kain-kain sari dekat sini. Nak buat baju kurung guna kain sari pun boleh juga tau. Hahhh tu yang menarik sangat. Tengok la baju kurung yang dibuat dari kain sari kurung tu, sangat-sangat cantik. Harga dijamin murah dari luar LuLu tau. Ohh lupa dah beli dekat sini korang boleh dapat baucer RM50 lagi lah sebab ada promo Bayaran Balik Separuh tu.



Manakala di level 2 pulak terdapat barang kelengkapan elektrik dan elektronik, gadget dan juga barangan keperluan rumah. Semuanya dengan harga promosi LuLu Hypermarket untuk jenama terkenal samada local mahupun antarabangsa ada dijual di sini. Bagi yang nak beli laptop atau gadget seperti smartphone, kamera, speaker korang kena datang survey sini sebab harga memang murah. Terkejut juga tengok harga sampai banyak kali mama tanya betul ker harga smartphone yang jual dekat sini. hahahah sebab tak percaya tengok harga murah.




Sebagai seorang ibu bahagian paling mama suka datang LuLu adalah bahagian groceries dekat paling bawah sekali. Fuhhh mama boleh pusing banyak kali kawasan ni sebab pelbagai barangan yang susah nak jumpa ada dekat sini. Boleh jadi sawan kejap mama untuk belanja barangan keperluan dapur. Mama jamin yang mana datang sini sangat berpuas hati di bahagian keperluan dapur dari kering sehingga basah. 



Tengok la pelbagai jenis ikan-ikan, hidupan laut lain seperti ketam, sotong, udang semuanya sangat segar ok. Sampaikan ikan yang tak pernah tengok pun ada dekat sini. Tu belum korang tengok bahagian buah-buahan dan sayuran. Mama sendiri sampai tak tau nak pilih sebab segar-segar sampai sedikit pun mama tak nampak buah atau sayur yang rosak ada di bahagian ni. Memang seronok la mak-mak macam mama untuk membeli stok barangan dapur di LuLu ni.



Ni sikit jer mama share gambar dekat korang. Ikutkan hati nak jer mama letak banyak lagi gambar sayur yang segar dekat LuLu Hypermarket ni. Oh ya paling rare lagi bagi yang suka makan buah zaitun korang datang la dekat sini sumpah mama cakap korang akan dapat buah zaitun yang segar di sini. Susah tau nak jumpa buah zaitun segar dekat luar. Dekat sini memang memudahkan korang la nak cari bahan yang susah-susah tu. Satu lagi bahagian dekat Roastery yang menjual pelbagai kekacang, rempah ratus, kismis, kurma, biji kopi hahhh macam-macam ada dekat sini. Ini pun salah satu port wajib mak-mak kena singgah yer.




Mama kalau dapat peluang shopping di LuLu Hypermarket mesti mama berbelanja dengan bijak. Tambah peluang berbelanja dengan kempen promosi Bayaran Balik Separuh di LuLu Hypermarket lagilah berbaloi-baloi shopping. Jadi apa tunggu lagi jom cepat-cepat datang shopping ke LuLu Hypermarket Kuala Lumpur sehingga 24 Mac 2019 ini sahaja untuk rebut promosi Bayaran Balik Separuh yang sangat hebat ini. Jom Shopping Ke LuLu.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. bestnya nengok.... tak pernah masuk lg lulu nih, duk usha2 je selalu...

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi ke sini... jauh... byk jugak barang dalam tu...

    ReplyDelete
  3. kite tak dan pegi lagi nih.. harap2 sempat lah singgah sebelum voucher tu habis..

    ReplyDelete

Like us on Facebook