Buka Puasa Bufet 'Nostalgia Desa' Di The Venue, Shah Alam

11:04 AM

Tahun 2020 telah meninggalkan pelbagai kenangan dan cabaran kepada kita semua untuk berdepan dengan situasi Covid 19. Bermula dengan kehidupan Norma Baharu yang kita perlu jalani dan pelbagai SOP yang kita mesti patuh. Namun, tahun 2021 ini membawa sinar kepada rakyat Malaysia setelah vaksin Covid 19 tiba ke negara.


Kini Ramadan datang lagi. The Venue Shah Alam (The Venue) menawarkan Pakej Buffet Ramadhan yang bertemakan NOSTALGIA DESA. Bersesuaian dengan situasi yang kita hadapi iaitu tidak dapat merentas negeri, jadi tema ini amatlah sesuai untuk dijadikan sebagai konsep. Kami akan membawakan juadah juadah terkenal dan yang dirindui daripada setiap pelusuk negeri di Malaysia.

Masakan yang bakal disajikan antaranya ialah Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Ayam Berlado, Sambal Udang Petai, Kerabu Taugeh Kerang, dan sebagainya.


Selain menu utama, The Venue juga menyediakan 13 stall yang terdiri daripada :
  • Nasi Arab Morocco (Kambing & Ayam)
  • Sup Mamu Penang 
  • Sup Tulang (Isnin - Khamis)
  • Sup Gear Box Kambing (Jumaat - Ahad)
  • Kambing Golek Menangis
  • Ikan Bakar Pantai Remis
  • Steamed Dim Sum
  • Aneka Mee Kak Mas
  • Shell Out Seafood
  • Cucuk Cucuk Steamboat
  • Apam Balik Abang Zam
  • Pencuci Mulut & Buah-buahan
  • Aneka Jeruk – Jeruk
  • Aneka Keropok
  • Ulam-ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal


Terdapat menu lain yang disediakan dan menu-menu ini akan berubah-berubah setiap minggu. Jadi pelanggan yang datang akan dapat merasakan masakan yang berbezabeza setiap kali hadir ke The Venue.







Untuk pakej Buffet Ramadhan terbuka yang bakal diadakan di Grand Ballroom, ia boleh memuatkan sehingga 400 orang pada satu-satu masa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Grand Ballroom berkonsepkan ballroom yang berhawa dingin sepenunhnya, yang pastinya akan memberi keselesaan kepada semua pengunjung. Kemudahan lain yang disediakan oleh The Venue adalah seperti surau untuk lelaki dan perempuan (berada di Tingkat 1), tandas, parking yang luas dan diuruskan oleh pihak Rela, tempat khas untuk merokok, dan terdapat juga lif untuk memudahkan urusan pelanggan, warga tua dan OKU jika perlu ke tingkat satu.


Tahun ini The Venue ingin membuka ruang kepada pelanggan korporat yang ingin meraikan staf dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup. Dengan ini, pihak pelanggan lebih selesa untuk membuat aktiviti bersama sama tetamu yang hadir di samping ruang yang luas dan tidak bercampur bersama tetamu majlis berbuka puasa secara terbuka. Pakej ini bermula daripada RM95/orang (Min. 80 orang). The Venue menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran produk, reunion, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan sebagainya. Kami adalah bangunan komersial 3 tingkat dan mempunyai dua (2) dewan yang berkonsepkan ballroom hotel. Grand Ballroom yang berada di Tingkat 1 boleh memuatkan sehingga 1500 orang untuk majlis buffet dan 350 orang untuk majlis seated. Event Hall pula yang terletak di tingkat 2, boleh memuatkan sehingga 500 orang untuk majlis buffet dan 150 orang untuk majlis seated. (SOP Followed)

Pakej Perkahwinan yang ditawarkan di The Venue adalah hanya serendah RM 12, 999 untuk 250 orang dan RM 27, 999 orang untuk 1000 orang. Pakej lain-lain serendah RM 63/orang (Min 150 orang) sesuai untuk majlis seperti hari lahir, tuning, nikah, seminar dan sebagainya. Kesemua dewan kami dilengkapi dengan PA system In-House. Bersempena dengan Ulangtahun Ke – 6 The Venue Shah Alam, kami menawarkan promosi Rebat RM1000.00 untuk setiap pelanggan yang mengambil minimum pakej 500 orang. Untuk tempahan 2022 juga sudah dibuka


Selain itu, The Venue juga menawarkan khidmat Live Band yang akan menghiburkan para pengunjung semasa majlis Buffet Ramadhan berlangsung.

Kunjungi Buffet Ramadhan The Venue untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM10,000.00 dan hadiah utama adalah penginapan percuma 2 hari 1 malam di Avani Gold Coast Sepang. Setiap pelanggan yang berkunjung boleh menyertai pertandingan ini.


Promosi Harga Tawaran Awal (Early Bird) Promosi ini sah sehingga 12 April 2021 sahaja.
  • RM 65/orang (Dewasa)
  • RM 35/orang (Kanak-kanak 7 – 12 tahun)
  • RM 45/orang (Warga Emas 60 tahun ke atas)
  • RM 500/meja (Group 8 orang dewasa)
Harga Normal
  • RM 75/orang (Dewasa)
  • RM 40/orang (Kanak-kanak 7 – 12 tahun)
  • RM 50/orang (Warga emas 60 tahun ke atas)
  • RM 580/meja (Group 8 orang dewasa)
Untuk keterangan lanjut & tempahan boleh layari :

Telefon : 018 - 388 4845 | 018 - 386 4845 | 018 - 366 4845

Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

Like us on Facebook