Triumph Everyday Romance Khas Untuk Wanita Yang Gemar Menggayakan T-shirt

3:37 AM

Sebagai seorang wanita benda yang sangat kita mengambil berat adalah tentang pemakaian yang dipakai setiap hari sehinggalah ke pakaian dalam. Oleh itu, jika pakaian dalam kita selesa semestinya kita akan rasa lebih selesa sepanjang hari. Mama yakin dengan pemilihan pakaian dalam yang tepat dan sempurna memberi keyakinan seseorang wanita lebih yakin dan bergaya walau pakaian apa pun. 


Pada Rabu lepas, mama berkesempatan singgah ke butik Triumph di Mid Valley Megamall untuk melihat koleksi terbaru Triumph. Kalau sebut sahaja jenama pakaian dalam Triumph ni memang jenama ini sejak dari dahulu lagi dan ianya sangat popular dengan ciri reka bentuk bra dan juga keselesaan pakaian dalam tersebut. Asal masuk jer ke dalam butik Triumph ni memang boleh rambang mata sebab design bra terkini sangat cantik dan pelbagai jenis. Rasa semua nak tambah-tambah yang bra jenis ada lace fuhh memang seksi dan mengancam habis. Hahahah. Kira rewards untuk diri sendiri la dapat beli bra semahal ini.



Bila kali terakhir korang ukur lilit untuk membeli bra? Hahaha baik mengaku cepat mesti tak pernah kan. Mama sendiri pun tak pernah. Hahahah jom la gelak berjemaah. Yes mama akui mama ukur sendiri dan agak-agak jer untuk beli pakaian dalam. Semenjak mama menyusukan anak-anak lagilah tak pernah ambil peduli saiz ke apa ker. So sampai jer kat butik Triumph ni, mama dilayan dengan baik oleh staff yang sangat friendly. 


Semasa sesi ukur untuk pemilihan bra, staff Triumph iaitu Kak Siti banyak berkongsi ilmu mengenai cara ukur lilit dengan betul dan memberi pandangan serta pendapat tentang bra yang sesuai dipakai oleh mama. Mula tu mama agak malu la juga dengan Kak Siti tapi jangan risau sebab ini kan hal-hal wanita so tak perlu lah malu yer tak. 


Koleksi pakaian dalam Triumph terbaru yang mama maksudkan adalah koleksi Everyday Romance. Bra Everyday Romance ini direka khas untuk memberikan keselesaan setiap hari dengan menggabungkan ciri-ciri bra yang ringan, fabrik yang telus udara untuk keselesaan pada musim panas dan bra yang mempunyai wired dengan keperincian renda menawan serta permukaan cup yang licin tampil versatil dan sesuai dipadankan dengan apa sahaja pakaian. 


Selain itu, Kak Siti juga berkongsi tips penjagaan bra ini agar ia kekal tahan lama. Dah nama bra Triumph ni memang kualitinya memang terbaik dan sangat selesa. Antara tips penjagaan bra agar tahan lama iaitu :-
  • Mencuci dengan handwash sahaja 
  • Tidak perlu perah bra untuk keringkan 
  • Dilarang membasuh ke dalam washing machine
  • Dilarang sama sekali menggunakan pelembut kain
  • Perlu digantung untuk mengeringkan bra tersebut
  • Jangan jemur bra di bawah matahari


Setelah setengah jam mencuba pelbagai jenis bra dan mama telah memilih koleksi bra Everyday Romance berwarna kelabu ini menjadi pilihan hati. Untuk koleksi bra Everyday Romance ini juga didapati dengan warna merah (mauve) serta dipadankan dengan seluar dalam hipster. Harga bra Everyday Romance ini ditawarkan dengan harga RM229.00 manakala rangkaian seluar dalam daripada RM79.90 hingga RM89.90 sehelai. Untuk koleksi Everyday Romance baru kini boleh didapati di butik-butik Triumph seluruh Malaysia.



Mama pun dah mencuba bra Everyday Romance ni memang sangat selesa dipakai, rasa lebih feminine dan lebih berkeyakinan tinggi. Memang berbaloi jika membeli dan memilih bra yang berkualiti untuk dipakai bagi jangka masa yang lama. Terima kasih Kak Siti kerana tolong memilih bra yang sesuai dan berkongsi tips penjagaan bra dengan mama. Yer la selama ni mama main bedal dan tak pernah ambil peduli tentang penjagaan bra sebetulnya. heheheh patut la bra cepat rosak. Lepas ni kena lebih rajin untuk menjaga pakaian dalam kita agar tahan lama dan sentiasa selesa. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Website : www.triumph.com/my
Facebook : www.facebook.com/tirumphMY
Instagram : www.instagram.com/triumphlingerie_asia

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Triumph ni jenama yg dh lama dalam pasaran dan mmg brand fav akak sejak sekolah lagi..

    ReplyDelete

Like us on Facebook